• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.


Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Ini antara sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:
♡ Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
♡ Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
♡ Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
♡ Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
♡ Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Antara fungsi vitamin C Shaklee adalah:
♡ Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
♡ Mencerahkan kulit.
♡ Melambatkan proses penuaan.
♡ Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
♡ Meningkatkan sistem imunisasi badan.
♡ Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
♡ Mengatasi masalah gusi berdarah.


Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Menarik kan vitamin C Shaklee ini? Hah apalagi, marilah dapatkan sebotol. Sebotol ada 180biji, dan tahan untuk kegunaan enam bulan.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sebut saja tentang vitamin C mesti orang kaitkan dengan kecantikan kerana vitamin C telah sinonim untuk memelihara kecantikan kulit. Malangnya, manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C secara semulajadi seperti mamalia yang lain. Kita hanya mendapat vitamin C hanya daripada sumber makanan sahaja. 

Vitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan vitamin C didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan kerana dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama dan juga terdedah pada udara.


Kenapa kita perlukan vitamin C?
Mengawal Jangkitan
Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan. 

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

Asma & Elergi
Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat. 

Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

Serangan Jantung
Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

Stress
Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

Gout
Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

Batu Hempedu
Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

Masalah Penglihatan
Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

Apakah sumber vitamin C terbaik? 
Ya, pastinya dari buah segar misalnya buah oren. Sebiji mempunyai 70 mg vitamin C. Sebenarnya sebiji buah oren telah cukup jumlah minimum vitamin C nya untuk keperluan badan. Namun ada beberapa perkara harus dilihat:
- Oren yang telah dipetik mengalami penurunan jumlah vitamin C.
- Oren yang dijadikan jus hilang kandungan vitamin C

Vitamin C yang terbaik tentunya datang dari bahan semulajadi dan terbaik. Dapatkan vitamin C yang mempunyai bioflvonoid kerana dapat meningkatkan keberkesanan vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.


Dapatkan vitamin C keluaran Shaklee kerana:
  1. Setiap tablet vitamin C bersamaan dengan memakan 7.5 biji buah oren.
  2. Ujian Klinikal membuktikan vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.
  3. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk 'sustained release' iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Setiap satu jam, hanya 100 mg vitamin C akan dilepaskan didalam badan, jadi ia akan bertahan selama 5 jam di dalam badan. Memandangkan vitamin C bersifat larut air, mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi 'sustained release' adalah sangat diperlukan.
  4. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
Dapatkan Vita-C Plus Shaklee sekarang untuk mendapatkan khasiat vitamin C yang terbaik!!!
Hubungi saya untuk maklumat lanjut, dapatkan harga yang istimewa dan khidmat nasihat adalah percuma.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Mual @ susah nak telan ubat dari klinik sewaktu hamil??? Morning Sickness teruk sewaktu hamil??? HB asyik rendah jek masa check up tiap2 bulan??? Tak perlu risau, disini anda pasti akan temui jalan penyelesaiannya… Sebelum tu kita baca dulu testimoni untuk pembaca sekalian…

Ini antara testimoni customer:

" Saya start makan shaklee ni masa mengandungkan anak kedua. Masa mengandungkan anak yang pertama, alahan saya memang teruk, sampai muntah muntah yang kuning tu. Memang pahit sungguh. Saya try makan B-Complex, Vita-C, Vita -lea and Ostematrix. Alhamdulillah kurang sikit Morning Sickness. Yang paling berbeza masa mengandung anak pertama dan anak kedua ni ialah masalah kebas kebas kaki. Memang tiada langsung. Terima kasih kepada kakak saya sebab kenalkan saya dengan shaklee. Ikutkan saya ni memang malas makan ubat, tapi bila dah ada kesan positif Alhamdulillah saya tetap teruskan makan shaklee ni. Sekarang ni pun saya masih teruskan makan Shaklee sebab memang sangat sangat serasi dengan saya. "




Mengandung itu merupakan satu nikmat yang dikurniakan dari Allah swt. Jangan la kita mengeluh, mengadu sakit kerana smua kesakitan itu akan terbalas setelah bayi dilahirkan. Siapa yang tidak mahu anak yang sihat, cantik, dan pintar kan… Jadi, sewaktu hamil, ibu perlu menitikberatkan tentang pemakanan yang diambil. Hal ini kerana anak yang bakal lahir terbentuk dari pemakanan kita. Pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan keguguran & kecacatan pada anak. Makanan tambahan seperti vitamin adalah wajib diambil ketika hamil.

Shaklee ada menawarkan vitamin sewaktu hamil. Dah ramai ibu-ibu yang berpuas hati dengan vitamin hamil dari Shaklee.

Set Vitamin Ibu Hamil – Trimester Pertama
=================================

Dalam set ini terdapat:

**Vitalea (multivitamin with iron), 1 botol, ada 90 biji
**Vit C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji
**Vit B Complex (with acid folic), 1 botol, ada 120 biji
**Ostematrix (Calcium with Magnesium, Vitamin D & more), 1 botol, ada 120 biji

Manakala untuk set kehamilan Shaklee bagi trimester kedua dan ketiga ialah:

Set Vitamin Ibu Hamil – Trimester Ke-2 dan Trimester ke-3
==================================================

**Vitalea (multivitamin with iron), 1 botol, ada 90 biji
**Vit C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji
**Vit B Complex (with acid folic), 1 botol, ada 120 biji
**Ostematrix (Calcium with Magnesium, Vitamin D & more), 1 botol, ada 120 biji
**OmegaGuard (Fish Oil, ada 85%  Omega-3 dalam 1 softgel, lengkap DHA, EPA & ALA)
**ESP (Energising Soy Protein), 1 canister, ada 850 g

Banyaknya nak kena beli??? Mesti anda akan cakap mcm nie kan… jangan risau, sms saya dulu 012-9283726.

ini kerana saya perlu tahu permasalahan anda semua dan bincang mengikut bajet anda juga... mungkin tak semua item anda nak ambil bukan? Ada yang jenis tak suka telan pil... tapi ada yang malas nak bancuh ESP... So terpulang pada anda. Kami sudi membantu!

Kita baca dulu kebaikan vitamin2 nie semua untuk anda dan anak anda.

Vitamin B Complex (1 biji sehari)


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C (1 biji sehari)

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula (1 biji sehari )


Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

OsteMatrix(calcium magnesium) 4 biji sehari


Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Omega 3 (Omega Guard) -1 biji sehari


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Energizing Soy Protein (minum sehari sekali)


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Haa, bila kita dah tau fungsi setiap satu vitamin nie, baru kita lebih faham kepentingannya kan... Sekarang pilihan ditangan anda untuk memilih jenis vitamin yang bagaimana, kerana setiap vitamin ada kelebihan dan kekurangannya. Namun, jika anda mahu memilih vitamin yang lengkap dan menjadi kegilaan semua pada masa sekarang, malah semulajadi, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Mia
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1081104 ]
♥ Contact No :012 928 3726
♥ Emel : salmiahmz@gmail.com
♥ Fb : Jurnal Sihat Cantik

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose