• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, sedar tak sedar saya telah berjaya menyusukan Emil secara esklusif selama 1 tahun 9 bulan. Lagi 3 bulan saje yang tinggal sebelum saya berhenti menyusukannya. Banyak tip berguna yang telah diguna pakai untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif tanpa perlu top up dengan susu formula. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain yang mengerti akan kepentingan susu ibu.

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia!!!

Kelebihan menyusukan anak

  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
Sebelum tu kita dengar dulu cabaran ibu ini yang menyusukan anaknya yang lahir pramatang



Untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Jadi, ilmu-ilmu tentang penyusuan adalah perkara wajib yang perlu kita cari sebelum melahirkan anak. Ramai ibu-ibu hanya try and error dan menyebabkan mereka gagal dalam usaha murni ini kerana ceteknya ilmu penyusuan ini.


Tips Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal Dengan Tanamkan Niat Dan Azam
Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu, forum penyusuan susu ibu SusuIbu.Com dan juga babycenter.com boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga
Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Bagitahu pada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula.

4. Persediaan Material
Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, mereka perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Disamping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani
Berdoalah semoga Allah membri kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham konsep demand & supply
Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan berfikiran negatif
Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang mereka dapat menyususkan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi. 

8. Makanan Tambahan
Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. 

Makanan tambahan dapat membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat. Disamping itu memberi tenaga kepada ibu menyusu. Jadi ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak.

Sepanjang saya menyusukan emil, saya amalkan pengambilan vitamin-vitamin seperti dibawah:

makanan tambahan ibu menyusu

1. ESP
Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.

2. Vitamin C
Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.

3. B Complex
Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.

4. Ostematrix
Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.

5. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.

6. Multivitamin Vita-Lea
Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.
Ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ni antaranya testimoni seorang ibu yang dapat hasilkan banyak susu dan boleh buat banyak stok EBM.

Telah ramai ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan ini berjaya menyusukan anak mereka hingga lengkap 2 tahun. Sekiranya anda ingin berjaya seperti mereka boleh hubungi saya seperti di bawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sebelum ni saya ada ceritakan tentang vitamin untuk ibu menyusu. Terdapat banyak pilihan vitamin yang boleh diambil mengikut keperluan dan masalah ibu menyusu tersebut. Ramai yang mempersoalkan keperluan vitamin untuk ibu menyusu. 

vitamin ibu menyusu

Ramai yang kata : "Ibu menyusu tidak memerlukan vitamin atau suplemen, hanya perlukan rangsangan oleh bayi dan kosongkan breast dengan kerap"

Ya, memang betul. Penghasilan susu ibu sangat berkait rapat dengan konsep 'supply & demand'. Semakin banyak susu ibu yang dikeluarkan samada melalui 'direct feeding' ataupun dengan mengepam keluar susu, semakin banyak susu akan dihasilkan. 

Akan tetapi ramai ibu menyusu sering mengadu letih, lesu, stress dan sebagainya. Kita perlu ingat bahawa ibu menyusu perlu menjaga keperluan diri sendiri, bayi dan juga kebajikan terhadap suami. Kan berat tu tanggungjawab mereka!!! Belum masuk lagi menguruskan anak-anak yang masih kecil. Dah kalau ibu pun sering letih dan penat, bagaimana susu nak dihasilkan kerana kita berada dalam keadaan stress dan tidak tenang. 

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya adalah:

  • Ibu tidak menjaga pemakanan. Makan ikut sempat dan ikut sedap saja.
  • Ibu tidak menjaga waktu rehat. Jaga bayi memang tak sempat nak rehat, tapi waktu2 free tak digunakan dengan baik.
  • Ibu kerap merungut dan mengeluh kerana penat menjaga bayi, berfikiran negatif.
  • Ibu hanya suka mengamalkan makanan untuk memperbanyakkan susu daripada makanan seimbang.
  • Ibu hanya fokus kepada anak dan penyusuan, hingga melupakan kebajikan diri sendiri.
Oleh sebab itulah, kami menyarankan ibu menyusu mengambil vitamin untuk ibu menyusu untuk menyokong penyusuan yang berkualiti. Terdapat banyak pilihan vitamin yang boleh diambil oleh ibu menyusu mengikut keperluan dan masalah ibu tersebut. Kepada ibu-ibu yang mempunyai budget yang kecil, anda masih mampu memilikinya. Set Penyusuan budget merupakan set yang mampu dimiliki dan boleh bertahan sehingga 1-2 bulan. Set ini terdiri daripada ESP dan Alfalfa.

1. ESP

ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita.Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.







Menarik tentang ESP:

  • Berfungsi untuk top-up kekurangan protein di dalam diet kita. Walaupun kita makan makanan berprotein seperti ayam, ikan dan daging, kebiasaannya protein tersebut akan terurai apabila dimasak.
  • Disebabkan ESP kaya dengan protein, ia bukan sahaja membanyakkan susu, malah juga membantu mengekalkan tenaga, melambatkan rasa lapar (sesuai untuk mereka yang nak kurus) serta mencantikkan kulit
  • Bukan itu saja, ESP turut menganjalkan payudara :)

 2. Alfalfa
Mempunyai 1001 khasiat, antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).
Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.

Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).
Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.



Jika anda ingin dapatkan SET PENYUSUAN BUDGET, anda boleh pm saya. Harga istimewa beserta tips pemakan vitamin ini dengan cara paling berkesan akan diberikan supaya anda dapat kesan maksimum. Harga istimewa dan tips ekslusif ini khas untuk pelanggan saya sahaja. 

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose