MUHASABAH:KAIN LYCRA

by - 11:32:00 PM

  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak

    Wahai Muslimah berhati-hati memilih pakaian anda

    Fabrik Lycra adalah jenis sintetik yang direka khusus untuk membuat pakaian dalam dan baju renang oleh Syarikat Dupont. Ciri penghasilannya adalah untuk mendapatkan pakaian yang dapat mengekalkan semua lekuk pada badan pemakainya. Fabrik Lycra mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu cepat kering, tidak berkedut, serap peluh, sejuk, ringan dan sangat selesa dipakai.

    Fabrik Lycra direka dengan tujuan khusus agar pemakainya dapat memastikan semua lekuk pada badannya dapat dipamerkan kepada semua orang. Oleh itu, apa maknanya sebagai seorang muslim kita berpakaian menutup badan? Kelihatan para wanita muslimah khususnya yang memperagakan fabrik Lycra sebenarnya lebih memperagakan bentuk tubuh badan dan pasti ramai yang mengakuinya, bukan?
Imam Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka, aku belum pernah melihat mereka ; iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh”.

Boleh baca selanjutnya disini
http://muslim-wisdom.blogspot.com/2013/03/fabrik-lycra-sopan-atau-sengsara.html

    You May Also Like

    0 comments