Awas Wahai Wanita: Bahan Kimia Dalam Lipstik!!!

by - 12:54:00 AM

Kebanyakan para wanita sering menggunakan lipstik beberapa kali sehari bertujuan untuk kelihatan cantik. Namun, kita harus berjaga-jaga dengan bahan yang berupaya untuk membuatkan kita kelihatan tidak cantik didalamnya. Dalam penyelidikan yang dibuat oleh UC Barkeley, beliau telah menemui bahan metal berbahaya seperti aluminium, kromium, kadmium dan lain0lain lagi dalam kandungan lipstik. Kandungan bahan metal ini boleh membahayakan kesihatan sekiranya diambil dalam jangka waktu yang lama dan boleh menyebabkan masalah saraf dan meningkatkan risiko kanser.


Pewarna yang terdapat dalam lipstik merupakan salah satu bahan berbahaya. Kebiasaannya, dalam kosmetik mempunyai bahan kimia seperti rhodamin dan hidroquinon. Rhodamin dan merupakan pewarna merah yang digunakan untuk mewarnakan tekstil. Manakala hidroquinin pula digunakan dalam peluntur. Kedua-dua bahan kimia ini telah dijumpai berada dalam lipstik dan pemerah pipi. Penggunaan rhodamin dan hidroquinon berisiko tinggi bagi penggunanya, dan boleh menyebabkan kematian. 

Selain bahan tersebut, terdapat kandungan lain yang boleh membahayakan kesihatan bibir anda seperti minyak, lilin dan bahan pengawet. Lipstik juga boleh merosakkan gigi yang disebabkan oleh parafin. Ia juga boleh menyebabkan penyakit kanser kerana mengandungi bahan berbahaya iaitu BHA (Butylated Hydroxyanisole), pewarna sintesis dari aluminium dan minyak tar, dan plumbum. 

Plumbum adalah bahan logam yang digunakan untuk mengekalkan warna lipstik agar kekal lama dan tahan kepada pengoksidaan udara dan tahan air. Akan tetapi, ramai yang tidak menyedari plumbum boleh menyebabkan kanser. Pastikan anda berhati-hati semasa hendak membeli lipstik. Sudah semestinya mereka tidak meletakkan label berkenaan dengan kandungan plumbum ini namun kita boleh menguji sendiri dengan beberapa tips


  1. Sekiranya terdapap perkataan 'tahan lebih lama' atau 'stay longer' pada promosi atau iklan lipstik tersebut, kemungkinan terdapat unsur plumbum didalamnya adalah tinggi.
  2. Sekiranya ada perkataan 'tahan/kalis air' atau 'water proof', kemungkinan terdapat unsur plumbum didalamnya adalah tinggi
  3. Uji lipstik yang hendak dibeli dengan cara berikut:
Cara untuk mengetahui kandungan plumbum dalam lipstik
Untuk mengetahui samada lipstik yang anda pakai mempunyai plumbum atau tidak anda boleh menggunakan cara ini. Plumbum adalah sangat bertoksik untuk badan. 

Cara 1: Goreskan lipstik beberapa kali ke tangan
Cara 2: Gunakan cincin emas (minimum 18 karat) lalu sapukan ke lapisan lipstik tersebut
Cara 3: Sekiranya warna lipstik bertukar menjadi kehitam-hitaman atau kusam, maka dapat dipastikan bahawa lipstik tersebut mengandungi bahan logam plumbum. 

Berhati-hati dalam memilih lipstik untuk digunakan. Gunakan lipstik yang diperbuat menggunakan bahan organik sahaja!!!

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

You May Also Like

0 comments