• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K



"ya Allah..sampaikan aku disini.."amin..


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Ini pula kata2 sahabat nabi berdebat dan mmberi perumpamaan. org kafir mengatakan dimana kah Allah? sedangkan kami (org2 kafir) nampak dan boleh menyentuh tuhan kami. sahabat pun bg perumpamaan.. "saudara tahukah dimana nye letak NYAWA saudara?.

#Anda boleh copy dan share untuk perkongsian

Insyaallah

P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.")

-ab-
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa..terkebil2 nak jawab ni!.. simpan nota ini.
      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah kalau tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

#ALLAHUAKBAR
Mukjizat al quran, penyembuh penyakit bisu.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
assalamualaikum wbt dan selamat hari sabtu.

pertama kali aku mendengar lagu ini..aku terus suka..nak tahu lagu apa?jom hayati lirik di bawah:)


Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim

(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah
Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut cara Rasulullah
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim

(2x)

Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah
Tunggu sebentar solatlah dulu
siapakah penyanyi lagu ini?mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin ada yang kurang pasti kan.Kemerduan suaranya pernah bermain di halwa telinga kita suatu ketika dulu..
iwan dangdut nama jolokan nya dulu dan kini Iwan muncul dengan imej baru apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Iwan masih menyanyi tetapi dengan konsep lagu-lagu dakwah.Dia baru muncul dengan album baru berjudul Segalanya Allah. Subahanallah..bakat nya digunakan untuk berdakwah..
nah,apabila Allah berkehendakkan sesuatu ,Kun fa ya kun..jadilah maka jadilah.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah namun kita sebagai hamba perlu sentiasa berdoa kepada Nya agar sentiasa diberi hidayah ..dan berada dibawah rahmatNya...
**semalam..aku dengan hubby baca disalah sebuah blog "paris hilton peluk islam"..betul ker?so..sebenarnya nak hampir percaya..tetapi rupanya ia palsu.Gambar yang kononnya die telah memakai tudung disebar-sebarkan..adalah palsu belaka>>>>nak tengok wajah paris hilton pakai tudung..?
v
v
v
v
v
v
walau-apapun rumors yang keluar..kita hanya mendoakan agar suatu hari nanti..ia benar-benar menjadi kenyataan.siapa tahu kan?btw,kepada para bloggers yang telah pun menyebarkan berita keislaman paris hilton ini..sila berhati-hati selepas ini.Mungkin ada pihak yang ingin mengambil kesempatan.
InsyaALLAH.Hati kita ini milik Allah..Allah boleh bolak balik kan hati kite ni bila-bila masa..:)

jom nyanyi lagu solat dulu nie:P
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose