• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

  • gemuk atau berisi?
  • sideincome
  • jemput register
  • PERCUMA!rawatan wajah
  • poster saya?
  • handset impian
  • Fast & Furious 6
masa berlalu begitu pantas sehingga aku tidak sedar bahawa aku telah kehilangan seorang sahabat selama setahun.Pemergian mu ku rasakan hingga ke saat ini.Wajah mu,senyuman mu,kelembutanmu amat sukar untuk ku lupakan.Bagaikan masih segar dikotak ingatan ku dan seolah aku masih belum mampu untuk menyakini hakikat kehilanganmu..buat selama-lamanya.Apakan daya ku inilah kekuasan Ilahi,meminjamkan sesuatu dan bila-bila masa sahaja akan minta dikembalikan.
    Kau adalah sahabat yang paling setia dan memahami aku
    Kau hadir seolah memberi kan aku kekuatan namun hilang disaat aku punya kekuatan sendiri,
    kau mungkin tiada gantinya,
    sehingga ke saat ini,aku masih terkilan kerana tidak dapat menjengukmu buat kali terkahir,
    eleiza,Semoga Allah menempatkan rohmu di kalangan orang2 yang beriman.aminn
    alfatihah
    gadis berwana pink itulah arwah eleiza

    untuk makluman semua,inilah gambar terakhir kami bersama pada sambutan hari raya(2011) di tempat kerja aku,Masa ini arwah telah pun menderita akibat penyakit namun arwah sangat tabah dan kuat sehingga tidak tergambar di wajah arwah kesakitan itu.Arwah masih sudi menemani aku menghadiri majlis ini.Disaat ini aku fikir arwah akan kuat dan sembuh seperti sedia kala.


    terima kasih sahabatku eleiza kerana telah menjadi sahabat yang terbaik selama 25 tahun.Semoga kau tenang disana dan semoga Allah temukan kite di syurga nanti.

    Sayang arwah kerana Allah
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments
    entah kenapa fikiranku melayang mengingatimu sahabatku..Rinduku padamu tidak dapat ku luahkan lagi sendiri kepadamu.Ingin ku hubungi mu, call, msg..tapi baru sedar kite sekrang terlalu jauh.Kita dipisahkan dengan 2 alam yang berbeza.Sahabat,sedang aku mendengar alunan bait-bait lirik lagu sinar kejora zaman...aku teringat kan kamu.Aku sangat merasakan pemergianmu.

    Sukar di cari ganti
    Mekar kasihmu ria
    Segar menghibur hati

    Tak mungkin dilupakan

    Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan

    Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya

    Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu

    Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana

    Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah

    Damailah…bahagialah…bersama kasihnya

    Terasa masih segar gelak tawa, gurauan,senyumanmu.Terasa kau masih disisiku.Hanpir 16 hari pemergianmu..ke alam sana, aku doakan kau tenang dan gembira.Kau sudahpun menemui Ilahi..terlebih dahulu dari ku.Aku terkilan amat tidak dapat melawatmu buat kali terakhir..maafkan aku sahabatku.rase sesal ni masih menghantui aku..malah ingin ku lari mendakapmu buat kali terakhir.
    teringat lagi aku, pada pagi 15hb Mei 2012 aku mendapat msg dr sahabtku..mengatakan pemergianmu.Saat itu aku seakan tidak percaya namun jauh sudut hatiku aku redha pemergianmu..kerna selama hayatmu,kau telah menanggung kesakitan yang amat sangat.Nafas terakhir pergi membawa segala kesakitan yang kau deritai.Saat pemergianmu..aku masih di labuan sementara kau telah pun SELAMAT dikebumikan di Kuala Kangsar.
    Eleiza...izinkan aku untuk mengimbau kembali kenangan persahabatan kite selama hampir 10 tahun.
    Aku tiada kawan rapat selain mu.Kemana ku mahu pergi pasti aku temani malah kemanapun kau mahu pergi aku turut menemanimu.Namun disaat kau ditimpa penyakit itu, kau tak larat nak keluar..kata kau sakit pada tulang belakang..dan sakit sgt.Aku paham dan mengerti malah ketika itu kau juga sibuk dengan rawatan2 untuk penyakit mu itu.Kali terakhir aku menemui mu..pada bulan disember 2011 dirumahmu.Masa tu aku tengok kau dah macam kuat sikit.Senyuman mu masih seperti dulu.Bicaramu pun sudah bnyak.Masa itu aku memanjatkan rasa syukur yang kau sudah sembuh dan aku begitu yakin yang kau akan sembuh:)..tetapi rupanya inilah pertemuan terakhir yang Allah telah aturkan buat kite.:(
    inilah antara HOTSTUFF yang paling kau sayang..VESPA!!

    Kau memang fanatik kan vespa..kan.sampai dalam facebook pun kau letak nama CHENTA VESPA( kau membuat aku tersenyum :)

    PANGGG!!!
    Lamunanku terhenti..Ku pandang kiri dan kanan.Rupanya aku mengelamun lagi..entah kenapa aku tidak jemu mencoretkan sesuatu tentangmu.

    seikhlasnya sahabatku eleiza..moga kau tenang di sana.Alfatihah buatmu..~~

    Allah, aku juga akan kembali menemui MU...

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    10 comments
    air mateKU mula bergenang, tidak sangka..pemergian yang tidak diduga buat selama-lamanya.Kasakitan yang dideritai selama hampir setahun akhirnya hilang semua apabila malaikat maut menunaikan janji kepada KhalidNYA...nama yang indah, seindah wajanya, semurni akhlaknya.ELEIZA BT SUFIAN. Persahabatan di antara kite mengukir sejarah selama hampir 10 tahun..dari sekolah menengah lagi kite di perkenalkan..dan dipisahkan sementara..kerna masing-masing melanjutkan pelajaran..dan jodoh kite memang kuat kerana kasih sayang ini bertaut kembali apabila kite bertemu dan bersahabat baik semula..
    sahabatku..teman yang paling aku sayang..adalah teman aku berkongsi rahsia, kegembiraan, kedukaan, ...kau lah adalah itu.Namun Allah sayangkan kamu...lebih sayangkan kamu..malah di saat hujung akhirnya nafasmu..Allah datangkan penyakit ..yang mana ini adalah tanda kasih Allah kepada Mu...Kau pergi dengan segala kafarah dosa yang telah terhapus dengan dugaan penyakit itu..yakin lah syurga sedang menanti tetamu istemewa seperti mu, insyaAllah.
    teringat kembali kenangan lama, kau ada mengadu kisah hidupmu..kau ingin bertunang, berkahwin...namun...itu hanya tinggal impian...dan kenangan..iza, aku merinduimu..

    kali terakhir, Allah mempertemukan kite pada seminggu sebelum majlis perkahwinan ku..saat itu, kau sebenarnya menderita.tetapi kau masih mampu tersenyum buat aku. kite tergelak ketawa..aku cukup bahagia..namun itu lah sebenarnya rahsia Allah..aku sedey tidak dapat melihatmu buat kali terakhir..saat pemergianmu..namun aku mendoakan yang terbaik buatmu...dari jauh...

    ingat lagi, ketika hari lahirmu yang terakhir iaitu 25 tahun, aku msg ...aku ucapkan selamat hari lahir sahabatku.namun kau reply pada esoknya..saat itu, kau ada mengatakan penderitaan mu..maafkan aku sahabat..kerna aku kurang mengerti..=(

    maafkan aku,halalkan bicara ku, makan minum ku....

    Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
    Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
    Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
    Kau sahabatku kau teman sejati

    Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
    Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
    Memori indah kita bersama terus bersemadi
    Kau sahabatku kau teman sejati

    Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
    Di saat kau masih diperlukan
    Tuhan lebih menyayangi dirimu
    Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

    Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
    Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
    Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
    Walau ku tahu kau tiada di sisi

    Perjuangan kita masih jauh beribu batu
    Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
    Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
    Bagai semalam kau bersama kami

    Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
    Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
    Moga di sana kau bersama para solehin
    Ku sahabatku kau teman sejati

    ~ALFATIHAH, BUAT ELEIZA~ 
    28/03/1987-15/05/2012
    nota: hidup mati itu rahsia Allah...penyakit hanyalah asbab..namun itu semua kuasa Allah.tiada siapa mampu menidakknya...
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    14 comments
    Older Posts

    About me

    About Me

    Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram
    • Google+
    • pinterest
    • youtube

    Categories

    recent posts

    Sponsor

    Facebook

    Blog Archive

    • April 2015 (13)
    • March 2015 (3)
    • February 2015 (6)
    • December 2014 (25)
    • November 2014 (25)
    • October 2014 (28)
    • September 2014 (25)
    • August 2014 (32)
    • July 2014 (19)
    • June 2014 (10)
    • May 2014 (30)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (10)
    • February 2014 (24)
    • January 2014 (30)
    • December 2013 (14)
    • November 2013 (32)
    • October 2013 (27)
    • September 2013 (9)
    • August 2013 (21)
    • July 2013 (46)
    • June 2013 (51)
    • May 2013 (28)
    • April 2013 (23)
    • March 2013 (37)
    • February 2013 (25)
    • January 2013 (40)
    • December 2012 (23)
    • November 2012 (28)
    • October 2012 (11)
    • September 2012 (21)
    • August 2012 (12)
    • July 2012 (44)
    • June 2012 (31)
    • May 2012 (37)
    • April 2012 (16)
    • March 2012 (10)
    • December 2011 (4)
    • November 2011 (2)
    • October 2011 (14)
    • September 2011 (6)
    • August 2011 (8)
    • July 2011 (9)
    • June 2011 (13)
    • May 2011 (24)
    • April 2011 (9)
    • July 2010 (2)

    Created with by ThemeXpose