Bahaya Produk GMO

by - 7:16:00 PM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sempat juga saya meluangkan sedikit masa untuk membersihkan blog yang dah kusam nie. Tak sempat nak menulis di sini.

Pagi tadi sempat saya study kejap tentang soya. Ermmm, rupa-rupanya banyak lagi yang saya tak tahu tentang soya, dan mungkin anda juga tak tahu tentang soya nie. Nak saya kongsikan tak??? Selalunya kita asyik duk minum jek kan air soya, tapi kita tak tahu pun bagus ke tak air soya tersebut.

Fakta yang perlu kita tahu, kebanyakan soya ditanam di US. Ada tak soya ditanam di Malaysia??? Ermm, belum ada lagi kot. Dan yang paling memeranjatkan lebih 90% soya yang ditanam disana adalah GMO. Haa, tahu tak ape itu GMO???


GMO, Genetically Modified Organism, secara ringkasnya adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Contohnya, dalam pengubahsuaian genetik tumbuhan, para sainstis akan mengeluarkan satu atau lebih gen dalam DNA organisma lain seperti bakteria, virus, atau haiwan, dan menggabungkannya semula kedalam DNA tumbuhan yang ingin diubah. 

Contohnya, gen dari bakteria Bacillus Thuringiensis, Bt telah dipindahkan kedalam DNA jagung. Gen Bt merupakan protein yang membunuh serangga perosak. Jadi, dengan memindahkan gen Bt ke dalam jangung akan membolehkan pokok jagung tersebut akan menghasilkan racun perosak sendiri. 

Kenapa GMO nie bahaya???
Masalah utama produk GMO ini adalah apabila gen lain dimasukkan kedalam DNA sesuatu tumbuhan, para saintis tidak tahu pengubahsuaian gen tersebut berlaku dimana. Ini mungkin akan mengganggu fungsi gen yang lain dan menghasilkan protein baru yang tidak pernah ada dalam tumbuhan dan berkemungkinan akan menghasilkan toksin dan allergi dalam makanan. 

Antara keburukan produk GMO adalah:

1. Keselamatan produk GMO tidak disahkan lagi.
Boleh dikatakan sebenarnya kita adalah “tikus makmal” untuk menguji keselamatan teknologi GMO itu sendiri. Ini adalah menyedihkan tetapi benar. Makanan GMO yang dimakan setiap hari tidak mempunyai kajian menyeluruh mengenai ancamannya yang berpotensi ke atas kesihatan manusia .
2. Bahan-bahan yang diubahsuai secara genetik boleh menyebabkan kanser.
Perunding histopathologest di Aberdeen Royal Infirmary , Dr Stanley Ewen , menimbulkan kebimbangan bahawa makanan dan air yang tercemar dengan bahan genetik boleh meningkatkan pertumbuhan tumor malignan apabila diambil oleh manusia.
3. Ia boleh menimbulkan wabak alahan baru pada manusia.
Telah didapati bahawa kacang soya GMO yang mengandungi protein kacang Brazil menyebabkan alahan kepada manusia dan telah ditarik balik dari pengeluaran.
4. Kesan buruk ke atas sistem imun .
Satu kajian pada 2008 menunjukkan bahawa memberi tikus makan makanan berGMO 30 hari menyebabkan reaksi terhadap siatem imun. Ini kerana terdapat perubahan pada bilangan sel yang mengawal selia fungsi imun dalam badan.

Akan tetapi, masih terdapat inisiatif sesetengah pihak untuk menghasilkan makanan Non-GMO, iaitu sumber makanan yang tidak diubah genetiknya dan kebanyakannya ditanam secara organik. Identity Preservation Program (IPP) merupakan satu program dimana mereka penghasilkan protein daripada soya Non-GMO, dimana kacang soya ini dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah kesaat pemprosesannya.

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga proses penyimpanannya. Jadi untu memilih makanan yang baik, haruslah kita tahu dari mana sumber makanan tersebut.

Dan yang menggembirakan, Shaklee telah menggunakan soya Non-GMO untuk menghasilkan Protein soya di dalam produknya ESP, Soy Isolate Protein. 

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
ESP sesuai untuk seisi keluarga anda seperti: 
  1. Orang yang ingin kekal sihat.
  2. Orang yang ingin cantik dan tampak muda sebelum usia
  3. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
  4. Kanak-kanak bersekolah.
  5. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak.
  6. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  7. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik.
  8. Ahli sukan dan bina badan
Pada mereka-mereka yang tersenarai diatas, boleh dapatkan ESP dari saya. Konsultasi percuma diberikan.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

You May Also Like

0 comments