MUSLIMAH HIGH CLASS!

by - 9:54:00 PM



"MAHAL ITU SELALUNYA TERTUTUP RAPI"

Jika wanita itu diumpamakan seperti berlian,maka nilainya sangat tinggi.Berlian jarang sekali kita temui kerana nilai nya mencecah ribuan ringgit dan selalunya ia akan disimpan ditempat yang paling selamat.Dan hanya golongan yang layak sahaja mampu memiliki berlian itu.Ia amatlah bertepatan dengan 

"TERTUTUP ITU ADALAH INDAH"

Sekiranya kite sebagai wanita mengambil mudah soal aurat atau maruah maka lebih mudah merelakan lelaki untuk "menerobos" pandangan mereka kepada kite.Dan lumrahnya lelaki amat sukakan perempuan malah mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi.
Justeru itu,Allah mewajibkan wanita untuk menutup aurat sebaik2nya kerana Allah ingin menjaga wanita itu dari segi maruah terutamanya.

Orang akan menilai kite dari pandang pertama.Percaya atau tidak..wanita yang berpakaian seksi kurang dihormati malah akan di'usik' oleh lelaki2 yang berfikiran kotor.Maafkan saya jika pendapat saya agak keterlaluan.

Bagi wanita yang masih belum sempurna dari segi pemakaian maka mintalah kepada Allah untuk melakukan perubahan yang lebih baik.Yakinilah Allah akan membantu dari apa juga cara.
Manakala bagi mereka yang sudahpun sempurna,jangan membanggakan diri dan memandang rendah kepada mereka yang masih belum sempurna dari segi pemakaian.Teruskan berdoa agar Allah menetapkan hati kite untuk terus istiqamah serta kirimkan doa buat adik beradik sanak saudara atau sesiapa sahaja yang masih jauh dengan pemakaian muslimah ini.Bantu dan pimpin bukan mencela!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sedikit saya COPY dari FB

#Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’?

Motivate diri dengan mengatakan setiap hari, “Aku muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga."


Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya.

Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami, mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam banyak perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai.

Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW.

Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita. Allah menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.
Wallahu a'lam ️







You May Also Like

0 comments