• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sempat juga saya meluangkan sedikit masa untuk membersihkan blog yang dah kusam nie. Tak sempat nak menulis di sini.

Pagi tadi sempat saya study kejap tentang soya. Ermmm, rupa-rupanya banyak lagi yang saya tak tahu tentang soya, dan mungkin anda juga tak tahu tentang soya nie. Nak saya kongsikan tak??? Selalunya kita asyik duk minum jek kan air soya, tapi kita tak tahu pun bagus ke tak air soya tersebut.

Fakta yang perlu kita tahu, kebanyakan soya ditanam di US. Ada tak soya ditanam di Malaysia??? Ermm, belum ada lagi kot. Dan yang paling memeranjatkan lebih 90% soya yang ditanam disana adalah GMO. Haa, tahu tak ape itu GMO???


GMO, Genetically Modified Organism, secara ringkasnya adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Contohnya, dalam pengubahsuaian genetik tumbuhan, para sainstis akan mengeluarkan satu atau lebih gen dalam DNA organisma lain seperti bakteria, virus, atau haiwan, dan menggabungkannya semula kedalam DNA tumbuhan yang ingin diubah. 

Contohnya, gen dari bakteria Bacillus Thuringiensis, Bt telah dipindahkan kedalam DNA jagung. Gen Bt merupakan protein yang membunuh serangga perosak. Jadi, dengan memindahkan gen Bt ke dalam jangung akan membolehkan pokok jagung tersebut akan menghasilkan racun perosak sendiri. 

Kenapa GMO nie bahaya???
Masalah utama produk GMO ini adalah apabila gen lain dimasukkan kedalam DNA sesuatu tumbuhan, para saintis tidak tahu pengubahsuaian gen tersebut berlaku dimana. Ini mungkin akan mengganggu fungsi gen yang lain dan menghasilkan protein baru yang tidak pernah ada dalam tumbuhan dan berkemungkinan akan menghasilkan toksin dan allergi dalam makanan. 

Antara keburukan produk GMO adalah:

1. Keselamatan produk GMO tidak disahkan lagi.
Boleh dikatakan sebenarnya kita adalah “tikus makmal” untuk menguji keselamatan teknologi GMO itu sendiri. Ini adalah menyedihkan tetapi benar. Makanan GMO yang dimakan setiap hari tidak mempunyai kajian menyeluruh mengenai ancamannya yang berpotensi ke atas kesihatan manusia .
2. Bahan-bahan yang diubahsuai secara genetik boleh menyebabkan kanser.
Perunding histopathologest di Aberdeen Royal Infirmary , Dr Stanley Ewen , menimbulkan kebimbangan bahawa makanan dan air yang tercemar dengan bahan genetik boleh meningkatkan pertumbuhan tumor malignan apabila diambil oleh manusia.
3. Ia boleh menimbulkan wabak alahan baru pada manusia.
Telah didapati bahawa kacang soya GMO yang mengandungi protein kacang Brazil menyebabkan alahan kepada manusia dan telah ditarik balik dari pengeluaran.
4. Kesan buruk ke atas sistem imun .
Satu kajian pada 2008 menunjukkan bahawa memberi tikus makan makanan berGMO 30 hari menyebabkan reaksi terhadap siatem imun. Ini kerana terdapat perubahan pada bilangan sel yang mengawal selia fungsi imun dalam badan.

Akan tetapi, masih terdapat inisiatif sesetengah pihak untuk menghasilkan makanan Non-GMO, iaitu sumber makanan yang tidak diubah genetiknya dan kebanyakannya ditanam secara organik. Identity Preservation Program (IPP) merupakan satu program dimana mereka penghasilkan protein daripada soya Non-GMO, dimana kacang soya ini dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah kesaat pemprosesannya.

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga proses penyimpanannya. Jadi untu memilih makanan yang baik, haruslah kita tahu dari mana sumber makanan tersebut.

Dan yang menggembirakan, Shaklee telah menggunakan soya Non-GMO untuk menghasilkan Protein soya di dalam produknya ESP, Soy Isolate Protein. 

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
ESP sesuai untuk seisi keluarga anda seperti: 
  1. Orang yang ingin kekal sihat.
  2. Orang yang ingin cantik dan tampak muda sebelum usia
  3. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
  4. Kanak-kanak bersekolah.
  5. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak.
  6. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  7. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik.
  8. Ahli sukan dan bina badan
Pada mereka-mereka yang tersenarai diatas, boleh dapatkan ESP dari saya. Konsultasi percuma diberikan.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ESP merupakan killer product dalam banyak2 product shaklee yang lain. Ramai yang suka dengan ESP nie. Anda tahu kenapa??? 
Jom kita tengok kelebihan atau fakta mengenai ESP nie.


FAKTA ESP 1:Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.

FAKTA ESP 2:Indeks glisemiknya (G.I) rendah iaitu 39 dan sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. G.I. menempatkan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.
** Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.                                                                              FAKTA ESP 3: Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang banyak manfaatnya malah boleh menyebabkan pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP  dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

FAKTA ESP 4:Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

FAKTA ESP 5: ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

FAKTA ESP 6:Protein kacang soya ESP adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur dan 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Haa, untungnye orang yang ambik ESP nie kan. Banyak sangat manfaat dan kelebihannya. 
Jom dapatkannya sekarang melalui saya.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Terdapat banyak pilihan minuman berasaskan kacang soya berada dipasaran yang dikatakan menjadi sumber protein kepada tubuh badan. Ini buktinya kacang soya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan boleh dijadikan minuman harian. Tapi, tahukah kita minuman soya yang bagaimana selamat diminum dan mempunyai sumber protein yang bagus???


Apakah sumber protein yang baik?
Terdapat dua jenis protein dari sumber makanan iaitu:

Protein kelas pertama
  • Iaitu mengandungi kesemua 9 rantai asid amino perlu. Contoh protein ini ialah daging, ikan, ayam dan kacang soya.
Protein kelas kedua
  • semua protein dari sumber tumbhan kecuali kacang soya.

Tahukah anda apa manfaat yang boleh kita dapat dalam 100 gm Soya?
  • 34.9 g protein
  • 331 kalori
  • 18.1 gram lemak
  • 34.8 hidrat arang
  • 227 kalsium
  • 585 fosforus
  • 8 mg zat besi
  • 110 SI Vitamin A
  • 1.07 mg Vitamin B1
  • 7.5 g air
  • Memiliki sejumlah isoflavones yang membantu mengawal / melawan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan kanser payudara
  • Berperanan penting untuk mengelak dari penyakit diabetes mellitus, gangguan pada ginjal dan reumatik

Justeru, bagaimana memilih protein berkualiti dan terbaik?
Berikut adalah 7 kriteria yang boleh dijadikan panduan untuk memilih protein berkualiti di pasaran:
  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik. Penananam secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Terdapat kajian dimana penyakit kanser amat berkait rapat dengan unsur nitrates yang hadir dari baja kimia. Jadi sepanjang proses penanaman soya, racun perosak dan racun kulat tidak digunakan sama sekali.
  2. Kacang soya tersebut mestilah Non GMO (tidak dihasilkan secara genetik). Non-GMO ialah proses dimana kacang soya diproses pada suhu yang rendah untuk memastikan ia bebas daripada menjadi kacang soya yang diubah suai genetiknya
  3. Soya Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim.
  4. Pemprosesan tanpa alkohol. Dengan penggunaan alkohol, lebih daripada 88 % kandungan isoflavone akan termusnah. Isoflavone diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan bermanfaat dalam menyeimbangkan jumlah hormon dan meningkatkan jisim tulang.
  5. Bahan 'anti-thyroid/anti-growth'. Soya mentah mengandungi bahan anti-tiroid dan anti-growth yang mana penting mengelakkan tekanan darah rendah. Namun dengan kaedah penanaman yang tidak organik akan menyebabkan ciri-ciri tersebut disingkirkan. Juga menyebabkan fungsi badan terganggu dan meningkat risiko kanser.
  6. Tanpa Proses Pemanasan. Asid amino yang terkandung di dalam soya akan musnah pada suhu yang tinggi. Menurut kajian yang dilakukan, memasak makanan berasaskan protein akan menyebabkan 50% daripada kandungan asid amino hilang. Jika sesorang itu secara konsisten mengamalkan diet yang sihat tapi kurang makanan yang mengandungi asid amino akan mempengaruhi perkembangan otak dan hormon. 
  7. Penambahan Kalsium. Soya yang telah diproses akan menjadi berasid dimana minyak yang terhasil daripada pemprosesan akan dibuang. Kandungan soya yang berasid akan menyebabkan kerapuhan tulang iaitu osteoporosis. Untuk meneutralkan asid yang terhasil, kalsium perlu ditambah.
Berita baik buat anda!!!
ESP Shaklee menepati semua kriteria-kriteria pemilihan protein terbaik. Banyak kelebihan ESP berbanding soy protein yang lain. Baca selanjutnya mengenai ESP disini. 

Berminat untuk dapatkan ESP. Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pernah dengar tak tentang Indeks Glisemik (GI)???
Kalau anda ada baca entry saya sebelum nie, mesti ada terbaca tentang GI kan? Siapa yang tak tahu tu maksudnya dia belum baca la tu. hehe...

GI nie penting untuk difahami terutama kepada pesakit diabetes (kencing manis) dan kepada sesiapa yang sedang menjalani diet plan. Hal ini kerana, GI sangat berkait rapat dengan paras glukosa dalam badan kita dan sangat berkait rapat dengan dua pesakit diatas. 

Indeks Glisemik (GI) ialah ukuran ataupun indek yang menunjukkan kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasan nya untuk menjadi glukosa di dalam darah. GI ini diukur dalam skala 0 hingga 100 yang menunjukkan kedudukan makanan yang dapat menaik kan paras gula dalam darah selepas ia dimakan.

Skala GI
Makanan dengan indeks glikemik tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap sehingga kadar gula darah akan meningkat dengan cepat secara signifikan. 
Makanan dengan indeks glikemik yang rendah mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. 
Makanan dengan GI rendah telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak pada pesakit diabetes melitus dan memperbaiki kadar penghasilan insulin. Selain itu, makanan dengan GI yang rendah juga membantu mengawal nafsu makan, memperlambatkan munculnya rasa lapar sehingga dapat membantu mengawal berat badan
.
Nilai GI dalam makanan
Secara umumnya, kita patut makan makanan yang mempunyai GI tinggi pada kadar kuantiti yang sedikit dan makan makanan yang mempunyai GI rendah pada kuantiti yang banyak. Energizing Soy Protein (ESP) merupakan protein soya yang mempunyai GI yang rendah iaitu 39. Mengekalkan paras gula dalam darah adalah sangat penting dalam pengurangan berat badan dan memberi kesihatan yang baik yang berpanjangan.
ESP

Jadi, bagi mereka yang sedang dalam proses diet, bolehlah dapatkan ESP untuk mengawal selera makan dan rasa lapar.

Untuk dapatkan ESP dan produk Shaklee yang lain, hubungi saya.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Rutin saya setiap pagi, saya pasti tidak akan terlepas untuk bersarapan dengan ESP. Selalunya saya mengambil ESP dengan milo dan air suam. Kalau ambil dari pagi, pasti akan terasa kenyang sehingga tengah hari. Pada sesiapa yang nak kurus, pasti akan mengambil ESP juga kan. Bukan sahaja untuk kurus, malah dapat manfaat berganda, kulit akan lebih cantik dan bersih. Ramai yang telah mencubanya dan merasai keberkesanannya apabila menggunakan ESP ini. Buktinya, ESP sangat laris, sehingga pada suatu masa ESP kehabisan stock. 

ESP merupakan makanan tambahan yang dihasilkan berasakan kacang soya. Ada sesetengan pendapat mengatakan makanan berasaskan kacang soya tidak elok di amalkan. Sebenarnya cara pemprosesan kacang soya tersebut yang menjadi titik tolak dimana ia elok diambil atau tidak. 

ESP

Perbezaan ESP Shaklee dengan protein soya jenama lain

  1. Diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat terperinci serta mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
  2. Kacang soya yang digunakan adalah non-Genetically Modified Organism (non-GMO) yang diproses pada kadar suhu yang rendah.
  3. Setiap 850gram ESP dihasilkan daripada 30 kg kacang soya.
  4. Memberikan sumber tenaga segera & boleh bertahan lama.
  5. Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  6. Diperkayakan dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral
  7. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur
  8. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ESP sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.(G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan Ini sangat penting dalam pengekalan paras gula yang rendah yang dapat membantu pengurangan berat badan & kesihatan berpanjangan)
  9. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol.

    Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama
    Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

    Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

    Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

    Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

    Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

    Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

    Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


    Jika anda ada sebarang pemasalahan yang lain seperti diatas dan inginkan consultation mengenainya boleh hubungi saya.

    Mia
    Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
    SMS| 012 - 928 3726
    EMAIL |salmiahmz@gmail.com
    FB : Salmiah Md Zain
     FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments
    Older Posts

    About me

    About Me

    Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram
    • Google+
    • pinterest
    • youtube

    Categories

    recent posts

    Sponsor

    Facebook

    Blog Archive

    • April 2015 (13)
    • March 2015 (3)
    • February 2015 (6)
    • December 2014 (25)
    • November 2014 (25)
    • October 2014 (28)
    • September 2014 (25)
    • August 2014 (32)
    • July 2014 (19)
    • June 2014 (10)
    • May 2014 (30)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (10)
    • February 2014 (24)
    • January 2014 (30)
    • December 2013 (14)
    • November 2013 (32)
    • October 2013 (27)
    • September 2013 (9)
    • August 2013 (21)
    • July 2013 (46)
    • June 2013 (51)
    • May 2013 (28)
    • April 2013 (23)
    • March 2013 (37)
    • February 2013 (25)
    • January 2013 (40)
    • December 2012 (23)
    • November 2012 (28)
    • October 2012 (11)
    • September 2012 (21)
    • August 2012 (12)
    • July 2012 (44)
    • June 2012 (31)
    • May 2012 (37)
    • April 2012 (16)
    • March 2012 (10)
    • December 2011 (4)
    • November 2011 (2)
    • October 2011 (14)
    • September 2011 (6)
    • August 2011 (8)
    • July 2011 (9)
    • June 2011 (13)
    • May 2011 (24)
    • April 2011 (9)
    • July 2010 (2)

    Created with by ThemeXpose