• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K



PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI

1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nk terima kenyataan dan selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.




Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



begitulah apabila puasa ..tapi tak solat?

guane...lah tuh..


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Membaca surah Al-fatihah merupakan rukun solat.

Tatapi sedarkah kita ramai yang membaca dan melakukan kesilapan dalam membacanya?

Kesilapan ini membawa kepada tidak sah pada solat.

Apabila Solat itu tidak sah,maka runtuhlah tiang agama kita.

Faham & Sebarkan.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

assalamualaikum wbt:)

satu soalan yang ingin aku kongsikan dengan korang semua.

Manakah lagi DOSA BESAR..perempuan yang bertudung tapi tidak solat..dan perempuan yang tidak bertudung tapi solat?

conpius tak?
hihihi..kalau soalan ini korang dapat dari non-muslim..apakah jawapan terbaik yang akan korang bagi?

jawapan aku: dua-dua dosa besar.

ok,mari kite merujuk kepada jawapan UAI

kata beliau:
" Dosa yang paling besar yang pertama adalah mensyirikkan Allah.Dosa yang kedua besar adalah tidak mengerjakan solat.
Meninggalkan solat adalah hukuman berat.MENURUT hukum hudud,mati mandotori.."

NAH,betapa besarnya kewajipan kita sebagai hamba Allah..SOLAT itu wajib bagi mereka yang sudah baligh dan mengaku beriman kepada Nya.Jangan ambil mudah andai kita terlupa untuk mengerjakannya.

ikuti ulasan lanjut dari ustaz azhar idrus:

kalau korang baca tajuk entri ini,ada 2 tajuk sekaligus aku letak..hihihi..sorry saja2 je,nak nampak gempak!
baiklah,sebenarnya..dah 2 hari aku tak mengupdate blog aku.blogwalking pun tidak..Nak tahu tak sebab apa?sebabnya.....

aku mengedit blog irwan..TERIMA KASIH,ye..Kerana awaklah lelaki pertama yang BERANI mengambil risiko untuk menggunakan hasil kerja saya.THANKSS..

Header blog yang comel nie,irwan yang punya..cuma tugas aku hanyalah mencampur aduk kan ramuan**kikiki..macam main masak2 pulak.jom layan gambar blog beliau
v
v
v
v
v
v

itulah hasilnya..daaa!!harap2 irwan suka dan berpuas hati..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
assalamualaikum wbt semua dan selamat pagi

merujuk kepada tajuk di atas seems menyeramkan pun ada.Mempercayai hari kiamat itu adalah rukun iman..Jika kita menolak salah satu dari rukun iman,iman kita tidak sempurna.Segeralah beristighfar dan bertaubat.InsyaAllah..

entah kenapa aku rasa terpanggil nak menulis sesuatu tentang hadis Nabi mengenai tanda-tanda kedatangan kiamat ini.Sebenarnya,kiamat ini terbahagi kepada dua;(Seingat apa yang aku pernah belajar masa di sekolah dulu) Kiamat kecil dan kiamat besar..

apakah itu kiamat kecil dan kiamat besar?
kiamat kecil ialah seperti yang berlaku sekarang seperti penzinaan merata-rata tempat,peperangan,penipuan dsb
kiamat besar pula ialah hancurnya dunia ini sehancur-hancurnya.Boleh baca sini
 tahukah kita semua ,amalan pertama yang akan dihisab ialah solat.Ya Allah,bila dinilai diri kita sendiri..sejauh mana ibadah kita ini diterima oleh Allah..masih banyak khilafnya..malah Nabi sendiri pernah bersabda"solat umat pada akhir zaman adalah semakin singkat"
benarlah apa yang disabdakan itu.Aku rasa terpukul kerana adakalanya aku juga lalai dalam menghadap Allah ini.Solat tapi ringkas.selepas salam,tiada zikir..dan berdoa tapi tidak diiringi dengan hati.Sombongnya aku pada Allah..

Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


  • Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

  • Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

  • Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

  • Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

  • Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

  • Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel ini,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...maaf jika ada yang tersinggung.Yang baik dari Allah..yang buruk segala kelemahan adalah dari saya

  
tiada istilah terlewat untuk bertaubat..:) mari semua...kembalilah kepada Allah

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose