kucing untuk orang islam,anjing untuk siapa?

by - 5:43:00 PM

assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua.
alhamdulilah ..dipanjatkan kesyukuran kepada Nya kerana kita masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.Besar sungguh rahmat Allah kepada hambanya..:)
pembaca sekalian,
rata-rata bila ditanya haiwan apakah yang paling manja dan comel?
jawapannya:Kucing^____________^

sumber gambar dari devianart

Allah itu maha Besar dan Kaya kerana menciptakan seekor haiwan yang comel ini.Nabi juga amat meminati kucing.Malah ada diriwayatkan bahawa nabi mempunyai seekor kucing peliharaan..Dari situ,kita boleh gambarkan sikap Nabi iaitu seorang yang penyayang.Jadi bagi sesiapa yang suka kan kucing dan membelanya sebagai haiwan peliharaan mereka itu juga tergolong dalam golongan orang yang penyayang dan mengikuti sunnah Nabi.Hebat kan?
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.



Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Nah..haiwan ini Allah telah ciptakan seekor haiwan yang sukakan belaian dari manusia dan amat setia pada tuannya..tak percaya?cube lihat situasi dibawah:


  • sedang asyik kita sembahyang,kucing ini akan datang pada kita duduk disejadah atau mengesel-ngeselkan badannya dikaki kita
  • apabila kita nak tidur,die akan datang tidur sekali dengan kita
  • etc...
dikisahkan.pada suatu hari Nabi meletakkan serban baginda di bawah..datang seekor kucing tidur di atas serban nabi itu..agak-agak korang apakah tindakan Nabi?
Hebatnya akhlak Nabi kerana Nabi tidak jadi ambil serban baginda dan membiarkan kucing itu terus tidur di atas serban baginda kerana Nabi beranggapan kalau serban itu baginda ambil sudah tentu tidur kucing itu terganggu...Itu die,mulianya Nabi..rujuk diri kita sendiri..tak mungkin sampai tahap itu akhlak kite kepada makhluk kesayangan Nabi ini..

soalan:bulu kucing itu najis atau tidak?jawapannya:najis..tapi najis yang boleh dimaafkan ...

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah,air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
Subhanallah. Itulah kucing pada pandangan Islam. Menyayanginya adalah sunnah. Membuat perkara sunnah mendapat balasan pahala. Dan hikmah dan kebenaran Islam yang tidak melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1500 tahun yang lalu telah dibuktikan dengan fakta sains sekarang.

**kesimpulannya;jangan kita khianati atau sakiti kucing ..mereka juga adalah makhluk Allah yang sama-sama bernafas di muka bumi ini..peliharalah mereka..jika tidak mahu,jangan kejam dengan mereka.Alhamdulilah,aku dan suami ada juga membela 2 ekor kucing(hero)..pada asalnya ada 5 ekor.2 ekor mati dilanggar kereta..1 ekor hilang *maybe diculik.huhuhu...
lihat pada kecomelannya..kenapa perlu kita cemburui nya?
kemanjaan nya dan sukakan belaian..kenapa kita sakitinya?
kesetiannya pada tuannya tidak mungkin diragui..
pada zaman sekarang ada juga orang islam yang ingin membela anjing sebagai haiwan peliharaan?boleh ker..?

jom tonton video ini..http://youtu.be/TewwcIQ_7z4

You May Also Like

2 comments

  1. anjing tu untuk org kapir boleh la bela..

    dalam islam kalau nak ada anjing di rumah boelh dengan syarat hanya untuk keselamatan sahaja atau menjaga tanaman..

    tp better x yah la ada anjing2 nie..payah..

    ReplyDelete