• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Masalah anemia atau paras hemoglobin (HB) rendah adalah perkara biasa bagi ibu hamil. Secara purata, lebih kurang 80% ibu hamil mengalami anemia atau kurang sel darah merah. Saya juga pernah mengalami anemia ketika mengandung. Setiap kali ibu hamil ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan, nurse akan mengambil sampel darah di jari atau di lengan untuk mendapatkan bacaan hemoglobin. 

Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hemoglobin untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Akan tetapi, apabila berlaku kekurangan zat besi atau nutrien yang lain, penghasilan hemoglobin dalam tubuh ibu hamil akan terjejas. Ramai para ibu hamil yang memendang remeh terhadap perkara ini. Sekiranya paras hemoglobin sangat rendah, ia mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
anemia
Perbezaan jumlah sel darah merah bagi yang normal dan pesakit anemia


APA ITU HEMOGLOBIN???
Hemoglobin merupakan komponen utama berwarna merah yang terkandung di dalam darah dan berfungsi untuk menyalurkan bekalan oksigen kepada seluruh badan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada semua organ badan bagi fungsi yang optimum.


KESAN KEKURANGAN HEMOGLOBIN
KANDUNGAN KURANG DARI 5 BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika paras darah kurang daripada 11g, kemungkinan jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 - 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


FAKTOR BERLAKUNYA ANEMIA

  • Ibu hamil yang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbangan berikutan masalah morning sickness yang teruk dan berlarutan
  • Ibu yang hamil anak kembar
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • Tabiat pemakanan yang tidak baik
  • Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi
  • Perkara-perkara yang boleh mengganggu penyerapan zat besi secara efektif oleh badan


SIMPTOM-SIMPTOM ANEMIA
  • Keletihan
  • Lemah anggota badan
  • Terasa seakan hendak atau mudah pitam
  • Muka kelihatan pucat & lesu
  • Jantung berdegup lebih kencang dari biasa
  • Loya
  • Sakit kepala & pening
  • Mudah lupa
  • Keradangan pada lidah


CARA MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH
  1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi dalam diet makanan harian seperti daging lembu, daging ayam, kerang, ikan bilis, tauhu, sayur-sayuran hijau.
  2. Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C kerana vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dalam badan seperti buah/jus oren, tomato, kiwi dan strawberi.
  3. Pilih makanan yang kaya dengan asid folik contohnya sayur-sayuran hijau, kekacang, roti dan bijirin.
Berita baik buat anda kerana produk Shaklee iaitu Vita-Lea with Iron Formula adalah multivitamin yang dirumus bersama zat besi. Bukan sahaja sesuai kepada mereka yang menginginkan kesihatan optimum, malah baik untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia. Jangan lupa untuk mengambil Vitamin C bersama, kerana ia membantu penyerapan zat besi dalam badan kita. Elakkan pengambilan kafein kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi.

                                       


Sekiranya anda mempunyai masalah anemia, jangan segan-segan untuk menghubungi saya dan dapatkan harga istimewa


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Gejala 'morning sickness' atau mual dan muntah diawal kehamilan adalah perkara biasa yang dialami oleh para ibu hamil. Kebiasaannya 'morning sickness' ini muncul pada minggu ke4-6 kehamilan dan berterusan hingga maksimum minggu ke-16. Tempoh berlakunya 'morning sickness' adalah berbeza bagi setiap ibu hamil.

atasi morning sickness

Hingga sekarang, sebab berlakunya 'morning sickness' masih belum dikenal pasti. Akan tetapi, para doktor berpendapat 'morning sickness' adalah disebabkan oleh peningkatan hormon yang meningkatkan fungsi deria bau dan menimbulkan rasa loya dan mual. Namun, sekiranya gejala 'morning sickness' yang berlaku adalah berlebihan, maka keadaan ini akan mengganggu aktiviti harian dan akan membuatkan ibu hamil risau akan kandungannya. Hal ini kerana, ibu hamil akan hilang nafsu makannya, namun anak dalam kandungannya memerlukan nutrien yang cukup dari makanan yang diambil oleh ibunya. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi mual dan muntah sewaktu hamil? 

Berikut adalah tips bebas mual di pagi hari bagi ibu hamil :

  • Mengambil biskuit kering di pagi hari dapat mengurangi rasa mual. Dengan memakan biskut setelah bangun dari tidur akan membuatkan asid dalam perut diserap dan mengelakkan rasa mual dan loya.
  • Pilihan air putih panas yang dicampur dengan lemon dapat mengurangi rasa mual di pagi hari. Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
  • Tenangkan diri anda sebelum mengambil sarapan anda. Mencium masakan bagi ibu hamil dapat mengelakkan rasa mual dan muntah. 
  • Menghindari makanan yang boleh membuatkan anda loya yang berempah, berlemak, makan bergoreng, makanan yang pedas dan makanan yang tinggi kandungan asid.
  • Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
  • Elakkan daripada mengamalkan makan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
  • Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
  • Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
  • Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

Pengambilan Vitamin B Complex Shaklee mampu mengurangkan gejala 'morning sickness' kerana mengandungi kesemua vitamin B yang lengkap termasuk vitamin B6 yang akan mengurangkan rasa mual dan muntah.




  1. B complex boleh melegakan mabuk, loya pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin
  2. Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
  3. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan

Sekiranya anda ingin mencuba vitamin Shaklee, boleh hubungi saya untuk mendapatkannya. Aturan cara makan dan konsultansi akan diberikan secara percuma.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose