Allah bagi masa..

by - 11:02:00 PM

Assalamualaikum wbt

Menginjak ke tahun 3 usia perkahwinan kami.Nampak 'pelik' jika saya katakan yang Kami masih ber2.Masyarakat mula mempersoalkan:

anak mana?
berapa orang anak dah sekarang?
ish..tak pergi checkup doktor ke?

soalan2 ini dah lali sangat saya dengar.Pada awal perkahwinan,saya agak sedih dan tertekan kerana kami tidak punya jawapan pada soalan mereka.Kami merancang dan Allah ujga merancang..tetapi perancangan Allah Maha Teliti.Semua itu kuasa Allah yang menentukan.
Sekarang apabila ada yang bertanya pasti jawapan yang saya beri ialah meminta mereka mendoakan dan saya sentiasa meletakkan ALLAH ITU BAIK pada hambaNya.InsyaALLAH..ada bahagian untuk kami nanti.

bestnyer..teringin sangat nk melalui detik indah ini


Yang penting saat ini,Allah masih pinjamkan kepada kami nikmat pernikahan.Semoga kami bersama2 berpegangan tangan hingga ke jannah.Amin..
Alhamdulilah..bagi ke2 2 belah keluarga, mereka sangat supportive dan memberi kata-kata semangat.Ujian yang Allah beri kepada kami bukanlah ujian yang berat jika mahu dibandingkan ujian kepada Nabi Muhammad saw;Kekasih Allah.Tetapi baginda tidak pernah merungut malah baginda selalu ingin menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bertaubat.

Indahnya akhlak Nabi Muhammad saw.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad


..'Baiknya Allah..Allah itu Maha Baik..Baiknya ketentuan Allah..'

Allah tidak pernah berjanji bahawa apabila kamu berkahwin maka kamu akan mendapat anak,Tetapi Allah sentiasa ada untuk hambanya yang bersabar.

belum tentu bahagia apabila punya anak.
belum tentu bahagia apabila sudah bernikah,
kebahagian yang sebenar adalah hati yang mengenal Allah..
dan belajar untuk bersyukur dengan segala yang ada disekeliling kita.

Lumrahnya manusia mudah mengucapkan syukur saat menerima kebaikkan dalam hidupnya
tetapi sukar sekali manusia mengucapkan syukur saat menerima musibah.

Kenapa kite perlu mengucapkan syukur saat kite menerima musibah?

Bagi pendapat saya yang jahil ini:Itulah jiwa seorang hamba.Kite apabila memiliki jiwa ini apa2 sahaja yang diberi oleh 'tuan' kite maka kite perlu menerima seadanya dan bersabar apa juga keadaan yang menimpa.

Tak terhitung nikmat Allah kepada kite.
  • Saat kite masih diberi nafas untuk memulakan hari yang baru..itu juga ada nikmat
  • Saat kite masih boleh berjalan seperti biasa maka itu juga adalah nikmat
  • Saat kite mampu berkata-kata,makan,tidur mahupun berlari ...maka itu juga adalah nikmat
dan yang paling bermakna apabila kite diberi hidayah dan memegang amanah Allah ini iaitu nikmat iman,ihsan dan islam.Maka ini lah nikmat yang perlu senantiasa dijaga dan disyukuri.

Benarlah Allah ada berfirman,

“Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?”
( Firman Allah SWT dalam ‘Surah ar-Rahman’ yang diulang sebanyak 32 kali !!! )


maka disini..kite sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur dengan segala2nya yang Allah beri.

Jika ada lagi doa2 yang masih belum dikabulkan..maka pandang lah ia sebagai hikmah yang tak ternilai untuk di fikirkan.Suka untuk saya sebutkan sekali lagi


Hidup perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah.


..'Baiknya Allah..Allah itu Maha Baik..Baiknya ketentuan Allah..'


Terima kasih Allah..terlalu banyak nikmat yang Allah pinjamkan kepada saya.
Mungkin ada hikmahnya kenapa saya masih belum diberi peluang untuk menjadi ummi.

Allah bagi saya masa....>>>>next entry

You May Also Like

6 comments

  1. sabar ye kak.. harap tabah.. mungkin Allah dah rancang perkara yg lebih baik untuk akak :)

    ReplyDelete
  2. kalau saya jumpa rakan sebaya yang lama tak jumpa,pasti saya tanya soalan begini.Bukan niat nak perli,sekadar bertanya khabar.Tapi agak-agaklah...kalau tak nampak kelibat anak tu,tanyapun beralaslah... mana tahu ianya isu sensitif bagi setengah orang.Tapi tak tanya karang, itu adalah isu yang paling senang untuk diborakkan.

    jangan sensitif ya... anggaplah ianya sebagai mengambil tahu perkembangan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.saya awal2 je terasa sedih dgn soalan pasal zuriat nie.tapi skrg dah lali dah..

      Delete
  3. bersabar lah,...mesti ada sebab nya kenapa Allah belum nak bagi..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.mg Allah mmberi kesabaran kpd saya dan suami.setiap yg berlaku ad hikmahnya kan.Allah itu Baik

      Delete