Sengsara nak bercerai susu badan dengan anak

by - 8:35:00 PM

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hujung bulan nie Emil dah berusia 1 tahun 9 bulan. Dah besar rupanya anak mama. Nak dukung pun dah tak larat. Niat untuk menyusukan badan selama 2 tahun InsyaAllah akan tercapai. Ada masa 3 bulan lagi untuk berikan susu badan pada Emil. Jadi, saya perlu membuat persediaan awal dengan ilmu yang bermanfaat untuk menceraikan susu badan dengan berkongsi tip yang berguna kepada semua supaya dapat bercerai susu dengan mudah. 


Kebanyakan ibu mengeluh kerana proses menceraikan susu badan menjadi sukar apabila anak sudah besar. Pelbagai cara mereka lakukan supaya si kecil tak menyusu lagi. Ada yang meletakkan sesuatu yang masam atau pahit seperti asam jawa, kopi, nescafe, bawang putih atau sirap merah untuk menakutkan mereka supaya mereka berhenti menyusu. Anak tetapi, meletakkan sesuatu pada payudara adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu emosi ibu dan anak sehingga membuatkan bayi tidak menyukai susu ibu.

tip bercerai susu badan

Tips bercerai susu badan

sumber: harian metro

Cara mudah bercerai susu badan:

1. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta. 
Pada ketika anak leka bermain, dia terlupa untuk menyusu. Ibu usah memanggil dan mengajaknya menyusu sebaliknya biarkan dia meneroka dunianya. Walaupun proses ini sangat sukar kerana naluri ibu biasanya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi dengan membiarkan anak tidak menyusu akan menyebabkan ibu risau mengenai kesihatan si kecil. Sekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan atau meminta si comel mengambil air kosong dulu.

2. Berhentikan penggunaan botol dan gunakan bekas air. 
Pada usia bayi lapan bulan, dia sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ia lebih kepada peralihan yang melekakannya, namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari.

3. Penggantian rutin. 
Perhatikan rutin bayi dan cuba gantikan dengan aktiviti berfaedah. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu paling sukar untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan buku atau melihat bintang bersama-sama bapa. Suami juga boleh memainkan peranan dengan membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu daripada ibu.

4. Memendekkan tempoh penyusuan. 
Ibu juga boleh mencuba dengan memendekkan waktu penyusuan. Sekiranya menyusu selama 30 minit ibu boleh memendekkan masa selama 10 hingga 15 minit saja. Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Ibu boleh memujuk anak yang dia hanya boleh minum sedikit saja kerana sudah besar. Tunjukkan contoh abang atau kakak yang sangat baik apabila tidak menyusu.
5. Berikan minuman lain. 
Bagi ibu yang ingin memberhentikan penyusuan seharusnya sudah memikirkan jenis minuman gantian yang akan disediakan. Ibu boleh berikan Mealshake Shaklee berperisa vanilla yang harum dan enak, anak-anak pasti suka. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Kalau sebelum ni anak kita sihat kerana mendapat khasiat dari susu ibu, sekarang anda tidak perlu risau. Insya Allah Mealshake akan membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan, dan memastikan anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, tiap kali anak nak menyusu boleh gantikan dengan Mealshake Shaklee. Macam mana sukatan untuk bancuh Mealshake? Nak tahu? Hubungi saya.
mealshake membantu anak cerai susu

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat kepada ibu-ibu yang berniat untuk menceraikan susu badan dengan anak. Semoga kita berjaya...

Sebarang pertanyaan atau nak order produk Shaklee boleh menghubungi saya seperti dibawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

You May Also Like

9 comments

  1. ank sdara aina dah 2 tahun tp susah nk pisahkn wlau kak ipar dh bt mcam2. nnti tips kat atas tu nk tunjk kat kak ainaa. ^_^

    ReplyDelete
  2. anak KG sampai 5 tahun x nak cerai susu...out station lama-lama pun bila KG balik anak tetapi merengek nak...

    ReplyDelete
  3. Sedih tgk anak duk menangis siang malam nak susu kan Mia..Kita ni hati tisu air mata meleleh jer huhu

    ReplyDelete
  4. Sedih tgk anak duk menangis siang malam nak susu kan Mia..Kita ni hati tisu air mata meleleh jer huhu

    ReplyDelete
  5. info bagus utk ibu yg ada masalah ni kan...

    ReplyDelete
  6. Macam kakak Sha, susu tak banyak. Tu yang boleh anak buah berhenti susu sendiri. Tapi mula-mula tu kesian tengok anak buah menangis-nangis, huhu

    ReplyDelete
  7. salam..wana pun nak share sikit pengalaman wana untuk wean-off nie. Actually wana pun baru je bercerai susu badan sebab umur anak pun dah nak masuk 3 tahun. Niat nak fully bf sampai 2 tahun je..nie dah terlebih pulak :")

    Kalau cakap pasal sedih..allah je tahu bila anak yang kita susukan selama 2 tahun lebih terpaksa kena stop kan? Lagi pulak bila anak merayu2 mintak sampai tertido. Just imagine dia tertido dalam keadaan haus & penat sebab menangis. Seriusly hati memang kena kuat!

    Apa yang wana buat untuk wean-off bukan sekadar letak ASAM JAWA, SOS, BAWANG PUTIH, KAPUR MAKAN..tapi doa tak putus2 mintak Allah bantu usaha wana untuk wean-off. Yelah kan kadang2 kita dah usaha tapi kalau Allah tak beri macam apa yang kita harapkan tetap juga tak dapat. So rahsianya adalah DOA! Sebab doa seorang ibu nie mustajab :)

    Plus wana jugak selalu advice dia and compare dengan kawan2 sebaya yang tak menyusu badan. Contohnya wana akan cakap "naura cuba tengok hakim..dia mana ada nenen mami dia'. Lama2 dia faham sendiri. Maklumlah dah besar kan :)

    Alhamdulillah berkesan tips tu. Kadang2 bila letak sos..sirap wana akan pura2 nangis cakap 'nenen mami atit...huuhuuuu'. So dia sendiri ada rasa belas.

    Honestly memang hati kena kuat..mula2 wana sendiri rasa lonely, rasa jauh dengan dia .rasa macam bonding makin jauh.. sedih sangat bila tengok dia dah tidur sambil peluk bear. Sampai sekarang saya rasa rindu sangat sangat .Tapi takpelah..dia pun dah besar . and wana bersyukur Allah beri rezeki untuk dia menyusu 2 tahun lebih . Yang penting , as a mom kita kena sentiasa berdoa, always positive and banyak sabar. In Shaa Allah. Moga bermanfaat :)

    Jemput singgah
    http://mummynaura.blogspot.my/

    ReplyDelete