• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

 semalam,sedang aku asyik melayari laman mukabuku,aku terbaca sesuatu kenyataan...aku kurang ingat keseluruhan ayat nya namun ia lebih kepada nasihat untuk kaum wanita mengenai cara berpakaian terutamanya.Sebagai perempuan,kita mesti suka sangat tangkap gambar dan of cos akan upload gambar itu  di facebook,twitter.Mengharapkan komen dan seberapa banyak like dari kawan2 korang kan kan..(alamak terkena batang idung ku..)namun, berwaspadalah...kerana saat ini, ada satu page yang di create bagi menghimpunkan semua gambar2 gadis.malah,ada yang tiada berpakaian juga turut diletakkan dalam album itu.so, berhati-hatilah.memang aku tengok banyak sangat...malah sampai aku tak tertengok satu persatu..aku cuma  nak menginggatkan diri aku dan kawan2 semua,beringat pabila meletakkan gambar kamu dlm fb. kerana..akan ada tangan jahat dan mata liar mengambil gambar anda tanpa sedar. Turut menyedihkan akan ada lelaki yang komen gambar anda itu.Komen2 nya amatlah memalukan dan mengaibkan.Mahukah kite dieksploitasi kan dengan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini?Tolong lah,wahai semua puteri2 kesayangan..peliharalah auratmu sebaik-baiknya.
Perhiasan yang kau miliki bukan untuk dipertonton kan tetapi semua itu untuk suami mu..
 serius aku berkongsikan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa,namun apa yang perlu kita lakukan adalah REPORT PAGE INI..!!!
Mana tahu ada jugak kawan2 kite,atau saudara kite sendiri menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
untuk itu,aku memohon jasa kalian untuk menghapuskan page ini..sehabis2nya.
TENGOK  SINI
nasihat aku untuk admin page ini: tolong lah delete page ni.anda telah melakukan perkara yang sia-sia.malah anda telah mengaibkan gadis2 ini.Jika benar anda tidak dapat mengawal hawa nafsu itu...bernikah lah.Apabila halal,tiada menjadi salah malah pahala yang kau dapat.
dalam terkejut,aku terjumpa 1 kenalan blogger kita..LYSA FAIZUREEN turut menjadi mangsa.bukan 1 gambar beliau malah ada hampir 3.Sila kan lah membantu kawan2 kita ini.
di mana kah kita saat ini,duhai muslimah?
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
 hijjaz:dilema
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
  • klik sini untuk menderma


hanya melihat wajah mereka..pasti jauh disudut hati kite akan merasa terpanggil untuk membantu.hanya melihat susuk tubuh mereka yang kurus sehingga menampak tulang,sepatutnya kite memanjat rasa kesyukuran di atas segala nikmat yang kite perolehi saat ini...ya Allah,adakah aku terglong dalam hamba yang kurang bersyukur?
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
salam 4 ramadhan.Alhamdulilah,masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan ini yang penuh ganjaran pahala.
semalam,selepas mengerjakan solat berjemaah dengan encik suami..sesuatu idea datang mencurah2 di fikiranku.Sengaja nak kongsikan dengan korang...maaflah..kalau tak berapa nak best.^______________~~
korang baca tajuk kali ini..mesti rase macam tak berapa nak faham kot kan..aku pun rase macam tak faham tetapi aku cube untuk faham(hihihih)

mari lah kite renungi sejenak tentang diri kita yang terlalu biasa melakukannya..



  • masa bulan ramadhan..kite boleh hafal waktu untuk solat terutamnya solat maghrib(mesti wajib tahu punyer kan.)
  • waktu bulan ramadhan,kite boleh bangun di awal pagi.Untuk si isteri pasti bangun lebih awal untuk menyediakn juadah bersahur.
  • orang kata,masa bulan puasa ini lah kite boleh berjimat duit belanja..tapi kenapa masa pergi bazar ramdhan,kite membeli seperti macam tak jumpa makanan 10 hari?
  • menjadi kebiasaan,kite lebih memilih untuk mendengar lagu raya disaat bulan ramadhan masih ada dari mendengar lagu2 nasyid berkenaan ramadhan ...
  • di awal ramdhan.penuh masjid dengan jemaah untuk solat terawih..tetapi kenapa masa dihujung ramadhan semakin berkurang jemaah?
  • kite akan berkeluh kesah saat ramadhan datang kerana ia akan membantutkan segala aktiviti biasa yang kite buat pada bulan2 lain
  • kite mampu membaca alquran ..sampai berhelai-helai muka surat malah habis 1-2 juzuk dalam 1 hari ketika berpuasa namun kenapa masa di bulan biasa kite susah lah sangat ..nak bukak alquran?
  • pada bulan ramdhan dan syawal..anak2 yatim dirai dengan pelbagai aktiviti seperti majlis berbuka puasa,duit raya dsb ..namun kenapa pada bulan2 biasa kite seolah mengabaikan mereka?
  • anda berpuasa namun anda berbuka dari sumber yang haram(nauzubillah)
  • anda berpuasa namun tidak solat?anda berpuasa namun masih mengata keaiban orang lain?anda berpuasa selama 30 hari namun kenapa masih tiada perubahan selepas ramadhan?
  • anda berpuasa tetapi berbuka puasa dengan si kekasih hati(nampak biasa tapi..renungi di sebaliknya)
  • anda berbuka puasa sehingga tidur kekenyangan..tertinggal solat maghrib/lewat mengerjakan solat 
  • di siang hari,anda lemah ..seakan tidak bermaya..kerana memberi alasan(aku sedang berpuasa)
  • Ramadhan yang datang silih berganti namun anda menganggap ia adalah bulan membebankan ..namun sebenarnya terselit 1001 keberkatan.(special gift from Allah to us)
  • dengan berpuasa ..kite boleh mendidik diri kite untuk menjadi lebih sabar namun kenapa sifat mahmudah itu seolah tiada langsung dalam diri kite?
  • pada bulan ramadhan kite boleh TADARUS..tapi kenapa kite memilih untuk TIDOTERUS?
  • Marilah kite membetulkan niat anak2 kite yang baru nak belajar berpuasa,jangan kite ajar mereka bahawa ada ganajaran dengan berpuasa.contohnya:1 hari puasa RM5.Didiklah mereka berpuasa kerana Allah swt.
  • orang yang merindui ramadhan akan menangis saat ramadhan pergi (insyaAllah moga kite tergolong dalam golongan ini..bimbang masihkah ada ramadhan untuk kite lagi?)
  • kite mengambil mudah untuk bangun sahur.** tak bangun pun tak pe**.(tahukah kalian semua..sahur adalah membezakan puasa kite dengan orang yahudi)
  • kite berpuasa namun apa yang kite dapat..di akhirnya..cuma LAPAR DAN DAHAGA...sia2sialah puasa kite itu.
  • bagi wanita di luar sana,anda berpuasa namun aurat masih terbuka(bagaimana dengan pahala puasa anda agaknya?)
  • di bulan ramadhan inilah,kite perlu mencari seberapa banyak kebaikan namun kenapa semakin banyak orang lalai mencari kemurkaan Allah(maksiat semakin berleluasa..)

mari kite hayati bait lirik lagu ini:
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia
Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar
Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...
 minta maaf di atas perkongsian ini..aku hanya ingin menginggatkan diri ku sendiri..yang terlalu cepat lupa dan lemah..moga bermanfaat utk kite semua.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertirumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkanbuah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan airpanas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagalmelahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan sepertitangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuangkelupaan.8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawatradang perut.10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang populardi restoran Itali)12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
okey,hari ini adalah hari apa my dear semua?mestilah hari selasa kan.Oppss..korang dah jawab ke salam diatas?hihih..^^
memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam itu wajib..^_____^V
mesti korang terkezut sampai terpengsan kan kan ..bila masuk blog ini kan.yeyy...aku suke.aku amat lah suka tukar-tukar design blog aku.ikut mood.Kalau aku rase dah jemu ..aku tukar lah.(membuang masa ,huh!)
nak cerita sikit la,semalam aku g check tahap kesihatan blog aku yang dulu tukat SINI( ingat tak blog aku yang dulu-dulu tuh?).tengok gambar
v
v
v
v

terpaksa ..meninggalkan kamu..huuhu
terkejut sebenarnya..apabila tool itu kabo(die tulis die tak cakap)hihih..
YOUR BLOG IS SLOWER THAN 79% of all tested websites

Sedey,,sebab die keluar gitu..

dapat idea..terus.toink toink!!!
Apakah idea itu??idea itu ...ialah dengan menukar blog 100%(betul ke tindakan aku ini?).kalau dulu aku pakai SIMPLE TEMPLATE..la ni gatai tangan guna DENIM TEMPLATE..so,memang best sangat..apabila dah siap semua..hasilnya tidak lah seberapa:
v
v
v
v
alhamdulilah..berjaya jugak siapkan^______^
selepas itu,aku pun dengan tidak sabarnya pergi membuat pemeriksaan kesihatan bagi blog baru aku ini.hihihih.nak tahu tak apakah hasilnya?

