Mencari atau menjemput?

by - 5:45:00 PM

ops..sorry sengaja menangkap gambar terbalik.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua!~

Syukur masih diberi nafas untuk memulakan kehidupan seperti biasa pada hari ini.
Sesungguhnya hidup dan mati adalah kuasa mutlak Allah swt..jadi kite sebagai hamba perlu senantiasa bersedia untuk menghadapi nya saat Malaikat Maut di hantar untuk menjemput.

wallahu`alam

Sebenarnya hari ni saya nak kongsikan mengenai Buku MMR ini.MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.
Membaca pada tajuk sahaja ia sudah boleh membuka minda kite bahawa rezeki perlu di jemput bukan di cari.Sekiranya ia dicari ia sukar untuk ditemui tetapi gunakanlah formula menjemput.~!
apakah maksudnya menjemput?
kawan2 perlu dapatkan buku ini..~~!!
Buku ni sebenarnya sangat terkenal dikalangan kawan2 saya dan memang dah lama sangat saya mencari buku ini.Mungkin saya adalah antara orang yang paling lewat dapat menikmati kehebatan nukilan dari penulis ini.Jadi apabila dapat memiliki buku ini..saya dengan excited membaca buku MMR ini helai demi helai dan cube untuk memahaminya.Bukan kerana ia menggunakan bahasa yang puitis sehingga menyebabkan saya kurang faham tetapi ia melibatkan fahaman kite selama ini perlu diubah sedikit.(boleh faham tak maksud saya..?)

Bak kata orang"Biasakan yang betul ..betulkan yang biasa"

Alhamdulilah,saya masih lagi cube untuk menghabiskan buku ini dan insyaAllah moga2 saya boleh mengamalkan sedikit tips2 yang dikongsikan oleh penulis.

Secara ringkasnya:
Penulis cube membuka dan mengubah persepsi masyarakat mengenai rezeki.
Rezeki ini bukan terhad kepada perkara yang boleh disentuh atau dilihat sahaja tetapi ia meliputi perkara yang dirasai dan boleh dimanfaatkan.
Harta benda yang sudahpun dimanfaatkan itulah rezeki,
Tubuh badan yang sihat itulah rezeki,
Ilmu yang bermanfaat adalah rezeki,
dan banyak lagi sebenarnya.

Saya amat teruja untuk berkongsi dan mengajak kawan2 semua memiliki buku ini kerana mungkin selepas membaca buku ini kawan2 akan lebih faham/jelas mengenai konsep rezeki.Rezeki itu adalah hak mutlak Allah jadi Hanya pada DIA sahaja kite sebagai hamba perlu tumpukan untuk mendapatkan rezeki yang diberkati.
InsyaAllah...















You May Also Like

4 comments

  1. saya pun ada buku ni. cuma tak habis baca dan amalkna lg. memang baca intro pun dah membuaka mata kita sebenarnya tentang menjemput rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ook2.jom kite ambil n amalkan perkara kebaikan.insyaAllah..

      Delete