Nak berniqab? Silakan..
Tapi janganlah menokok tambah atau mengada2kan 'fadhilat' berniqab bagai. Siap post di pesbuk lagi ini. Haha.
'Allah gandakan 17x seri muka. Bla. Bla. Bla.'
'Di akhirat pula, Allah akan datang. Bla bla bla.'
'Rasulullah jugak. Bla bla bla'
'Saidatina Fatina pulak. Bla bla bla'
Persoalannya, di timur tengah, wanita yang berniqab itu tidak semuanya Islam. Lalu bagaimana dengan fadhilat2 ini? Jawab lekaihh...
Yang menyedihkan lagi, post tersebut meraih banyak like. Itu baru yang like, yang membaca dan mempercayainya pula dah berapa orang? Yang share berapa orang? Yang copy paste pulak berapa orang? Yang sebar dan sampaikan pula berapa orang? Sapa nak bertanggungjawab ni? Sampai tak tahu punca. Ini jenoh nak betulkan kembali, sebab tak terkira berapa orang yang sudah mempercayainya. Haaa!
Secara tidak sedar, pembohongan ke atas agama telah dilakukan. Siap guna nama Allah, Rasulullah dll bagai. Apa hukumnya? Tak rasa bersalah ka?
Kamu nak mengajak wanita lain untuk berniqab itu perkara yang dipuji. Namun kamu cipta 'fahilat' sendiri dan selitkan nama Allah dan Rasulullah untuk kuatkan 'fadhilat' itu supaya ramai yang mempercayainya. Itu perkara yang eeerrrrrrr..
Ada pulak yang komen sebegini, 'terima kasih kerana menguatkan saya untuk mula berniqab'. Aduhaii.. Kasihan, kamu sudah membohongi dia. Waduh.
Kalau begitu kesianlah pada geng tudung labuh, kerana seri wajah mereka tak naik. Alahai..
Berhentilah menyebarkan perkara yang tidak diketahui kesohehannya itu! Bagaimana nak betulkan kembali perkara ini? Mintalah petunjuk Allah. Berazamlah untuk tidak mengulanginya kembali. 8)
#COPYPASTE
Ya Allah lindungi kami dari dipandang dan memandang...
4 comments
huhu.. nice tazkirah
ReplyDeletetq..:)
DeleteSetuju sgt.. Elok nk buat pahala...dpt dosa pula adanya..
ReplyDeletekan.fitnah..jadinya apabila salah digunakan.
Delete