• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Kebanyakan para wanita sering menggunakan lipstik beberapa kali sehari bertujuan untuk kelihatan cantik. Namun, kita harus berjaga-jaga dengan bahan yang berupaya untuk membuatkan kita kelihatan tidak cantik didalamnya. Dalam penyelidikan yang dibuat oleh UC Barkeley, beliau telah menemui bahan metal berbahaya seperti aluminium, kromium, kadmium dan lain0lain lagi dalam kandungan lipstik. Kandungan bahan metal ini boleh membahayakan kesihatan sekiranya diambil dalam jangka waktu yang lama dan boleh menyebabkan masalah saraf dan meningkatkan risiko kanser.


Pewarna yang terdapat dalam lipstik merupakan salah satu bahan berbahaya. Kebiasaannya, dalam kosmetik mempunyai bahan kimia seperti rhodamin dan hidroquinon. Rhodamin dan merupakan pewarna merah yang digunakan untuk mewarnakan tekstil. Manakala hidroquinin pula digunakan dalam peluntur. Kedua-dua bahan kimia ini telah dijumpai berada dalam lipstik dan pemerah pipi. Penggunaan rhodamin dan hidroquinon berisiko tinggi bagi penggunanya, dan boleh menyebabkan kematian. 

Selain bahan tersebut, terdapat kandungan lain yang boleh membahayakan kesihatan bibir anda seperti minyak, lilin dan bahan pengawet. Lipstik juga boleh merosakkan gigi yang disebabkan oleh parafin. Ia juga boleh menyebabkan penyakit kanser kerana mengandungi bahan berbahaya iaitu BHA (Butylated Hydroxyanisole), pewarna sintesis dari aluminium dan minyak tar, dan plumbum. 

Plumbum adalah bahan logam yang digunakan untuk mengekalkan warna lipstik agar kekal lama dan tahan kepada pengoksidaan udara dan tahan air. Akan tetapi, ramai yang tidak menyedari plumbum boleh menyebabkan kanser. Pastikan anda berhati-hati semasa hendak membeli lipstik. Sudah semestinya mereka tidak meletakkan label berkenaan dengan kandungan plumbum ini namun kita boleh menguji sendiri dengan beberapa tips


  1. Sekiranya terdapap perkataan 'tahan lebih lama' atau 'stay longer' pada promosi atau iklan lipstik tersebut, kemungkinan terdapat unsur plumbum didalamnya adalah tinggi.
  2. Sekiranya ada perkataan 'tahan/kalis air' atau 'water proof', kemungkinan terdapat unsur plumbum didalamnya adalah tinggi
  3. Uji lipstik yang hendak dibeli dengan cara berikut:
Cara untuk mengetahui kandungan plumbum dalam lipstik
Untuk mengetahui samada lipstik yang anda pakai mempunyai plumbum atau tidak anda boleh menggunakan cara ini. Plumbum adalah sangat bertoksik untuk badan. 

Cara 1: Goreskan lipstik beberapa kali ke tangan
Cara 2: Gunakan cincin emas (minimum 18 karat) lalu sapukan ke lapisan lipstik tersebut
Cara 3: Sekiranya warna lipstik bertukar menjadi kehitam-hitaman atau kusam, maka dapat dipastikan bahawa lipstik tersebut mengandungi bahan logam plumbum. 

Berhati-hati dalam memilih lipstik untuk digunakan. Gunakan lipstik yang diperbuat menggunakan bahan organik sahaja!!!

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Masalah keputihan sering menghantui semua wanita, sama ada di peringkat remaja, semasa mengandung dan sebagainya. Masalah ini menyebabkan mereka rasa tidak selesa, gatal-gatal dibahagian 'miss V' dan kurang keyakinan ketika bersama suami. Keputihan terbahagi kepada 2 cara, iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologi:

Keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman. Perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui.

Keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman.


KEBURUKAN KEPUTIHAN
Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi mereka. Tetapi secara tidak sedar, masalah ini telah membelenggu ramai wanita. Diantara keburukan keputihan ini ialah:
  1. Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
  2. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini

TIPS MERAWAT KEPUTIHAN
  1. Pastikan 'Miss V' sentiasa bersih dan kering
  2. Elakkan penggunaan sabun pembersih wanita yang mengandungi bahan kimia, kerana akan mengubah pH normal 'Miss V' dan menggalakkan pembentukan bakteria.
  3. Elakkan menggunakan seluar dalam yang ketat, dan pastikan memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas.
  4. Sekiranya memakai pantyliner, pastikan menukar sekerap mungkin.
  5. Untuk kesan yang lebih cepat, anda boleh amalkan suplemen yang membantu mengurangkan keputihan seperti ALFALFA Shaklee

Alfalfa Complex


KHASIAT ALFALFA COMPLEX SHAKLEE 
  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Milk Booster bagi ibu menyusu
Nak merawat keputihan anda??? Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee. Khidmat Nasihat adalah percuma. 

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Mengandung luar rahim?


kandungan luar rahim


Sebagaimana namanya mengandung luar rahim, bermakna embrio yang sepatutnya menempel di dinding rahim tidak berada di dalam rahim tetapi berada di tempat lain iaitu tiub fallopian (tiub rahim) paling banyak kes atau ovari (kilang telur) atau boleh juga berada di dalam perut (amat jarang). Keadaan ini berlaku kerana kegagalan embrio untuk bergerak melalui tiub ke dinding uterus. Ini boleh berlaku akibat tiub yang tersumbat disebabkan banyak perkara antaranya jangkitan kuman pada tiub, kehadiran parut (scar) pada tiub disebabkan pembedahan yang lepas. Kehadiran IUCD pada rahim juga boleh menghalang penempelan embrio pada dinding rahim. Merokok juga dikatakan punca mengandung luar rahim. Bagi wanita yang telah mengikat salur fallopion mereka juga, mengandung luar rahim juga boleh berlaku.

Apakah mengandung luar rahim ini biasa berlaku kepada mana-mana wanita?

Untuk pengetahuan anda, bagi kalangan wanita muda dalam usia yang subur (reproductive age), mengandung luar rahim merupakan diagnosis pertama yang harus ada di dalam fikiran semua doktor apabila seorang wanita muda datang mengadu mengalami sakit perut yang teramat sangat. Ini kerana jika mereka salah membuat diagnosis, keadaan ini boleh mengundang kematian. Oleh itu, anda jangan berasa marah kepada doktor jika anda mengalami sakit perut tetapi anda belum berkahwin, doktor tetap bertanyakan bila tarikh akhir haid anda dan adakah anda pernah melakukan hubungan dengan mana-mana lelaki. Semasa bertugas di Jabatan Kecemasan dahulu, ada kes dimana mereka menipu mengenai tarikh akhir haid dan menafikan hubungan dengan lelaki (samada mereka masih bujang atau ibu tunggal), namun disebabkan rasa prihatin doktor yang mahu menyelamatkan nyawa pesakit, pemeriksaan air kencing akan dilakukan dahulu untuk mengesahkan pesakit mengandung dan jika ianya positif , maka doktor selanjutnya akan menjalankan pemeriksaan ultrasound dan mendapati ianya kandungan luar rahim. Pesakit tidak menyedari sebenarnya jika mereka berbohong, mereka membahayakan diri mereka sendiri.

Tanda-tanda awal mengandung luar rahim

1. Anda tidak datang haid sebagaimana biasa (miss period) atau anda memang telah menyedari anda telah mengandung melalui ujian air kencing yang dilakukan.

2. Pada peringkat awal, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti wanita mengandung lain seperti loya dan mual.

3. Ada akan berasa sakit perut samada di sebelah kanan atau kiri. Kebiasaannya bagi orang lelaki, jika sakit perut pada bahagian kanan bawah (right iliac fossa), diagnosis utama adalah appendicitis tapi bagi perempuan muda dan dalam usia subur, diagnosis pertama adalah mengandung luar rahim. Pada mulanya sakit perut tersebut mungkin tidak berapa teruk tetapi apabila tiub fallopian pecah, maka akan akan mengalami sakit perut yang teramat sangat dan sakit perut ini akan merebak ke seluruh perut. Kebiasaannya tanda-tanda ini akan berlaku pada minggu ke-5 atau ke-6 mengandung kerana embrio sudah tidak dapat membesar di dalam tiub dan ia akan pecah.

4. Anda mungkin akan mengalami pendarahan yang sedikit melalui vagina sebab embrio telah tidak dapat membesar.


PERINGATAN: Anda harus SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut ada iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG MINGGU KE-4 ATAU KE-5 / HAID ANDA LAMBAT SELAMA 1-2 MINGGU.

Apakah rawatan untuk kes mengandung luar rahim

Kebiasaannya doktor akan melakukan pembedahan semada secara laparoscopic (guna alat robotic dan hanya tebukan kecil diperut, untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (pembedahan perut secara classic, untuk kes yang telah terpecah) untuk membuang kandungan luar rahim ini bagi menyelamatkan hanya ibu.

Apakah yang boleh menyebabkan kematian ibu

Bagi kes mengandung luar rahim yang tidak dikesan pada peringkat awal, ibu boleh meninggal disebabkan pendarahan dalaman.

Berita gembira untuk semua

Alhamdulillah dengan teknologi pada zaman kini, terdapat ultrasound yang dapat digunakan untuk mengenalpasti kejadian mengandung luar rahim. Kebanyakan hospital kerajaan yang berpakar dan mempunyai pakar perubatan kecemasan mempunyai alat ini di jabatan kecemasan masing-masing. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, kejadian ibu mengandung meninggal disebabkan kes mengandung luar rahim telah dapat dikurangkan.


kredit:  http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose