![]() |
| sekali aku pandang jam ini..aku terus terpikat |
jam ini yang menariknya kita boleh tukar-tukar tali..dan frame muka jam nya mengikut warna kesukaan.dalam gambar di atas terdapat 5 pilihan warna...^^;
akibat harga nya berpatutan..aku pun mengambil keputusan nekad untuk memilikinya.:)aku transfer duit terus ke akaun penjual ini(selepas itu,baru btau dengan encik suami..yg aku nak membeli jam ini)..^^mujur tak di marahi oleh nya..
penantianku..dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan..masih tiada lagi khabar jam ini..aku mula curiga dan resah..aku hubungi penjual ini..namun aku lihat fb nya seems x aktif..msg2 aku tidak langsung di endahkan
padamulanya.aku agak marah dan kecewa..adakah aku ditipu??persoalanku ini tiada jawapan sampai lah ke saat ini..
haruskah aku menghalalkan duit aku itu?
**niat aku publish entry ini bukan nak jatuhkan sesiapa..aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan kawan2..berhati-hati apabila membeli sesuatu dari laman maya ini. dan kepada si polan itu,jika anda terbaca entry ini..tolonglah..pulangkan duit aku..hukhuk..jgn tipu lagi orang lain.Kau mungkin terlepas di dunia..tapi diakhirat bagaimana?sejujurnya aku dah tak marah..cuma aku curious..kenapa anda berdiam diri..