baca tulisan wane kuning itu(teruja..teruja ..wink wink)
keterujaan aku meningkat..APABILA..jeng jeng jeng..
aku cek berat blog aku ialah ..
walaupun mencapai sehingga 104.78kb..tp aku rase nak kurang kan ..berat blog nie( ceh,macam nak turunkan berar badan la pulak)
  • okeylah,itu sahaja la yang hendak aku kongsikan pada hari ini.mari semua kite meringankan blog masing-masing.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

nampak tak keterujaan aku..?hihihi
ok..apa khabar semua?sihat ker?aku alhamdulilah sihat.>________<ok lah,hari ini aku nak share something.sebenarnya..sebenarnya..aku ada jumpa sesuatu cara untuk menjana pendapatan anda melalui online je.Tambah-tambah jika korang aktif blogging..pun boleh mengambil peluang ini.mari-mari aku kongsikan dengan korang.(mane tahu boleh menambahkan duit tabung kahwin atau belajar korang kan )..insyaAllah,aku yakin yang ini tiada unsur was-was ..
  • mula-mula korang tahu tak atau pernah dengar tak pasai BLIN.GD?(atau korang memang dah sedia maklum..aku je la kot yang terrlambat tahu..huhuhu)
  • bagi sesiapa yang belum mendaftar,mari ke link SINI
Korang boleh sign in melalui facebook/twitter
  • selepas itu, korang cari perkataan seperti dibawah:Sila lengkapkan maklumat peribadi korang dengan sebaik-baiknya.
selepas habis isi,TEKAN SAVE (sambil2 itu jangan lupe untuk baca DO's& Dont's)
  • selepas itu, cepat-cepat tekan butang HOME.
AKAN KELUAR SENARAI IKLAN


  • Pilih lah iklan yang berkenan dimata dan dihati..tekan SHARE
INSYAAllah,,AKAN keluar macam ini.so,apa lagi korang terus ke STEP 2(rujuk anak panah merah)
boleh pilih sama ada nak SHARE melalui facebook atau twitter.ATAU KORANG BOLEH SCROLL kebawah ada lagi 1 cara untuk share!^^
  • setiap recent earning from campaign, akan terupdate di sebelah kanan profile BLIN.GD tadi.
  • jelas ke dengan arahan di atas?jika tidak jelas..maklumkan kepada aku yer..
  • BTW,ini punyer tuto aku kongsi dari LYSA FAIZUREEN.thanks dear!!
  • okeylah,daaa....

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Aku semalam tengok berita..ada makluman mengenai SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM(SPA)telah membuka peluang kepada para ijazah untuk membuat pemilihan jawatan sebanyak 15 (banyak kan?) kalau dulu.hanya 5 sahaja yang kite boleh pilih.Apalagi aku terus menggapai laptop kesayangan dan membuka akaun SPA permohonan aku( yang dah lama bersarang )..

baca tak yang dalam kotak kuning tu..^^
apabila diberi peluang begini,maka aku dengan tidak sabarnya terus membuat permohonan baru. Kemain banyaknya jawatan.tapi bukan boleh main pilih je ..aku tengok jugak penerangan pekerjaan tersebut.Aku yang memang dari dulu tiada pekerjaan tetap ini tambah tambah selepas berkahwin ikut suami ke labuan..terus susah nak dapat kerja.(adoiiii).Hutang PTPTN masih berbaki lagi..tetapi ku kuatkan semangat untuk berjuang!( sorry la ayat macam poyo jer).InsyaAllah,jika ada rezeki..mana tahu keajaiban dari Nya..aku dapat jugak kerja tetap.Doakan aku yerk..kawan-kawan.
Ya Allah,mudahkan urusan ku di dunia dan akhiratMu..aminn.

BAGI YANG BELUM BERDAFTAR SILA KE SINI.Nanti korang cari butang PEMOHON PEKERJAAN.Kemudian,teruskanlah membuat pendaftaran.Akhir sekali,akan keluar macam summary segala permohonan korang.^^
ini contoh yang aku dapat selepas akhir pendaftaran tadi.Aku harap moga ada yang terlekat..aminn

Ya Allah,limpahkan lah rezeki yang halal kepada ku dan suamiku..aminn
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose