• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K



assalamualaikum..

dimalam ini...terasa ingin ku kongsikan sesuatu

JOM UBAH

Setiap kali kita diuji..
"soalan yang kerap bermain didalam fikiran kita ialah kenapa yang aku yang diuji?sampai bilakah aku diuji?
apakah kebahagian tidak layak untuk aku?..dan segala pemikiran negatif..

cepat2 lah kita beristighfar...

kerana disetiap kali ujian..

adalah kerana sayangnya Allah Kepada hambaNya

maka apabila kita diuji..bersyukur dan redha
kerana kita terpilih untuk diuji maka Allah amat merindui keluhan kita.

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Selain itu,
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

#maka mari lah sama2 kita bermuhasabah diri dan ubah setiap sangkaan buruk kepada Allah


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
 "Kesusahan adalah guru yang terbaik "

Bila kamu miskin. Berjodoh pula dengan pasangan yang miskin. Jangan risau takut hidup makin susah.

Cuba fikir positif.

Mula hidup susah payah dengan pasangan. Susah. Tak cukup duit. Tapi tempuh dan jalani bersama-sama. Berperingkat-peringkat. Katalah 10 tahun pertama hidup susah, kemudian berkat usaha bersama dan yakin pada rezeki Allah, 10 tahun yang berikutnya hidup senang sedikit.

Suatu hari nanti, bila duduk bersama dengan pasangan imbas balik masa zaman-zaman susah dulu. Bila tengok kerusi perabot, peti sejuk atau dapur yang ada di rumah kita tu, maka keluarlah soalan yang lebih kurang macam ni,

"Ingat tak lagi kali pertama kita nak beli ni?"

Susah. Miskin. Takde duit.
Tapi percayalah.
Fasa susah dan senang tu. Lebih manis dikenang.
Diingati sampai bila-bila
#copypaste

yakini lah dengan Firman Allah dalam surah ALAM NASYRAH:


dalam surah ini Allah seolah memujuk hambaNya supaya bersabar di atas ujian yang menimpa.


1.Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

2.Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu?

3.Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

4.Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

5.sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

6.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

7.dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


JOM START HUSNOZON (Berprasangka baik)DAN LA TAHZAN(jangan bersedih)..:)


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


#Jom muhasabah diri kite dari segi pemakaian..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Saya tahu saya tidak cantik..
Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

★ Karena saya tidak cantik, saya tidak jadi korban gangguan lelaki-lelaki yang rusak akhlaknya.

★ Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

★ Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

★ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

★ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

★ Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

★ Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia..

★ Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH..
Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar...
Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak....Saya tahu saya tidak cantik..Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

★ Karena saya tidak cantik, saya tidak jadi korban gangguan lelaki-lelaki yang rusak akhlaknya.

★ Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

★ Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

★ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

★ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

★ Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

★ Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia..

★ Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH..
Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar...
Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak....
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


#Mulakan perubahan hari ini:)

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments



>>> Peringatan untuk semua yg sedang berusaha untuk mendapat zuriat, beberapa malam terakhir ramadan ini, insyaallah doa kita akan dimakbulkan Allah SWT, banyak baca quran, berzikir, bersedekah , berbakti kepada ibu bapa , anak yatim, orang miskin, beri makan untuk orang berbuka puasa, cakap yg baik2 dan bersopan santun dalam segala urusan. Insyaallah lepas raya nanti kita akn lihat ramai yang hamil dengan keberkatan Allah <<<<


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bismillah. Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, “Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni.”

Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya. Hari ini, di dalam negara saya sendiri iaitu Malaysia, saya lihat ramai perempuan yang mula berniqab. Tetapi, saya agak keliru dengan konsep yang dibawa.

Wajahnya tertutup rapi. Tetapi pakaiannya walaupun jubah, walaupun berwarna hitam, masih ada liplap-liplap, masih ada bling-bling, masih ada bunga-bunga. Bila saya fikirkan semula, tafsiran bagi pakaian yang seperti itu sebenarnya adalah, "SAYA MALU DAN MERASA MURAH SEKALI ANDAI WAJAH SAYA MENJADI TATAPAN ORANG, TETAPI SAYA TIDAK KISAH KALAU PERHIASAN DAN PAKAIAN PADA BADAN SAYA DILIHAT ORANG BAHKAN LEBIH SERONOK KALAU DIPUJI."

Apakah betul itu sebenarnya konsep berniqab sepertimana yang dibawa oleh ummul mukminin kita?

Bagi diri saya yang tiada ilmu ini, saya memandang perbuatan memakai tudung, menutup aurat serta memakai niqab itu fungsinya bukanlah sekadar untuk 'menutup' sahaja. Signifikan utamanya adalah jauh lebih besar daripada itu. Ia sebenarnya adalah sebuah latihan untuk hati kita, untuk menundukkan nafsu orang-orang perempuan yang sememangnya amat suka dipandang dan dipuji. Ia mengajar kita bagaimana untuk bersederhana dan merendah diri.

Kerana itulah pentingnya pemilihan warna dan perhiasan yang terdapat pada diri seseorang perempuan itu. Saya suka memetik kata-kata ulamak ini, “Seorang perempuan itu, sebaik-baiknya apabila ia turun ke tengah-tengah orang ramai, orang tidak perasanpun akan kehadirannya di situ (lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.)”

Sebab itulah bagi saya, kalaulah di dalam hati saya masih lagi ada keinginan untuk berhias dan dipuji orang, “Lawalah maskara awak”, “Eh cantiknya manik-manik pada jubah awak ni”, ataupun “Wow, beg tangan Gucci ke tu?” itu membawa maksud, masih terlalu jauh lagi perjalanan mujahadah hati saya. Dan kerana itulah juga saya fikir, saya perlu mengambil masa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi niqabis sepenuh masa.

Kerana niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah. Ia sebenarnya tentang menyembunyikan ‘hati’.

Adakalanya, saya lebih menghormati perempuan yang tidak berniqab tetapi pakaiannya cuma sederhana, warnanya tidak membuat orang memuji-mujinya dan perhiasannya tidak pula membuat orang terteleng-teleng memandangnya. Hatinya rendah, tidak berkehendak kepada pujian mahupun pandangan orang, baik dari lelaki mahupun perempuan. Memandang kepadanya sahajapun, hati kita turut merasa rendah dan insaf, tidak langsung menimbulkan keinginan di hati untuk kelihatan lebih cantik. Istimewa dan mahalnya perempuan seperti ini, kerana cantiknya disimpan elok-elok, hanyalah buat tatapan seorang insan yang bernama suami sahaja.

Saya tidak kisah andainya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Kerana saya berbicara ini sambil membayangkan bagaimanalah sekiranya ummul mukminin masih ada bersama-sama dengan kita pada hari ini. Maafkan saya, andai saya telah mengguris hati sesiapa.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Dan yang tidak baik itu datang daripada kejahilan diri saya sendiri.

#COPY PASTE

luaha dari aku sendiri:

memang wanita yang memang niqab ini akan dipandang pelik oleh sesetengah masyarakat malah ada juga yang mengagumi mereka ini.Tetapi berbalik kepada niat kite berniqab.Jangan rosakkan nilai niqab itu dengan kesilapan di atas kejahilan kite sendiri.Bagi aku, memakai niqab ini adalah 1 proses mendidik jiwa untuk merasa rendah diri bukan untuk perhatian dan tatapan manusia diluar sana.Berniqab bukan untuk berhias tetapi untuk menutup hati terutamanya.Marilah kite berserdahana dalam berpakaian..insyaAllah
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Bismillah...

1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~



TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Jika saat ini kite meraskan bahawa kite lah insan paling malang tapi ada lagi yang lebih jauh menderita dari kite.
Sangat menyentuh hati dan perasaan pabila kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa terpaksa belajar untuk hidup susah dan kelaparan sepanjang hari.Boleh dikatakan mereka seolah berpuasa sepanjang tahun.Nah!kite yang hanya berpuasa pada bulan Ramadhan pun dah rasa berat..inikan mereka yang diuji dengan kelaparan malah kebuluran .Allahhu..
Bukan mereka sahaja yang diuji malah kite juga turut diuji iaitu samada kite sudi untuk menolong atau hanya ishk..ishkk..kesian nya mereka (tanpa kite berbuat sesuatu kepada mereka)

marilah kite menyumbang walaupun sedikit ..dan tidak perlu kite mengatakan tunggu aku kaya nanti baru aku derma lah.(buang sikap demikian kerana mengikut sabda Nabi Muhammad saw>>

Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
 Hikmah bersedekah:

Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” ( HR Thabrani )

Besarnya ganjaran bagi orang yang suke bersedekah:

Sehubungan dengan itu, “Al-Yateem Sponsorship” adalah satu program yang membolehkan anda untuk membantu anak yatim bagi mendapat masa depan yang lebih sempurna.

jom muhasabah diri sat>>


kite perlu bersyukur dengan apa yang kite ada sekarang.

 Mari lah kite mebantu mereka yang memerlukan
#untuk maklumat lanjut..boleh ke sini>>>http://islamic-relief.org.my/e-khairat/e-khairat-al-yateem-sponsorship/

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments



#Allah pemberi rezeki TEPAT pada masanya

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak



#tiada alasan untuk kite lakukan kebaikan di saat kita diuji kesusahan.
Allah sentiasa bersama kite:D

salam ramadhan 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak
Siapa kenal 

Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara?


makcik ni lah yang telah menggemparkan seluruh umat islam kerana telah menghina agama islam secara terang-terang di akaun FB miliknyer.


Ramai yang masih mencari-cari siapakah pemilik akaun FB

Makcik-Hajjah-Sitt-Al-Wuzara

orang islam kah,atau bukan islam?
melayu atau bukan melayu?
lelaki atau perempuan?

akhirnya persoalan ini terjawab kerana identiti beliau berjaya di bongkar


Semoga tindakan yang terbaik dapat diambil segera dan menjadi pengajaran kepada semua masyarakat muslim dan juga non-muslim.

Takhbir!! Allahuakhbar!!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak

#sedih

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak

    Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak

    Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:
"Wahai Fatimah, kelebihan seorang wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."

(Abu Hurairah r.a).
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak

KENAPALAH ADA ORANG YANG SANGGUP FITNAH UAI NIE..

#moga ustaz kuat dan lebih bersemangat untuk berdakwah ke jalan Allah

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak

    jom amalkan....

    #bersemangat!
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
  • cintaku 20sen
  • sideincome
  • bantu si turtle
  • 1soalan 1 handphone
  • real ke nie
  • make up 24jam
  • Petua mak

    Wahai Muslimah berhati-hati memilih pakaian anda

    Fabrik Lycra adalah jenis sintetik yang direka khusus untuk membuat pakaian dalam dan baju renang oleh Syarikat Dupont. Ciri penghasilannya adalah untuk mendapatkan pakaian yang dapat mengekalkan semua lekuk pada badan pemakainya. Fabrik Lycra mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu cepat kering, tidak berkedut, serap peluh, sejuk, ringan dan sangat selesa dipakai.

    Fabrik Lycra direka dengan tujuan khusus agar pemakainya dapat memastikan semua lekuk pada badannya dapat dipamerkan kepada semua orang. Oleh itu, apa maknanya sebagai seorang muslim kita berpakaian menutup badan? Kelihatan para wanita muslimah khususnya yang memperagakan fabrik Lycra sebenarnya lebih memperagakan bentuk tubuh badan dan pasti ramai yang mengakuinya, bukan?
Imam Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka, aku belum pernah melihat mereka ; iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh”.

Boleh baca selanjutnya disini
http://muslim-wisdom.blogspot.com/2013/03/fabrik-lycra-sopan-atau-sengsara.html
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments
    • cintaku 20sen
    • sideincome
    • bantu si turtle
    • 1soalan 1 handphone
    • real ke nie
    • make up 24jam
    • Petua mak
    setakat mana kite bersyukur?

    Apa itu syukur?
    Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh ALLAH Taala.

    Tidak semestinya apabila kite diberi kesenangan kite bersyukur..tetapi apabila ditimpa kesusahan kite kufur.!nauzubillah.
    Syukur juga bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa.

    fitrah manusia iaitu takut untuk hidup susah..dan ingin hidup senang.

    jadi jom kite hayati dan muhasabah diri sejauh mana kite bersyukur dengan apa yang telah Allah beri kepada kite.


    insan ini tidak dikurniakan dengan 2 belah tangan.tetapi dia masih berusaha untuk meneruskan hidupnya.

    dan sejauh mana kite yang sempurna penciptaan tetapi masih malas dan sering mengeluh dengan nikmat yang Allah beri?


    boleh tengok banyak video tentang TISHA UNARMED di you tube.:)



    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments
  • Buat sideincome dengan autoblogger
  • Jom minum dulu
  • Ice cream!!
  • Sabun cinta
  • hai,semua!!salam jumaat yang indah^^

    jom kite tengok kebesaran Allah melalui sebuah kejadian di atas.Serba ringkas,wanita india ini bersama 3 lagi kawan2nya sedang membuat satu demontrasi untuk menunjukkan kebencian mereka kepada wanita islam yang berhijab.wah!dengan bangganya mereka membakar hijab...dan korang akan saksikan satu keajaiban dan kekuasaan Allah..jom tengok..
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments
    Older Posts

    About me

    About Me

    Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram
    • Google+
    • pinterest
    • youtube

    Categories

    recent posts

    Sponsor

    Facebook

    Blog Archive

    • April 2015 (13)
    • March 2015 (3)
    • February 2015 (6)
    • December 2014 (25)
    • November 2014 (25)
    • October 2014 (28)
    • September 2014 (25)
    • August 2014 (32)
    • July 2014 (19)
    • June 2014 (10)
    • May 2014 (30)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (10)
    • February 2014 (24)
    • January 2014 (30)
    • December 2013 (14)
    • November 2013 (32)
    • October 2013 (27)
    • September 2013 (9)
    • August 2013 (21)
    • July 2013 (46)
    • June 2013 (51)
    • May 2013 (28)
    • April 2013 (23)
    • March 2013 (37)
    • February 2013 (25)
    • January 2013 (40)
    • December 2012 (23)
    • November 2012 (28)
    • October 2012 (11)
    • September 2012 (21)
    • August 2012 (12)
    • July 2012 (44)
    • June 2012 (31)
    • May 2012 (37)
    • April 2012 (16)
    • March 2012 (10)
    • December 2011 (4)
    • November 2011 (2)
    • October 2011 (14)
    • September 2011 (6)
    • August 2011 (8)
    • July 2011 (9)
    • June 2011 (13)
    • May 2011 (24)
    • April 2011 (9)
    • July 2010 (2)

    Created with by ThemeXpose