• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hujung bulan nie Emil dah berusia 1 tahun 9 bulan. Dah besar rupanya anak mama. Nak dukung pun dah tak larat. Niat untuk menyusukan badan selama 2 tahun InsyaAllah akan tercapai. Ada masa 3 bulan lagi untuk berikan susu badan pada Emil. Jadi, saya perlu membuat persediaan awal dengan ilmu yang bermanfaat untuk menceraikan susu badan dengan berkongsi tip yang berguna kepada semua supaya dapat bercerai susu dengan mudah. 

Kebanyakan ibu mengeluh kerana proses menceraikan susu badan menjadi sukar apabila anak sudah besar. Pelbagai cara mereka lakukan supaya si kecil tak menyusu lagi. Ada yang meletakkan sesuatu yang masam atau pahit seperti asam jawa, kopi, nescafe, bawang putih atau sirap merah untuk menakutkan mereka supaya mereka berhenti menyusu. Anak tetapi, meletakkan sesuatu pada payudara adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu emosi ibu dan anak sehingga membuatkan bayi tidak menyukai susu ibu.

tip bercerai susu badan

Tips bercerai susu badan

sumber: harian metro

Cara mudah bercerai susu badan:

1. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta. 
Pada ketika anak leka bermain, dia terlupa untuk menyusu. Ibu usah memanggil dan mengajaknya menyusu sebaliknya biarkan dia meneroka dunianya. Walaupun proses ini sangat sukar kerana naluri ibu biasanya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi dengan membiarkan anak tidak menyusu akan menyebabkan ibu risau mengenai kesihatan si kecil. Sekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan atau meminta si comel mengambil air kosong dulu.

2. Berhentikan penggunaan botol dan gunakan bekas air. 
Pada usia bayi lapan bulan, dia sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ia lebih kepada peralihan yang melekakannya, namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari.

3. Penggantian rutin. 
Perhatikan rutin bayi dan cuba gantikan dengan aktiviti berfaedah. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu paling sukar untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan buku atau melihat bintang bersama-sama bapa. Suami juga boleh memainkan peranan dengan membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu daripada ibu.

4. Memendekkan tempoh penyusuan. 
Ibu juga boleh mencuba dengan memendekkan waktu penyusuan. Sekiranya menyusu selama 30 minit ibu boleh memendekkan masa selama 10 hingga 15 minit saja. Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Ibu boleh memujuk anak yang dia hanya boleh minum sedikit saja kerana sudah besar. Tunjukkan contoh abang atau kakak yang sangat baik apabila tidak menyusu.
5. Berikan minuman lain. 
Bagi ibu yang ingin memberhentikan penyusuan seharusnya sudah memikirkan jenis minuman gantian yang akan disediakan. Ibu boleh berikan Mealshake Shaklee berperisa vanilla yang harum dan enak, anak-anak pasti suka. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Kalau sebelum ni anak kita sihat kerana mendapat khasiat dari susu ibu, sekarang anda tidak perlu risau. Insya Allah Mealshake akan membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan, dan memastikan anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, tiap kali anak nak menyusu boleh gantikan dengan Mealshake Shaklee. Macam mana sukatan untuk bancuh Mealshake? Nak tahu? Hubungi saya.
mealshake membantu anak cerai susu

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat kepada ibu-ibu yang berniat untuk menceraikan susu badan dengan anak. Semoga kita berjaya...

Sebarang pertanyaan atau nak order produk Shaklee boleh menghubungi saya seperti dibawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum semua pembaca...

Membuat perniagaan online merupakan salah satu alternatif untuk menambah pendapatan samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Kebanyakkan mereka yang membuat perniagaan online nie terdiri daripada para ibu yang tidak bekerja yang hanya membuat kerja rumah dan menjaga anak. Sesetengah ibu sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga amanah Allah yang tak ternilai nie. Sayu rasa hati bila terpaksa suruh orang menjaga anak sendiri kan. 

Akan tetapi, anak merupakan cabaran yang besar apabila berniaga online. Anak-anak nie pantang tengok kita duduk depan laptop, mesti nak join sama kan. Pantang tengok kita pegang handphone lama-lama kan. 

Kalau jenis anak-anak yang duduk diam tgk ibu buat kerja depan laptop atau guna handphone tak pe la jugak. Masalahnya kalau duk depan laptop tu mesti nak tekan-tekan keyboard jugak. Nak jadi keyboard warrior la katakan. Kalau ibu-ibu pegang handphone, anak pulak nak tengok video atau main game dalam handphone tu pulak. Kalau tak kasi confirm nangis. 

Ape yang berlaku pada ibu-ibu yang berniaga online, camtu jugalah berlaku pada saya. Anak baru sorang dah tak boleh nak kawal kan. Belum lagi anak berduyun-duyun kan. Jadi, saya nak kongsikan tips untuk menguruskan anak-anak dan pada masa yang sama kita boleh bergadgets melalui video ini dulu. Jom kita saksikan...




Semoga kita mendapat tips yang bermanfaat. Walaubagaimanapon, jangan abaikan anak-anak semata-mata kita ingin mengejar kebendaan dan kemahsyuran. Sentiasa pantau perkembangan mereka supaya emosinya tidak celaru kerana ini boleh membuatkan mereka senang untuk memberontak. 

Pada saya, cuba luangkan masa dengan mereka tanpa gangguan gadget yang kita guna untuk berbisnes. Itulah bonding time untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak. Jadi, masa yang terbaik untuk update medium pemasaran kita adalah pada waktu mereka tido. Tak salah kalau kita berkorban masa tido kita demi mereka yang kita sayang.

Untuk berjaga malam, badan mestilah sihat keesokan paginya kan. Oleh itu, pengambilan vitamin untuk menambahkan tenaga adalah penting untuk badan yang tak cukup rehat. Pilihan saya semestinya Multivitamin yang telah lama terbukti berkesan, iaitu Vita-Lea Shaklee.

Pada sesiapa yang ingin tahu tentang Vita-Lea Shaklee boleh hubungi saya seperti dibawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose