tips pindah rumah mengikut cara Islam
Kepenatan semalam masih tersisa.Mempacking barang2, mengemas, mengangkat..dan mengemas semula.(apa yang aku buat?) Korang mesti dapat agak kan.Yea yea...Semalam aku masuk rumah baru.Kebiasaan yang akan dialami oleh setiap orang yang pindah rumah..x kisah rumah baru or lama.Orang kate kalau masuk rumah baru yang nak diduduki..ada adab2 nya.Apakah itu??

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-’Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Tekankan bacaan ayat Kursi. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali. Surah Al-Falaq dibaca sebanyak 111 kali. Paling lama pun kita mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk menghabiskan bacaan tersebut. Maka dengan kehendak dan izinNYA, segala mala penghuni halus yang telah menghuni rumah itu akan segera keluar insyaAllah.

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :
“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

sekian, harap2 bermanfaat buat kite semua.InsyaAllah.


Alhamdulilah, aku lega la dah keluar dari rumah warden tuh.harap2 kat rumah baru ni ..tiada apa2 kan.dan dengan harapan munculnya penyeri buat kami bagi memeriahkan lagi suasana rumah nie.aminn.

berikan kami sinar baru ,Ya Allah
0 comments