• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" 

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, 
"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Insaf aku membaca kisah ini.Malah membuatkan aku merenung kembali ke dalam diriku sendiri.Jauh sekali sikapku dengan kehebatan sikap wanita ini...mampukah aku menghadapinya saat aku diuji sebegini.Kisah wanita ini seperti Jatuh ditimpa tangga..sudah jatuhla ..terkena tangga pula.
Berbalik kepada cerita di atas sesungguhnya..Kesabaran itu amat penting sekali dan perlu wujud dalam setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah swt.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."  
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
 Rasulullah saw bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 
Rasulullah s.a.w pula,
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
so..kawan2..marilah sejenak kite muhasabah diri semula apa yang telah kite buat selama nie.Banyak sangat kite menzalimi diri sendiri...

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa aku,kejahilan aku dalam bernafas sebagai jiwa hamba
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
entah kenapa fikiranku melayang mengingatimu sahabatku..Rinduku padamu tidak dapat ku luahkan lagi sendiri kepadamu.Ingin ku hubungi mu, call, msg..tapi baru sedar kite sekrang terlalu jauh.Kita dipisahkan dengan 2 alam yang berbeza.Sahabat,sedang aku mendengar alunan bait-bait lirik lagu sinar kejora zaman...aku teringat kan kamu.Aku sangat merasakan pemergianmu.

Sukar di cari ganti
Mekar kasihmu ria
Segar menghibur hati

Tak mungkin dilupakan

Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan

Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya

Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu

Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana

Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah

Damailah…bahagialah…bersama kasihnya

Terasa masih segar gelak tawa, gurauan,senyumanmu.Terasa kau masih disisiku.Hanpir 16 hari pemergianmu..ke alam sana, aku doakan kau tenang dan gembira.Kau sudahpun menemui Ilahi..terlebih dahulu dari ku.Aku terkilan amat tidak dapat melawatmu buat kali terakhir..maafkan aku sahabatku.rase sesal ni masih menghantui aku..malah ingin ku lari mendakapmu buat kali terakhir.
teringat lagi aku, pada pagi 15hb Mei 2012 aku mendapat msg dr sahabtku..mengatakan pemergianmu.Saat itu aku seakan tidak percaya namun jauh sudut hatiku aku redha pemergianmu..kerna selama hayatmu,kau telah menanggung kesakitan yang amat sangat.Nafas terakhir pergi membawa segala kesakitan yang kau deritai.Saat pemergianmu..aku masih di labuan sementara kau telah pun SELAMAT dikebumikan di Kuala Kangsar.
Eleiza...izinkan aku untuk mengimbau kembali kenangan persahabatan kite selama hampir 10 tahun.
Aku tiada kawan rapat selain mu.Kemana ku mahu pergi pasti aku temani malah kemanapun kau mahu pergi aku turut menemanimu.Namun disaat kau ditimpa penyakit itu, kau tak larat nak keluar..kata kau sakit pada tulang belakang..dan sakit sgt.Aku paham dan mengerti malah ketika itu kau juga sibuk dengan rawatan2 untuk penyakit mu itu.Kali terakhir aku menemui mu..pada bulan disember 2011 dirumahmu.Masa tu aku tengok kau dah macam kuat sikit.Senyuman mu masih seperti dulu.Bicaramu pun sudah bnyak.Masa itu aku memanjatkan rasa syukur yang kau sudah sembuh dan aku begitu yakin yang kau akan sembuh:)..tetapi rupanya inilah pertemuan terakhir yang Allah telah aturkan buat kite.:(
inilah antara HOTSTUFF yang paling kau sayang..VESPA!!

Kau memang fanatik kan vespa..kan.sampai dalam facebook pun kau letak nama CHENTA VESPA( kau membuat aku tersenyum :)

PANGGG!!!
Lamunanku terhenti..Ku pandang kiri dan kanan.Rupanya aku mengelamun lagi..entah kenapa aku tidak jemu mencoretkan sesuatu tentangmu.

seikhlasnya sahabatku eleiza..moga kau tenang di sana.Alfatihah buatmu..~~

Allah, aku juga akan kembali menemui MU...

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
sumber dari :
  •  http://belanakona.blogspot.com/2012/02/apa-yang-berlaku-di-syria-sekarang.html
  • https://muzir.wordpress.com/2011/12/07/perkongsian-revolusi-syria-oleh-dr-khaled-hasan-hindawi/
credits to: spreadsalam

Tangisan demi tangisan, ketakutan demi ketakutan,pertumpahan darah di merata tempat, bergelimpangan tubuh yang tidak bernyawa lagi,bunyi das tembakan bersahut-sahutan,gegaran kereta kebal seperti sudah biasa didengari..hanya air mata dan doa sentiasa di bibir mereka.( dapatkah anda semua merasai nya betapa perit dan sengsaranya rakyat syria saat ini?)malah tiada beza usia..semua nya dibunuh dengan kejam.bayi,kanak2 dibunuh sesuka hati tanpa belas kasihan,wanita dirogol dan dibunuh malah ada yang dipotong/dikerat2, lelaki di tanam hidup2.Begitulah jenis kekejaman yang dilakukan oleh rejim Basyar.SIAPA PULAK BASYAR INI??

Basyar Al-Assad ialah pemerintah di negera Syria  yang kini memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator(pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim)
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.


Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama
penindasan rakyat lebih 40 tahun,
kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain
insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur.

Apa YANG KITA boleh bantu?
  • Memperbanyakkan doa & qunut nazilah. Sebutkan secara jelas tentang Syria dalam doa harian kita. (termasuk juga Palestin dll)
  • Mengambil berat akan isu ini dan menyedarkan rakan-rakan yang lain, bukan hanya hidup dalam kepompong dunia sendiri tanpa mengambil tahu isu semasa.
  • Gunakan saluran yang ada untuk menghebahkan kesedaran pada orang ramai. Gunakan facebook, blog, twitter dan lain-lain untuk isu ini. Bukan setakat share kisah hidup & video bola sahaja.
  •  Menderma jika kutipan derma dibuat.
  •  Gunakan minda mahasiswa untuk buat apa sahaja cara yang anda fikir relevan untuk dilakukan.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.” 
OLEH ITU,apa yang mampu ku lakukan share sedikit ilmu ini ..untuk kite tahu apa yang berlaku dengan saudara seislam kite di sana.Disaat kite menghirup udara segar di sini ..mereka pula menghidu bau2 mayat, darah ... Kesian mereka.Doakan mereka..
dikesempatan ini, aku nak ajak kawan2 semua untuk meletakkan banner( floating ) di blog kalian semua tanda anda prihatin.

mohon copy dan paste kan di HTML/javascript.
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; left:5px;'><blink> Pray for their safety! </blink> <a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfdPRmfX2fOD9-6AZ4KuSPt_2MYFuyvG5VF4-gkXhcCDQ9ieq6xryv54C6iKwwc36X8qT06-4m880kH-I_PG6N0Ee43sDyAb8ZoiZtXJG3Gm7qjRQSfw_N08rLeKu9eUtJl8zDbMDm9xs/s1600/121034308705819878_zFSMJXIc_c.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="150" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfdPRmfX2fOD9-6AZ4KuSPt_2MYFuyvG5VF4-gkXhcCDQ9ieq6xryv54C6iKwwc36X8qT06-4m880kH-I_PG6N0Ee43sDyAb8ZoiZtXJG3Gm7qjRQSfw_N08rLeKu9eUtJl8zDbMDm9xs/s200/121034308705819878_zFSMJXIc_c.jpg" width="120" /></a> </div>
Hasilnya akan jadi begini::
                                                            


Pray for the safety!
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 
Segmen : Follower Pilihan Niera 

walaupun tiada siapa yang menjemput,tetapi dengan rasa nak menambahkan kenalan...Aku join jer la.jom reramai.Kalau nak join klik kat ===> sini
 syarat wajib:
*blogger malaysia
*follower blog Aisyah Humaira'
*Like fanpage niera *buat entry bertajuk Segmen : Follower Pilihan Niera
*letak banner dan linkkan ke entry ni
*letak link entry anda dalam kotak komen

p/s:
tarikh akhir : 22 JUN 2012
pemilihan berdasarkan blog yang ringan,tak serabut dengan gadjet yang bertimbun dan menarik hati
3 follower akan terpilih dan blog mereka akan direview selama 2 MINGGU :)

terima kasih ^^ tuan belog sebb buat segmen ni.Saya berjaya mengikut langkah2 seperti di atas :)
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
 apa itu navbar??tuhh yang seperti di atas sekali blog saya...
tadi blog cikai sera tanya aku macam mane nak buat navbar macam aku saya buat nie.(uhhuhu..) aku saya pun dah x ingat..search balik kat blog2 hebat yang lain.hah,jumpa pun..credits to : Greylish Delight
so ini lah dia ::
1.mula2, pergi kat design==> edit html===>tick Expand Widget Templates
2.kemudian,
search :(tekan seretak ctrl F)
3.cari kod <head>
ada jumpa x..??
4.dah jumpa kan ..copy plak kod dibawah diatas kod <head>
<center><div style='position:fixed;top:0px;padding-right: 100px;width:100%;padding:3px;background: #FF9EDD; opacity:1.0; color: #2E2E2E;font-size: 12px;font-family:Trebuchet MS;'>بسم الله الرحمن الرحيم Ahlan wa sahlan and welcome to JIACREATIEFLT.Zon menutup aurat,plez:)  |<a href='http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=4618392856902500326'>Follow</a> |<a href='http://www.blogger.com'>Dashboard</a> | </div></center>
yang ini akusaya punyer kod..so pandai2 lah korang wat macam mane nnti ok..??
nota:
blog id: gantikan blog id korang( tahu x macam mane nak cari ??) tengok sini
بسم الله الرحمن الرحيم Ahlan wa sahlan and welcome to JIACREATIEFLT.Zon menutup aurat,plez:) :gantikan dengan ayat hebat masing2 ..^___^
kod warna boleh cari kat ====>sini

5.ok..dah siap..PREVIEW dulu if dah puas hati boleh terus SAVE.
if jadi beritau ok ..like sikit ..ngeh ngeh

Terlebih dahulu, minta maaf blog ini tidak boleh di highlight.MAAF...

Allah, TUHANKU...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
perut dah berbunyi-bunyi.krong krong krong.
Namun malas nak memikirkan bunyi tersebut dan terus blogwalking.
tujuan aku blogwalking ni nak tambah kawan/kenalan..tup tup boleh jumpa kawan 
lama ker kan.itu lah faedah nya,yang tak faedahnya membazir masa( duk menghadap lappy jerrr...ishk isk..)
macam mane korang nak pastikan setiap apa yang korang buat ada ganjarannya?ganjaran nya : keberkatan ..tak kan lah kite duk on9 xdpt pape malah sia-sia??bagi aku, aku just spend time baca ilmu2 bermanfaat,join segmen yang dianjurkan oleh blogger lain,kurangkan gosip2,dan singgah blog yang memberi aku ilmu..dan perkongsian yang berfaedah.( bukan bermaksud aku nie alim,berlagak tak lah..cuma kongsikan apa yang aku rase jerk.) maaf kalau ada yang tersinggung.
kali ni aku nak share beberapa blog ISLAMIK yang sempat aku jumpa:





untuk ke blog beliau klik kat =====> sini

untuk ke blog beliau klik kat =====> sini

untuk ke blog beliau klik kat ====>sini

untuk ke blog beliau klik kat====> sini

Aku amat suke blog2 islamik gini..selain dari laman web islamik/blog islamik yang kite tahu..kite jugak bleh meninjau pemilik2 blog di atas( walaupun aku tahu masih ramai lagi blogger islamik di luar sana ).walaupun sesuatu ilmu itu kite sudah maklum..namun tak salah kalau kite sentiasa refresh kan.

mohon maaf semua.moga perkongsian sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua.
ampunkan aku, yaAllah
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Jiwa aku sering memberontak.Adakalanya rasa macam tak de mood je.Hari2 menjalani hidup yang sama.Macam biasa sedang2 jari ini setia mengenggam mouse dan anak mate sedang melihat si skrin laptop..TETIBE...aku terbaca satu artikel nie::sama2 lah kite ambil pengajaran


Baru-baru ini ada seorang sahabat yang mengeluh. Katanya telah bertahun-tahun dia berkahwin, namun masih belum dikurniakan zuriat. Bonda bertanya, "Tidak ada zuriat, tapi kamu ada suamikan? Ketika ketawa masih bersisa dia menjawab, "Memanglah ada suami, Bonda. Tetapi anak pun saya nak juga.
Bonda tanya dia kembali, "Kalau dapat anak lelaki nanti, mesti kamu nak anak perempuan pulakkan? Dia kembali ketawa, "Mestilah nak!" Bonda pun turut ketawa. Tenggelam sebentar masalah yang dibincangkan.
Bonda teringat hadis ke-11 dalam bab Taubat kitab Riadhus Shalihin.
Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik berkata: Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut) dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)
Aduhai, tajam sungguh sindiran baginda Rasulullah S.A.W. Tetapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?
Perasaan tidak puas dengan yang telah ada di genggaman memang sudah menjadi lumrah manusia.

 Namun, pujuklah hati. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita miliki. Bukankah Allah sudah berjanji, jika kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat yang dikurniakan, Dia pasti menambah lagi pelbagai nikmat untuk kita?
Justeru, mari kita berhenti dari sibuk berkeluh-kesah. Pujuklah hati dan teruslah memujuk. Ada seorang hamba Allah yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kakinya lumpuh, mukanya cacat. Tetapi dia masih boleh ketawa dan riang seperti biasa. Bila ditanya rahsia ketabahannya, dengan tenang dia menjawab, "Kalau aku nak bersedih sebab tidak boleh berjalan lagi atau kerana muka aku dah hodoh, aku boleh bersedih dan terus merintih. Tetapi aku memilih untuk bersyukur dan bergembira sebab pada masa ini aku masih hidup, masih boleh bercakap, masih boleh melihat dan masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan lagi untuk aku."
Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung.
Jika kita bersedih sebab dilahirkan sebagai anak yatim, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita telah terselamat dari dosa menjadi anak derhaka. Jika ketika ini kita belum punya suami, bersyukurlah juga kerana setidak-tidaknya kita tidak akan masuk neraka seperti kebanyakan wanita lain hanya kerana mereka telah menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur terhadap suaminya.
Fikir-fikirkan.


dipetik dari:http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/4346-belajarlah-untuk-bersyukur.html

insaf...dan muhasabah diri.

terima kasih Allah kerna mengerakkan hati ku untuk membaca artikel ini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

selamat pagi semua.Alhamdulilah..kite masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini.Roh kite  masih belum dijemput lagi oleh Nya.InsyaAllah moga2 kite tergolong dalam orang2 yang beriman.Aminn.
tengok tajuk atas...nampk tak.ada segmen lagi ..nak join =)
6/5/2012 - 1.7.2012
( sempat lagi nie....)
Masih sempat lagi untuk anda join.klik===========>sini

Maksud GA ni untuk membuktikan blog siapa yg paling cantek yg diedit mahupon Blogskin boleh Join.
aku saja2 nak menyemak..nak kate blog cantik tak dela.setakat ini je yang aku mampu.ngehngeh...bagi aku cantik la.bagi orang lain yang memandang...wallahualam..
okeylah, tuan belog..saya dah berjaya join..dan terima kasih wat segmen nie.

semoga kite semua dalam kesejahteraan Allah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
di pagi ahad ini..rajin nak join1 segmen.jom mari ramai2..kite memeriahkan lagi segmen nie.


objektif segmen:
untuk tingkatkan visitor dan followers
kumpulan sasaran:
Untuk blogger-blogger baru dan jugak yang lama

klik pada banner untuk join^_________^

Tarikh tutup join segmen ni ialah pada 30 MAY 2012

done!!Mudah sesangat.jom reramai ..join segmen nie.

terima kasih, Allah
Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
berlari-lari terlanggar batu,
batu yang dilanggar sungguh bulat, 
hari ini hari sabtu, 
apa yang korang buat?
( Ada kaitan ker..?)x kisah lah.janji rock..hahahah

dah lama x cite pase craft yang aku buat.Aku nak review craft- craft aku sepanjang hampir setahun aku terjebak dalam dunia crafting ini.
 
yang ini bantal.Bantal ni diperbuat dari kain flannel.Kain yang sangat lembut.dan aku isi bantal ni dengan fiber. ( tapi kalau isi dengan kekabu lagi best) =____=
saiz standard yang aku buat adalah 14inci X 14 inci( 1 inci =2.54 cm )
permintaan yang paling ramai adalah : bantal couple( apa tu?) 
bantal yang sama saiz,warna dan sama design.

 
ini pulak keychain/hp strap( tempat gantung kat handset)
macam2 design aku boleh aku buat.gambar di atas ini adalah salah satu design yang pernah buat.yang ini aku buat dari kain felt.Kain felt lembut dan nipis.Ada macam2 warna.
car neck pillow.apa pulak tu?ini untuk letak kat dalam kereta.kalau korang perasan..yang ini letak kat leher tuh.( x tahu nak terang lahh..)hihihi..
car neck pillow ni diperbuat dari kain felt dan diisi dengan fiber.^__________^
bekas tisu yang tomey.korsng leh request nak letak nama ke,warna pilihan..dan apa2 la.Ini diperbuat dari kain felt.tomei x?
brooch.aku buat brooch ros.hand made tau.aku yang buat sendiri.Ini pun diperbuat dari kain felt.selain brooch, aku buat klip rambut.tapi xd gambar la.

yang ini je aku termampu dan aku tak kreatif sangat pun. Ini salah satu kelebihan Allah bagi pada aku.sekian, terima kasih.

Kalau nak tengok lebih lagi, ada kat sini.
 Nak order boleh klik sini

terima kasih, Allah
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

ehem ehem..macam tak percaya je aku nak buat tuto.Giler ke ape?sihat ke aku nie??rase badan x panas..tapi maybe kesemangatan untuk berkongsi ..nampak tak gambar di bawah?yang garisan putus2 warna kuning yang aku bulatkan tuh...macam mane aku buat?ke korang dah tahu mcam ne nak buat?
ala rupanya je yang ketinggalan kan kan ...
 

xpela,aku nak jugak kongsi macam mane aku buat ..
1. korang kena tahu macam mane nak buat kotak( border ) macam tuh.aku ni tak pandai .cuma ambik dari tuto2 orang lain.
yang ni aku amik contoh macam mane nak buar border dari : Amylia`s Tutorial
                        border:2px solid #000000;
warna merah tuh: boleh digantikan dengan dashed,dotted,double,
warna oren tuh kod warna kegemaran : tengok sini
 ** okey dah paham ke macam nak wat border kan kan.pandai la korang nie.tabik spring.toink toink..
2. langkah seterusnya, macam mane pulak nak buat shadow.apa itu shadow??macam dlm gambar di atas tuh.
okey, kat bawah nie beberapa contoh border shadow yang korang boleh pilih:
#Example_A {
-moz-box-shadow: -5px -5px #888;
-webkit-box-shadow: -5px -5px #888;
box-shadow: -5px -5px #888;
}
 #Example_B {
-moz-box-shadow: -5px -5px 5px #888;
-webkit-box-shadow: -5px -5px 5px #888;
box-shadow: -5px -5px 5px #888;
}
 #Example_C {
-moz-box-shadow: -5px -5px 0 5px #888;
-webkit-box-shadow: -5px -5px 0 5px#888;
box-shadow: -5px -5px 0 5px #888;
}
#Example_D {
-moz-box-shadow: -5px -5px 5px 5px #888;
-webkit-box-shadow: -5px -5px 5px 5px#888;
box-shadow: -5px -5px 5px 5px #888;
}
#Example_E {
-moz-box-shadow: 0 0 5px #888;
-webkit-box-shadow: 0 0 5px#888;
box-shadow: 0 0 5px #888;
}
#Example_F {
-moz-box-shadow: 0 0 5px 5px #888;
-webkit-box-shadow: 0 0 5px 5px#888;
box-shadow: 0 0 5px 5px #888;
}
 ooh..penatnyer..penat nyer copy paste kan kan.
dah habis ker??eh eh..belum lagi ..lah.
#Example_G {
-moz-box-shadow: inset -5px -5px #888;
-webkit-box-shadow: inset -5px -5px #888;
box-shadow: inset -5px -5px #888;
}
#Example_H {
-moz-box-shadow: inset -5px -5px 5px #888;
-webkit-box-shadow: inset -5px -5px 5px #888;
box-shadow: inset -5px -5px 5px #888;
}
 #Example_I {
-moz-box-shadow: inset -5px -5px 0 5px #888;
-webkit-box-shadow: inset -5px -5px 0 5px#888;
box-shadow: inset -5px -5px 0 5px #888;
}
#Example_J {
-moz-box-shadow: inset -5px -5px 5px 5px #888;
-webkit-box-shadow: inset -5px -5px 5px 5px#888;
box-shadow: inset -5px -5px 5px 5px #888;
}
#Example_K {
-moz-box-shadow: inset 0 0 5px #888;
-webkit-box-shadow: inset 0 0 5px#888;
box-shadow: inner 0 0 5px #888;
}
 #Example_L {
-moz-box-shadow: inset 0 0 5px 5px #888;
-webkit-box-shadow: inset 0 0 5px 5px#888;
box-shadow: inset 0 0 5px 5px #888;
}

 actually banyak lagi yang menarik...korang tengok kat sini k.
3.selepas korang dah pilih box-shadow mana yang berkenan di hati..
kod korang akan jadi macam nie.
kod ini di tampal di HTML/JAVASCRIPT.ikutlah kekreatifan korang ok
done!!seronok dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini.sama2 ambil manfaat ok.jadi x?if jadi or tak jadi inform me ok

terima kasih ,Allah
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Kepenatan semalam masih tersisa.Mempacking barang2, mengemas, mengangkat..dan mengemas semula.(apa yang aku buat?) Korang mesti dapat agak kan.Yea yea...Semalam aku masuk rumah baru.Kebiasaan yang akan dialami oleh setiap orang yang pindah rumah..x kisah rumah baru or lama.Orang kate kalau masuk rumah baru yang nak diduduki..ada adab2 nya.Apakah itu??




Memberi Salam
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]
Laungkan Azan
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Sebaiknya azan di setiap penjuru rumah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-’Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Membaca Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Tekankan bacaan ayat Kursi. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.
Banyakkan solat dan membaca Al-Quran 
Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Falaq
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali. Surah Al-Falaq dibaca sebanyak 111 kali. Paling lama pun kita mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk menghabiskan bacaan tersebut. Maka dengan kehendak dan izinNYA, segala mala penghuni halus yang telah menghuni rumah itu akan segera keluar insyaAllah.
Menyediakan jamuan
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :
“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.
dipetik dari :http://wanitasihat.com/amalan-yang-harus-dilakukan-apabila-memasuki-rumah-baru/

sekian, harap2 bermanfaat buat kite semua.InsyaAllah.
teringat pulak kisah di rumah dulu.Dulu jiah n suami duk kat sekolah.Suami jadi warden sekolah.so, memang kena berkampung lah di rumah warden tuh..tup tup..suami pernah cite bangunan yang kitaorang duk tuh keras sikit.memang la keras pun coz bangunan tu dibuat dari batu.kuikui..ishk, xde lah..gurau je.Aku rase korang fhm mksd aku kan kan...Ramai yang nampak 'something".Tetapi alhamdulilah..sejak kami duk situ tak pernah lagi dinganggu oleh makhluk sedemikian.Last last, 2 3 hari kami nak pindah rumah baru sekarang adalah seorang student nie mengadu yang die "di tegur " oleh hantu pocong.WAAAHHHHH???betul ker..???Series..meremang aku.

Kisah nya terjadi lebih kurang pukul 1 pagi.Biasalah budak asrama plus budak laki pulak jangan harap nak tido awal kan.dorang ni suke berjalan2 sekitar dorm, nak gosok baju la, basuh baju ke, time time tu lerr..kebetulan budak ni ( ada kat depan rumah kami nie)nak amik kunci..tertinggal dalam dorm.die jerit la dari bawah minta kawan die yang kat atas ambik kan kunci..dan dan tengah tunggu kawan die turun bagi kunci..jeng jeng jeng..tetibe ada sore tegur die.Korang rase??hikhihk.."oIT, budak ko nak amik pe?"( lebih kurang la gitu dialog nyer).Sebaik sahaja budak tu berpaling..dup dap dup dap..apa yg die nampk adalah HANTU POCONG.!!Korang rase apa yang budak tuh buat??Budak tu apalagi x cukup langkah die berlari terus naik tangga dan demam beberapa hari kemudian..nyer.

Alhamdulilah, aku lega la dah keluar dari rumah warden tuh.harap2 kat rumah baru ni ..tiada apa2 kan.dan dengan harapan munculnya penyeri buat kami bagi memeriahkan lagi suasana rumah nie.aminn.

korang ada cerita menarik nak dikongsikan??share la sikit...kat sini.

berikan kami sinar baru ,Ya Allah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose