• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K


just to remind myself

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Nak berniqab? Silakan..

Tapi janganlah menokok tambah atau mengada2kan 'fadhilat' berniqab bagai. Siap post di pesbuk lagi ini. Haha.

'Allah gandakan 17x seri muka. Bla. Bla. Bla.'
'Di akhirat pula, Allah akan datang. Bla bla bla.'
'Rasulullah jugak. Bla bla bla'
'Saidatina Fatina pulak. Bla bla bla'

Persoalannya, di timur tengah, wanita yang berniqab itu tidak semuanya Islam. Lalu bagaimana dengan fadhilat2 ini? Jawab lekaihh...

Yang menyedihkan lagi, post tersebut meraih banyak like. Itu baru yang like, yang membaca dan mempercayainya pula dah berapa orang? Yang share berapa orang? Yang copy paste pulak berapa orang? Yang sebar dan sampaikan pula berapa orang? Sapa nak bertanggungjawab ni? Sampai tak tahu punca. Ini jenoh nak betulkan kembali, sebab tak terkira berapa orang yang sudah mempercayainya. Haaa!

Secara tidak sedar, pembohongan ke atas agama telah dilakukan. Siap guna nama Allah, Rasulullah dll bagai. Apa hukumnya? Tak rasa bersalah ka?

Kamu nak mengajak wanita lain untuk berniqab itu perkara yang dipuji. Namun kamu cipta 'fahilat' sendiri dan selitkan nama Allah dan Rasulullah untuk kuatkan 'fadhilat' itu supaya ramai yang mempercayainya. Itu perkara yang eeerrrrrrr..

Ada pulak yang komen sebegini, 'terima kasih kerana menguatkan saya untuk mula berniqab'. Aduhaii.. Kasihan, kamu sudah membohongi dia. Waduh.

Kalau begitu kesianlah pada geng tudung labuh, kerana seri wajah mereka tak naik. Alahai..

Berhentilah menyebarkan perkara yang tidak diketahui kesohehannya itu! Bagaimana nak betulkan kembali perkara ini? Mintalah petunjuk Allah. Berazamlah untuk tidak mengulanginya kembali. 8)

#COPYPASTE

Satu hari, si niqabis mengupload gambarnya, gambar yang sangat cantik, mata bundar memandang tepat pada lensa camera, dihias dengan celak membuatkan mata si niqabis sangat2 cantik dipandang. Lalu datanglah serbanbis, yang memberikan kata-kata seperti didalam gambar... Apa perasaanmu wahai sang puteri.... ?? Matamu sedang dinikmati pemuda yang tidak halal bagimu dan baginya..

Ya Allah lindungi kami dari dipandang dan memandang...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Sekali lagi menyaksikan perubahan abby abadi..kali ini lebih sederhana
menerusi laman instagram milik beliau abby nampak telah pun memulakan peubahan iaitu memakai niqab.
Tahniah!abby...
walaupun ibu tunggal ini sering melalui dugaan yang hebat namun beliau tampak cube untuk mencari kekuatan dan ketenangan.Abby semoga awak terus istiqamah~!insyaAllah.

beliau yang pernah berkahwin dan bercerai sebanyak 2 kali, tidak sesekali menjadikan ia sebagai suatu pengalaman pahit malah ia menjadikan sebuah kekuatan untuk meneruskan hidup.
nah!contoh inilah yang patut kite contohi..

Namun sekali lagi..abby abadi difitnah.kali ini mengenai kening pulak..
aik?macam2 la...

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Bismillah. Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, “Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni.”

Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya. Hari ini, di dalam negara saya sendiri iaitu Malaysia, saya lihat ramai perempuan yang mula berniqab. Tetapi, saya agak keliru dengan konsep yang dibawa.

Wajahnya tertutup rapi. Tetapi pakaiannya walaupun jubah, walaupun berwarna hitam, masih ada liplap-liplap, masih ada bling-bling, masih ada bunga-bunga. Bila saya fikirkan semula, tafsiran bagi pakaian yang seperti itu sebenarnya adalah, "SAYA MALU DAN MERASA MURAH SEKALI ANDAI WAJAH SAYA MENJADI TATAPAN ORANG, TETAPI SAYA TIDAK KISAH KALAU PERHIASAN DAN PAKAIAN PADA BADAN SAYA DILIHAT ORANG BAHKAN LEBIH SERONOK KALAU DIPUJI."

Apakah betul itu sebenarnya konsep berniqab sepertimana yang dibawa oleh ummul mukminin kita?

Bagi diri saya yang tiada ilmu ini, saya memandang perbuatan memakai tudung, menutup aurat serta memakai niqab itu fungsinya bukanlah sekadar untuk 'menutup' sahaja. Signifikan utamanya adalah jauh lebih besar daripada itu. Ia sebenarnya adalah sebuah latihan untuk hati kita, untuk menundukkan nafsu orang-orang perempuan yang sememangnya amat suka dipandang dan dipuji. Ia mengajar kita bagaimana untuk bersederhana dan merendah diri.

Kerana itulah pentingnya pemilihan warna dan perhiasan yang terdapat pada diri seseorang perempuan itu. Saya suka memetik kata-kata ulamak ini, “Seorang perempuan itu, sebaik-baiknya apabila ia turun ke tengah-tengah orang ramai, orang tidak perasanpun akan kehadirannya di situ (lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.)”

Sebab itulah bagi saya, kalaulah di dalam hati saya masih lagi ada keinginan untuk berhias dan dipuji orang, “Lawalah maskara awak”, “Eh cantiknya manik-manik pada jubah awak ni”, ataupun “Wow, beg tangan Gucci ke tu?” itu membawa maksud, masih terlalu jauh lagi perjalanan mujahadah hati saya. Dan kerana itulah juga saya fikir, saya perlu mengambil masa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi niqabis sepenuh masa.

Kerana niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah. Ia sebenarnya tentang menyembunyikan ‘hati’.

Adakalanya, saya lebih menghormati perempuan yang tidak berniqab tetapi pakaiannya cuma sederhana, warnanya tidak membuat orang memuji-mujinya dan perhiasannya tidak pula membuat orang terteleng-teleng memandangnya. Hatinya rendah, tidak berkehendak kepada pujian mahupun pandangan orang, baik dari lelaki mahupun perempuan. Memandang kepadanya sahajapun, hati kita turut merasa rendah dan insaf, tidak langsung menimbulkan keinginan di hati untuk kelihatan lebih cantik. Istimewa dan mahalnya perempuan seperti ini, kerana cantiknya disimpan elok-elok, hanyalah buat tatapan seorang insan yang bernama suami sahaja.

Saya tidak kisah andainya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Kerana saya berbicara ini sambil membayangkan bagaimanalah sekiranya ummul mukminin masih ada bersama-sama dengan kita pada hari ini. Maafkan saya, andai saya telah mengguris hati sesiapa.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Dan yang tidak baik itu datang daripada kejahilan diri saya sendiri.

#COPY PASTE

luaha dari aku sendiri:

memang wanita yang memang niqab ini akan dipandang pelik oleh sesetengah masyarakat malah ada juga yang mengagumi mereka ini.Tetapi berbalik kepada niat kite berniqab.Jangan rosakkan nilai niqab itu dengan kesilapan di atas kejahilan kite sendiri.Bagi aku, memakai niqab ini adalah 1 proses mendidik jiwa untuk merasa rendah diri bukan untuk perhatian dan tatapan manusia diluar sana.Berniqab bukan untuk berhias tetapi untuk menutup hati terutamanya.Marilah kite berserdahana dalam berpakaian..insyaAllah
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
  • hello to my spesel
  • jemput register
  • Mini samsung RM999
  • KEMANA SELEPAS SPM
apakah persamaan antara ninja dengan orang yang berpurdah?

    semalam aku berjalan dengan suami di shopping mall.seorang maknyah entah datang dari mana mentertawakan aku sambil mengejek aku ninja.ketawanya sangat kuat dah tahukan suara lelaki yang pura-pura perempuan.Mula nya aku agak terkejut dan ramai yang pandang kearah aku.Sememangnya wanita yang berpurdah ini dipandang pelik oleh sesetengah orang tetapi kenapa orang yang memakai seksi tidak pun dipandang pelik..?pelik pelik...
    kepada si maknyah tuh,aku tak marah pun ko nak kata aku ninja.maih,aku nak ko bezakan sendiri mana satu ninja yang betul :)

    nah!!inilah ninja!!

    yang ini pula wanita yang berpurdah.

    adakah terdapat persamaan?

    tepuk dada tanya lah iman.


    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments

    KECANTIKAN DIRI

    • Minyak wangi
    • Rawatan kulit wajah kusam
    • tompok hitam!
    sebuha penghijrahan yang insyaALLAH harap ia istiqamah dan diredhai oleh Allah swt.



      Maha besarnya dan indah penciptaan Allah

      insyaAllah,inilah perubahan terbaru saya.harap2 ia istiqamah.doakan yer semua:) bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan kearah kebaikan.Banyak dugaan dan ujian..sesungguhnya saya adalah hamba yang lemah.

      Share
      Tweet
      Pin
      Share
      7 comments

    • Buat sideincome dengan autoblogger
    • Nak anak!
    • Zombie
    • YUNA!
    • anda cun or cantik?
    • inilah babak-babak yang mendapat kritikan hebat
      niat dihati bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi sebagai umat islam kite harus prihatin dengan masalah yang berlaku disekeliling kite.
      Siapa yang menonton drama sahara di astro prima?angkat tangan!!ke orang duk layan cerita setia hingga hujung nyawa?ahaksss..aku dan suami pun tengok cite cinta romantik tuh.best kan...hihihi.
      okaylah,berbalik kepada drama ala2 islamik nie..bagi aku drama nie macam drama qaleesya yang suatu ketika dulu dilakonkan oleh elfira loy.tapi kali ni,ia membawa satu perubahan dimana watak heroin ni memakai niqab.Jujur aku memang suke tengok orang pakai niqab dan aku juga teringin untuk memakainya suatu hari nanti.aminn(doakan yer^^).Pada awalnya aku teruja menonton drama nie..namun lama kelamaan ia menjadi kurang enak di mata aku.
      kalau korang tengok pada gambar2 di atas..terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh pelakon2 dalam drama nie.(korang tengok sendiri ok dan nilai).
      bagi aku,untuk menghasilkan sebuah drama yang islamik..pengarah dan pelakon malah semua yang terlibat dalam produksi ni harus menitik beratkan jalan cerita,cara lakonan yang benar2 mengikut syarak.Jangan lah kerana untuk mengaut keuntungan..maka hal-hal ini di pandang enteng.INGAT!PENGHASILAN DRAMA JUGA ADALAH SUATU DAKWAH KEPADA MASYARAKAT.Namun jika ia disalah gunakan maka remaja2 atau kanak2 yang menonton cerita ini akan menjadikan ia suatu panduan malah tidak keterlaluan untuk aku katakan ia akan menjadi ikutan..Kenapalah pengarah2 diMalaysia ini tidak mencontohi   filem KETIKA CINTA BERTASBIH.FILEM ISLAMIK yang langsung tidak memerlukan pegang2 antara lelaki dan perempuan..tetapi tengok hasilnya..!filem ini meletop!!!bum bum bum.Alhamdulilah...:)
      so,akhir kalam..selepas ini jadikan pengajaran dan lakukan lah pembaikan ke atas mana2 drama/filem islamik yang ingin dilakukan.Jangan hanya mengejar keuntungan dunia tetapi saham di akhirat lebur begitu sahaja.
      p/s :patutlah siaran tv al hijrah tidak menayangkan drama sahara ini...huhuhu..
       kalau korang rasa DRAMA INI PERLU DI HENTIKAN..KLIK SINI
      baiklah..YANG BAIK adalah datangnya dari Allah..YANG BURUK dan YANG HINA adalah dari aku sendiri.Minta maaf
      Share
      Tweet
      Pin
      Share
      16 comments
      Older Posts

      About me

      About Me

      Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

      Follow Us

      • facebook
      • twitter
      • instagram
      • Google+
      • pinterest
      • youtube

      Categories

      recent posts

      Sponsor

      Facebook

      Blog Archive

      • April 2015 (13)
      • March 2015 (3)
      • February 2015 (6)
      • December 2014 (25)
      • November 2014 (25)
      • October 2014 (28)
      • September 2014 (25)
      • August 2014 (32)
      • July 2014 (19)
      • June 2014 (10)
      • May 2014 (30)
      • April 2014 (4)
      • March 2014 (10)
      • February 2014 (24)
      • January 2014 (30)
      • December 2013 (14)
      • November 2013 (32)
      • October 2013 (27)
      • September 2013 (9)
      • August 2013 (21)
      • July 2013 (46)
      • June 2013 (51)
      • May 2013 (28)
      • April 2013 (23)
      • March 2013 (37)
      • February 2013 (25)
      • January 2013 (40)
      • December 2012 (23)
      • November 2012 (28)
      • October 2012 (11)
      • September 2012 (21)
      • August 2012 (12)
      • July 2012 (44)
      • June 2012 (31)
      • May 2012 (37)
      • April 2012 (16)
      • March 2012 (10)
      • December 2011 (4)
      • November 2011 (2)
      • October 2011 (14)
      • September 2011 (6)
      • August 2011 (8)
      • July 2011 (9)
      • June 2011 (13)
      • May 2011 (24)
      • April 2011 (9)
      • July 2010 (2)

      Created with by ThemeXpose