Kiamat pasti datang!

by - 5:07:00 PM

assalamualaikum wbt semua dan selamat pagi

merujuk kepada tajuk di atas seems menyeramkan pun ada.Mempercayai hari kiamat itu adalah rukun iman..Jika kita menolak salah satu dari rukun iman,iman kita tidak sempurna.Segeralah beristighfar dan bertaubat.InsyaAllah..

entah kenapa aku rasa terpanggil nak menulis sesuatu tentang hadis Nabi mengenai tanda-tanda kedatangan kiamat ini.Sebenarnya,kiamat ini terbahagi kepada dua;(Seingat apa yang aku pernah belajar masa di sekolah dulu) Kiamat kecil dan kiamat besar..

apakah itu kiamat kecil dan kiamat besar?

kiamat kecil ialah seperti yang berlaku sekarang seperti penzinaan merata-rata tempat,peperangan,penipuan dsb
kiamat besar pula ialah hancurnya dunia ini sehancur-hancurnya.Boleh baca sini
 tahukah kita semua ,amalan pertama yang akan dihisab ialah solat.Ya Allah,bila dinilai diri kita sendiri..sejauh mana ibadah kita ini diterima oleh Allah..masih banyak khilafnya..malah Nabi sendiri pernah bersabda"solat umat pada akhir zaman adalah semakin singkat"
benarlah apa yang disabdakan itu.Aku rasa terpukul kerana adakalanya aku juga lalai dalam menghadap Allah ini.Solat tapi ringkas.selepas salam,tiada zikir..dan berdoa tapi tidak diiringi dengan hati.Sombongnya aku pada Allah..

Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


  • Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

  • Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

  • Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita* Ibnu Majah*

  • Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

  • Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

  • Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel ini,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...maaf jika ada yang tersinggung.Yang baik dari Allah..yang buruk segala kelemahan adalah dari saya

  
tiada istilah terlewat untuk bertaubat..:) mari semua...kembalilah kepada Allah

You May Also Like

9 comments

  1. insyaallah sma-sma kita berubah

    tq untuk info..:)

    ReplyDelete
  2. mati itu pasti.. kiamat bakal kita tempuhi.. huhu..

    p/s : dear, ada x tutorial tukar font blog? sy dah try tp x jd ar..

    ReplyDelete
  3. nice sharing..semoga kita dapat perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..takutnya..memang dah banyak kiamaty2 kecil tu..humm :(

    ReplyDelete
  5. @Deqla manjewsy dah komen kt shoutbox..dh boleh tukr kerrr

    ReplyDelete
  6. @Aishah Jahirahbetul..mlh boleh dkatakn semuanya dah berlaku....

    ReplyDelete