Setandan pisang

by - 6:08:00 PM

Assalamualaikum wbt

jika kite melihat setandan pisang yang masak ranum semuanya tampak kekuningan.Cantik dan menyelerakan!Namun isinya kite tak pasti samada elok atau busuk,Kemungkinan juga sebahagian yang manis apabila dimakan dan begitulah sebaliknya.


nampak sama tetapi setiap satu rasanya mungkin berbeza

Begitulah perumpamaan dalam "setandan pisang tak semuanya elok mungkin ada juga yang 1 2 yang busuk"

Apabila kite kaitkan perumpamaan di atas dalam hubungan adik beradik atau sanak saudara,pasti ada juga yang mengalaminya.Ada yang salah faham,tidak bertegur siapa,masing masing membawa hal dan banyak lagi karenah yang tidak sehaluan.
Kenapa perkara ini terjadi?
sedang kan kalau melihat dari adik beradik yang mana pernah membesar bersama-sama,gelak tawa suka duka tetapi apabila sudah menginjak dewasa..masing masing seolah bermusuhan seperti tidak mengenali antara satu sama lain.Nah!inilah yang berlaku!~

Apakah punca adik-beradik selalu bergaduh?J: Betul, ini merupakan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Kata ulama ini berlaku kerana tidak banyak berlaku perbincangan dalam adik-beradik. Jika di masjid atau pejabat kita boleh bermesyuarat, kenapa tidak dirumah. Adakan mensyuarat untuk berbincang bagaimana menjaga ibu bapa contohnya. Saling berkongsi tanggungjawab dan bebanan agar kehidupan lebih damai. Patuhilah keputusan yang telah dipersetujui semasa mesyuarat.
Firman Allah swt di dalam surah Fussilat ayat 34, yang bermaksud:

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." 

Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama ahli keluarga adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan; kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan.
semoga hubungan adik beradik semakin baik dan memohon Allah memelihara hubungan baik itu.

You May Also Like

1 comments