Allah bagi masa[Part 2]

by - 11:21:00 PM

Assalamualaikum wbt

'Baiknya Allah..Allah Maha Baik..Allah Maha Teliti dalam PerancanganNya..Kasih sayang Allah meliputi kemurkaanNya.'

Salam jumaat yang indah ..dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Semalam saya ada tulis entry mengenai zuriat,jemput baca dan kalau ada kata2/teguran boleh tinggalkan di kotak komen saya yer.Terima kasih.

Ujian yang Allah beri,saya cube menyelami hikmah disebalik ujian itu:

1. Masa tidur/rehat  kami tidak ternganggu.



lenanya tidur...

Selalu saya dengar ibu bapa mesti ternanggu waktu tidur mereka terutamanya pada awal pagi ..kerana rengekan si anak kecil yang kelaparan/kehausan.Mungkin juga menangis disebabkan sakit dsb.
Ibu bapa sanggup bersengkang mata demi memberi keselesaan dan memenuhi kehendak si anak.
Alhamdulilah,kami masih belum diberi ujian ini kerana itu Allah memberi saya masa untuk rehat secukupnya dan mungkin juga kami belum bersedia untuk menghadapi detik ini.

2.Luangkan masa bersama semaksimum mungkin


bergurau bersama

Memandangkan kami masih berdua,maka Allah memberi saya masa sebaik2nya untuk lebih mengenali/menghargai pasangan  dan mengeratkan lagi hubungan kami.Dikesempatan ini kami boleh melakukan aktiviti kegemaran bersama.

3.Lebih menghargai ibu bapa

Bagaimana untuk kite menghargai orang lain selagi mana kite tak pandai nak menghargai diri sendiri dan orang yang terdekat dengan kite?
Begitulah konsep yang saya fahami..iaitu saya masih kurang berbakti kepada ibubapa maka Allah memberi saya masa inilah  untuk saya berbakti kepada mereka ..kerana mungkin apabila saya mempunyai anak nanti..saya akan kurang memberi perhatian kepada ibu bapa saya.


Kasih sayang yang takternilai harganya

4.Mendekatkan diri kepada Sang pencipta

Teringat saya kisah sahabat Nabi yang mana seorang alim ini mendidik 'anaknya' dari remaja lagi,Si alim ini belum berkahwin apatah lagi mempunyai anak.Bagaimana boleh dikatakan beliau mendidik anaknya?

Inilah yang cube si alim ini sampaikan.Beliau ingin melahirkan anak yang soleh/ah.Maka beliau sendiri perlu mem"solehkan" diri sendiri supaya benih yang terhasil juga anak soleh.Hebat sungguh pegangan si alim ini.NAH!apabila beliau berkahwin dan mempunyai anak maka memang benar anak nya yang lahir itu sangat hebat keperibadiannya.Allah Maha Besar!~


teruskan berdoa dan mendidik diri menjadi soleh/ah

Kisah ini benar2 memberi pelajaran kepada saya.Mungkin Allah memberi saya masa untuk memperbaki diri agar anak/zuriat yang lahir nanti adalah yang terbaik dan penyejuk mata bagi kami nanti.InsyaALLAH.

4.Melatih diri saya untuk bersabar

Saya akui saya kurang sabar untuk mendapatkan sesuatu.Allah beri saya masa untuk melatih diri menjadi seorang yang sabar.Jangan putus asa dalam berdoa kepada Allah.Kite hamba dan Dia adalah Pencipta.Maka sebagai seorang hamba perlulah memohon dengan serendah2nya bukannya memaksa.


sabar itu sebahagian dari iman

Firman Allah;

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (dengan mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu."
 (Al-Baqarah~:45)

5.Amalkan sedekah dan istighfar.


Saya ada dengar antara amalan untuk dikabulkan doa terutamanya bagi mereka yang menginginkan zuriat adalah banyakkan bersedekah dan beristighfar.Ini dikuatkan lagi kata-kata Ustaz Abdullah Khairi yang mengatakan amalan istighfar ini bagi pasangan yang sukar mendapat zuriat dengan izin Allah si isteri berjaya hamil.Yakinilah!~Allahuakbar!!!

..'Jika menyayangi Allah berzikirlah
Jika menyayangi Nabi Muhammad saw berselawatlah
jika mengasihani diri sendiri beristghfarlah.'

kalau diikut pada logik akal..apa kaitan beristighfar dan bersedekah ini dengan zuriat?
nah!inilah jawapannya:~

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata:

‘Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah SWT baginya (kesenangan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezeki padanya (oleh Allah SWT dari jalan yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud]

Sebenarnya terlalu banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan istighfar ini.InsyaALLAH..jom amalkan dari sekarang.

Kalau dulu saya sangat malas untuk berzikir,beristghfar(bukan nak mengatakan bahawa kali ini saya banyak beristghfar)..allahhu..!~cume ini hikmah di sebalik ujian Allah beri saya masa untuk banyakkan bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang pernah saya lakukan iaitu dengan banyakkn melakukan kebaikkan.InsyaAllah kawan2..


teruskan tersenyum dan positif!~

Inilah antara hikmah yang saya ambil dan belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.Allah itu sangat dekat kepada hambaNya.Bergantung lah sepenuhnya kepada Allah.
Allah amat benci bagi mereka yang putus asa pada rahmat Allah.
Teruskan berdoa dan berusaha.Allah itu sedang melihat kita.Allah tidak melihat apa hasil nya tetapi Allah menilai usaha kite sebgai hamba.Kuasa dan hak mutlak ada pada Nya.

mohon doa dari kawan2 ..amin..





You May Also Like

0 comments