tips pindah rumah mengikut cara Islam

by - 11:52:00 PM

Kepenatan semalam masih tersisa.Mempacking barang2, mengemas, mengangkat..dan mengemas semula.(apa yang aku buat?) Korang mesti dapat agak kan.Yea yea...Semalam aku masuk rumah baru.Kebiasaan yang akan dialami oleh setiap orang yang pindah rumah..x kisah rumah baru or lama.Orang kate kalau masuk rumah baru yang nak diduduki..ada adab2 nya.Apakah itu??




Memberi Salam
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]
Laungkan Azan
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Sebaiknya azan di setiap penjuru rumah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-’Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Membaca Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Tekankan bacaan ayat Kursi. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.
Banyakkan solat dan membaca Al-Quran 
Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Falaq
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali. Surah Al-Falaq dibaca sebanyak 111 kali. Paling lama pun kita mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk menghabiskan bacaan tersebut. Maka dengan kehendak dan izinNYA, segala mala penghuni halus yang telah menghuni rumah itu akan segera keluar insyaAllah.
Menyediakan jamuan
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :
“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.
dipetik dari :http://wanitasihat.com/amalan-yang-harus-dilakukan-apabila-memasuki-rumah-baru/

sekian, harap2 bermanfaat buat kite semua.InsyaAllah.
teringat pulak kisah di rumah dulu.Dulu jiah n suami duk kat sekolah.Suami jadi warden sekolah.so, memang kena berkampung lah di rumah warden tuh..tup tup..suami pernah cite bangunan yang kitaorang duk tuh keras sikit.memang la keras pun coz bangunan tu dibuat dari batu.kuikui..ishk, xde lah..gurau je.Aku rase korang fhm mksd aku kan kan...Ramai yang nampak 'something".Tetapi alhamdulilah..sejak kami duk situ tak pernah lagi dinganggu oleh makhluk sedemikian.Last last, 2 3 hari kami nak pindah rumah baru sekarang adalah seorang student nie mengadu yang die "di tegur " oleh hantu pocong.WAAAHHHHH???betul ker..???Series..meremang aku.

Kisah nya terjadi lebih kurang pukul 1 pagi.Biasalah budak asrama plus budak laki pulak jangan harap nak tido awal kan.dorang ni suke berjalan2 sekitar dorm, nak gosok baju la, basuh baju ke, time time tu lerr..kebetulan budak ni ( ada kat depan rumah kami nie)nak amik kunci..tertinggal dalam dorm.die jerit la dari bawah minta kawan die yang kat atas ambik kan kunci..dan dan tengah tunggu kawan die turun bagi kunci..jeng jeng jeng..tetibe ada sore tegur die.Korang rase??hikhihk.."oIT, budak ko nak amik pe?"( lebih kurang la gitu dialog nyer).Sebaik sahaja budak tu berpaling..dup dap dup dap..apa yg die nampk adalah HANTU POCONG.!!Korang rase apa yang budak tuh buat??Budak tu apalagi x cukup langkah die berlari terus naik tangga dan demam beberapa hari kemudian..nyer.

Alhamdulilah, aku lega la dah keluar dari rumah warden tuh.harap2 kat rumah baru ni ..tiada apa2 kan.dan dengan harapan munculnya penyeri buat kami bagi memeriahkan lagi suasana rumah nie.aminn.

korang ada cerita menarik nak dikongsikan??share la sikit...kat sini.

berikan kami sinar baru ,Ya Allah

You May Also Like

0 comments