genap setahun pemergianmu,iza

by - 12:38:00 AM

masa berlalu begitu pantas sehingga aku tidak sedar bahawa aku telah kehilangan seorang sahabat selama setahun.Pemergian mu ku rasakan hingga ke saat ini.Wajah mu,senyuman mu,kelembutanmu amat sukar untuk ku lupakan.Bagaikan masih segar dikotak ingatan ku dan seolah aku masih belum mampu untuk menyakini hakikat kehilanganmu..buat selama-lamanya.Apakan daya ku inilah kekuasan Ilahi,meminjamkan sesuatu dan bila-bila masa sahaja akan minta dikembalikan.
    Kau adalah sahabat yang paling setia dan memahami aku
    Kau hadir seolah memberi kan aku kekuatan namun hilang disaat aku punya kekuatan sendiri,
    kau mungkin tiada gantinya,
    sehingga ke saat ini,aku masih terkilan kerana tidak dapat menjengukmu buat kali terkahir,
    eleiza,Semoga Allah menempatkan rohmu di kalangan orang2 yang beriman.aminn
    alfatihah
    gadis berwana pink itulah arwah eleiza

    untuk makluman semua,inilah gambar terakhir kami bersama pada sambutan hari raya(2011) di tempat kerja aku,Masa ini arwah telah pun menderita akibat penyakit namun arwah sangat tabah dan kuat sehingga tidak tergambar di wajah arwah kesakitan itu.Arwah masih sudi menemani aku menghadiri majlis ini.Disaat ini aku fikir arwah akan kuat dan sembuh seperti sedia kala.


    terima kasih sahabatku eleiza kerana telah menjadi sahabat yang terbaik selama 25 tahun.Semoga kau tenang disana dan semoga Allah temukan kite di syurga nanti.

    Sayang arwah kerana Allah

    You May Also Like

    5 comments

    1. ALLAHU... moga ditemptkn dikalangan org briman :) sbr ye kak :)

      ReplyDelete
    2. Allah, sabar akk, saya juga penah ada di situasi yg sama, sabar, :)

      ReplyDelete
    3. al-fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. aminn

      :(

      http://irsyahealthyhouse.blogspot.com

      ReplyDelete