kesilapan 7 petala cinta

by - 11:32:00 PM

baru sahaja menonton filem 7 petala cinta di Astro...Islamik filem:)


    layan sikit trailer filem ini..

    sebelum itu,sedikit pujian mengenai filem ini:

    1.tahniah kepada pengarah kerana berjaya menghasilkan filem islamik ini
    2.suka nak petik dari kata-kata Abi dalam filem ini
    "tiada penyamun yang akan masuk kedalam masjid..yang ada cume lah orang yang ingin kembali kepada Allah"(lebih kurang macam itulah ayatnya)
    3.wanita yang berlakon dalam filem ini menutup aurat.berniqab~!
    4.alunan zikir dalam filem ini sangat menenangkan
    5.ilmu itu umpama haiwan liar,dan pengikatnya adalah catatan..(best quotes)

    namun,disebalik semua itu,akan ada kekurangan..dan aku harap mana-mana pengarah yang ingin menghasilkan sebuah filem islamik ..haruslah menitikberatkan pergaulan,aurat..dsb

    1.heroin iaitu saida walaupun sudah berniqab tetapi masih kelihatan aurat terutamanya di bahagian lengan.
    2.hamka dan saida duduk dekat erm....sampai dah macam bersentuh je.
    3.lokanan diana amir bersalam dengan fizo omar(yang mana dalam filem ini mereka berlakon sebagai adik beradik)..
    4.wanita yang meggoda atar tersangat lah seksi..aduhhh...~~spoil
    5.Walaupun sudah bertunang.kena juga jaga pergaulan dan percakapan..dan ia bukan tiket untuk menjadi halal.

    minta maaf ini hanya pendapat peribadi aku sahaja.Amat terkilan jika sebuah penghasilan filem islamik itu tidak dititikberatkan mengenai batasan aurat dan pergaulan.Bimbang ia akan menjadi fitnah kepada mereka yang ingin mendekati agama islam.

    jadikan contoh filem islamik yang hebat seperti KETIKA CINTA BERTASBIH.

    apapun...tahniah dan semoga dapat menghasilkan sebuah filem islamik yang lebih baik dan mendapat keredhaan Allah...

    p/s:teringin pulak nak jadi seorang pelakon yang berniqab~



    You May Also Like

    3 comments

    1. betul sya setuju ssngt semua kekurangan filem ni. filem islamik tp pergaulan bebas

      ReplyDelete
    2. betul tu.. :D.. tak pernah tonton lagi..

      ReplyDelete
    3. betol tu.kalau nak jadikan filem tu motivasi buat penonton kena lah amik berat dalam semua aspek kan :)

      ReplyDelete