sungguh Azab!~UJIAN ONLINE SPA~

by - 9:33:00 PM

hari ini macam trending pulak.
bile baca wall FB kawan-kawan ramai yang tidak puas hati dengan SPA
ramai yang tak boleh akses untuk menjawab ujian online ini.
dan SPA mengambil langkah dengan status begini:
Untuk pengetahuan korang semua,hari ini adalah 
PEPERIKSAAN ONLINE BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41

dan saya adalah antara calon-calon yang dipanggil untuk menjalani ujian ini.Tetapi yang menarik..boleh jawab di mana sahaja anda suka dan pastikan anda ada internet baru boleh akses.
Ini lah ujian yang paling best..dimana kite boleh sempat check jawapan kat google, boleh tanya kawan-kawan ke..atau apa sahaja cara untuk dapat jawapan yang betul.
Sebenarnya ujian ini bermula pada pukul 9.00 pagi namun mungkin ada masalah teknikal ia bermula agak lewat dari yang di jadualkan.
Soalan ini ada 3 seksyen.
PENGETAHUAN AMA9.00 AM9.40 AM
DAYA MENYELESAIKAN MASALAHB9.55 AM10.40 AM
UJIAN PSIKOMETRIKC10.55 AM11.55 AM
 Soalan bagi seksyen A memang power plus susah gilerr..
(bagi saya lah yang cetek bab-bab isu semasa ini)
dan seksyen B melibat pengiraan.Masa yang diberikan adalah 45 minit;40 soalan,
Juling mate teman nak mengira.fuhh~~
seksyen C pula lebih santai dimana ia meliputi soalan personaliti.
pilihan jawapan yang diberikan adalah YA,TIDAK PASTI,TIDAK.
so pilih lah mana2 yang berkaitan dengan diri sendiri.

Alhamdulilah,saya berjaya mengakses dan menjawab kesemua soalan ..tetapi belum tahu berjaya untuk ke peringkat seterusnya.insyaAllah,ada rezeki..tidak kemana.amin.
Bagi mereka yang kurang bernasib baik untuk menjawab..banyakkan bersabar dan lanjutkan masalah kawan2 itu kepada SPA.mungkin pihak SPA akan membuka ujian ini sekali lagi.

Pada pendapat sendiri,
untuk pihak SPA masih banyak kekurangan dalam menjalani sistem ujian online ini.
Bayangkan dalam 10K yang cuba untuk mengakses dalam masa yang serentak..sedikit sebanyak mungkin ia menjadi sangat lambat ..maka timbullah masalah seperti tidak dapat mengakses masuk,dsb.
jadikan kelemahan ini sebagai suatu tindakan positif untuk memperbaikinya pada masa akan datang .
sian kepada mereka yang dah sangat excited namun kecewa apabila menghadapi masalah teknikal ini.

Sekian,Terima kasih...






You May Also Like

3 comments