• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Assalamuaaikum semua...

Jerawat merupakan suatu keadaan dimana ia terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. 

Terdapat pelbagai mitos mengenai jerawat yang perlu kita tahu. Kadang-kadang kita menyalahkan sesuatu tanpa memeriksanya terlebih dahulu. 

MITOS #1
>>>Makan makanan berminyak menyebabkan jerawat
Sebenarnya makanan berminyak sama sekali tidak menyebabkan jerawat, akan tetapi makanan berminyak akan menyebabkan kolestrol tinggi dalam badan dan merupakan faktor kegemukan

MITOS #2
>>> Makan kacang akan menyebabkan jerawat
Masih belum ada kajian dan bukti kukuh yang menyatakan kacang boleh menyebabkan jerawat

MITOS #3
>>> Makan coklat menyebabkan jerawat
Kalau makan coklat biasa memang jerawat akan tumbuh kerana coklat mengandungi kandungan gula yang tinggi. Tetapi dark chocolate tidak membantu pertumbuhan jerawat kerana kurang manis berbanding coklat biasa. Jadi dark chocolate boleh diambil selalu.

MITOS #4
>>> Mencuci muka banyak kali dalam sehari boleh mengurangkan jerawat
Sering mencuci muka akan menyebabkan kulit muka menjadi kering. Minyak-minyak yang semulajadi ada pada kulit menjadikan kulit kita menjadi lembap. Akan tetapi sekiranya kita tidak mencuci muka, minyak banyak terkumpul dalam kulit dan mengakibatkan jerawat mudah naik. 

Cara Merawat Jerawat

OMG!!! Cuba tengok gambar kat bawah nie. Teruja bila tengok perubahan ketara akak nie. Dulu muka penuh jerawat, tapi sekarang dah licin, tone sekata, nampak glowing lagi. Hanya 3 bulan sahaja muka akak nie berubah menjadi labih baik.

cara merawat jerawat

Tips hilangkan jerawat dengan shaklee

Ape yang beliau amalkan?

# ESP 
>>> ESP merupakan sumber protein di mana protein adalah elemen asas untuk kecantikan kulit yang merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, tona kulit menjadi sekata, kepejalan otot dan mengurangkan masalah pigmentasi

# B-Complex
>>> Mengurangkan keletihan dan anti stress, melembapkan kulit, mencegah pigmentasi, menghalang pembentukan jerawat

# Vitamin C
>>> Merangsang pembentukan kolagen yang menghalang kulit cepat berkedut, mencerahkan kulit, antioksidan yang melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang menjadi penyebab utama masalah jeragat, melindungi kulit daripada cepat kusam dan tidak bermaya

# Vitamin E
>>> Melindungi kulit dari sinar ultra ungu, menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel, melambatkan penuaan, mengurangkan kedut dan garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan serta tona kulit tidak sekata.

# GLA Complex
>>> Mengandungi vitamin E dan minyak bunga matahari untuk mencerahkan kulit, membetulkan hormon yang tidak stabil. Hormon tidak stabil juga punca jerawat. Melambatkan proses penuaan (awet muda)

Gabungan kelima-lima jenis vitamin ini membantu mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, berjeragat, dan tona tak sekata.  

Jom cuba!!!
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum semua...

Dotters of Mohd Din Birthday Giveaway

First time join Birthday Giveaway. Masih belum terlambat untuk join. Tarikh tutup sehingga 30 april 2015. Kepada sape yang belum join, jom kite berGiveAway... Saje untuk suka-suka... Mane tahu ada nasib nak menang kan... 

Giveaway 2015

Happy Belated Birthday to Mas and her older sister!!!
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, sedar tak sedar saya telah berjaya menyusukan Emil secara esklusif selama 1 tahun 9 bulan. Lagi 3 bulan saje yang tinggal sebelum saya berhenti menyusukannya. Banyak tip berguna yang telah diguna pakai untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif tanpa perlu top up dengan susu formula. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain yang mengerti akan kepentingan susu ibu.

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia!!!

Kelebihan menyusukan anak

  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
Sebelum tu kita dengar dulu cabaran ibu ini yang menyusukan anaknya yang lahir pramatang



Untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Jadi, ilmu-ilmu tentang penyusuan adalah perkara wajib yang perlu kita cari sebelum melahirkan anak. Ramai ibu-ibu hanya try and error dan menyebabkan mereka gagal dalam usaha murni ini kerana ceteknya ilmu penyusuan ini.


Tips Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal Dengan Tanamkan Niat Dan Azam
Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu, forum penyusuan susu ibu SusuIbu.Com dan juga babycenter.com boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga
Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Bagitahu pada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula.

4. Persediaan Material
Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, mereka perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Disamping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani
Berdoalah semoga Allah membri kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham konsep demand & supply
Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan berfikiran negatif
Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang mereka dapat menyususkan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi. 

8. Makanan Tambahan
Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. 

Makanan tambahan dapat membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat. Disamping itu memberi tenaga kepada ibu menyusu. Jadi ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak.

Sepanjang saya menyusukan emil, saya amalkan pengambilan vitamin-vitamin seperti dibawah:

makanan tambahan ibu menyusu

1. ESP
Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.

2. Vitamin C
Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.

3. B Complex
Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.

4. Ostematrix
Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.

5. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.

6. Multivitamin Vita-Lea
Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.
Ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ni antaranya testimoni seorang ibu yang dapat hasilkan banyak susu dan boleh buat banyak stok EBM.

Telah ramai ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan ini berjaya menyusukan anak mereka hingga lengkap 2 tahun. Sekiranya anda ingin berjaya seperti mereka boleh hubungi saya seperti di bawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hujung bulan nie Emil dah berusia 1 tahun 9 bulan. Dah besar rupanya anak mama. Nak dukung pun dah tak larat. Niat untuk menyusukan badan selama 2 tahun InsyaAllah akan tercapai. Ada masa 3 bulan lagi untuk berikan susu badan pada Emil. Jadi, saya perlu membuat persediaan awal dengan ilmu yang bermanfaat untuk menceraikan susu badan dengan berkongsi tip yang berguna kepada semua supaya dapat bercerai susu dengan mudah. 

Kebanyakan ibu mengeluh kerana proses menceraikan susu badan menjadi sukar apabila anak sudah besar. Pelbagai cara mereka lakukan supaya si kecil tak menyusu lagi. Ada yang meletakkan sesuatu yang masam atau pahit seperti asam jawa, kopi, nescafe, bawang putih atau sirap merah untuk menakutkan mereka supaya mereka berhenti menyusu. Anak tetapi, meletakkan sesuatu pada payudara adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu emosi ibu dan anak sehingga membuatkan bayi tidak menyukai susu ibu.

tip bercerai susu badan

Tips bercerai susu badan

sumber: harian metro

Cara mudah bercerai susu badan:

1. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta. 
Pada ketika anak leka bermain, dia terlupa untuk menyusu. Ibu usah memanggil dan mengajaknya menyusu sebaliknya biarkan dia meneroka dunianya. Walaupun proses ini sangat sukar kerana naluri ibu biasanya ingin menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi dengan membiarkan anak tidak menyusu akan menyebabkan ibu risau mengenai kesihatan si kecil. Sekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan atau meminta si comel mengambil air kosong dulu.

2. Berhentikan penggunaan botol dan gunakan bekas air. 
Pada usia bayi lapan bulan, dia sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ia lebih kepada peralihan yang melekakannya, namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari.

3. Penggantian rutin. 
Perhatikan rutin bayi dan cuba gantikan dengan aktiviti berfaedah. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu paling sukar untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan buku atau melihat bintang bersama-sama bapa. Suami juga boleh memainkan peranan dengan membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu daripada ibu.

4. Memendekkan tempoh penyusuan. 
Ibu juga boleh mencuba dengan memendekkan waktu penyusuan. Sekiranya menyusu selama 30 minit ibu boleh memendekkan masa selama 10 hingga 15 minit saja. Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Ibu boleh memujuk anak yang dia hanya boleh minum sedikit saja kerana sudah besar. Tunjukkan contoh abang atau kakak yang sangat baik apabila tidak menyusu.
5. Berikan minuman lain. 
Bagi ibu yang ingin memberhentikan penyusuan seharusnya sudah memikirkan jenis minuman gantian yang akan disediakan. Ibu boleh berikan Mealshake Shaklee berperisa vanilla yang harum dan enak, anak-anak pasti suka. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Kalau sebelum ni anak kita sihat kerana mendapat khasiat dari susu ibu, sekarang anda tidak perlu risau. Insya Allah Mealshake akan membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan, dan memastikan anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, tiap kali anak nak menyusu boleh gantikan dengan Mealshake Shaklee. Macam mana sukatan untuk bancuh Mealshake? Nak tahu? Hubungi saya.
mealshake membantu anak cerai susu

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat kepada ibu-ibu yang berniat untuk menceraikan susu badan dengan anak. Semoga kita berjaya...

Sebarang pertanyaan atau nak order produk Shaklee boleh menghubungi saya seperti dibawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum semua...

agen shaklee pulau pinang, pengedar shaklee di gelugor pulau pinang

Pengedar Shaklee Gelugor, Pulau Pinang

Untuk makluman semua, saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Gelugor, Pulau Pinang. Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee secara Cash On Delivery (COD) disekitar kawasan Pulau Pinang, anda boleh menghubungi saya di 012-928 3726 untuk membuat sebarang temujanji mengikut tempat dan masa yang sesuai. Anda boleh menggunakan aplikasi whatsapp atau telegram juga untuk menghubungi saya. 

COD secara percuma di sekitar: Universiti Sains Malaysia (USM), Sungai Dua, Sungai Nibong, Bukit Gambir, Queenbay, Giant, Tesco Sungai Dua, Gelugor, Taman Pekaka, Taman Lip Sin, Bukit Jambul, Batu Uban, Vistana Hotel

Saya juga melakukan penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan khidmat GDex atau Pos Laju. Penghantaran akan dihantar terus ke pintu rumah anda dalam masa selama 1-4 hari bekerja.

Antara keistimewaan sekiranya membuat pembelian dengan kami adalah:
  1. Setiap pembelian disertakan bersama konsultasi secara eksklusif & percuma secara berterusan. Selain itu jadual dan cara pengambilan vitamin secara efektif untuk kesan yang optimum turut dikongsikan.
  2. Kami sangat mesra pelanggan, kepuasan anda keutamaan kami. Anda pasti berasa selesa dengan layanan mesra kami. Tak perlu kekok atau malu, masalah anda, masalah kami juga..
  3. Anda akan menerima jemputan eksklusif ke kumpulan tertutup pelanggan kami di Whatsapp
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami sebagai ahli Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee. Ramai yang telah menjana pendapatan sehingga 4 dan 5 angka sebulan dengan Shaklee, dan anda juga mempunyai peluang yang sama. Bertindak sekarang sebelum terlambat.

Dengan niat sambil berniaga sambil membantu sesiapa yang memerlukan.
Jom sertai keluarga Shaklee. Jangan lepaskan peluang ini.

Jika berminat dengan produk kesihatan Shaklee dapatkan segera dengan menghubungi saya sekarang!

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua...

Sudah menjadi kebiasaan semua orang bila demam je mesti telan panadol kan. Atau nama saintifiknya Paracetamol. Bukan setakat demam jek, period pain, sakit sendi, selsema, mesti kita cari penadol kan. Kadang-kadang ambil penadol selalu pun akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita.

bahaya paracetamol, bahaya panadol

Jom kita tengok fakta menarik yang perlu kita tahu tentang paracetamol @ panadol nie:

FAKTA #1
Paracetamol adalah ubat yang berkesan untuk menurunkan suhu badan dalam merawat demam. Ia juga ubat penahan sakit yang agak sederhana kesannya, berbanding dengan ubat penahan sakit yang lain. Secara kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang terbaik untuk mengurangkan untuk merawat demam , tetapi ubat yang sederhana untuk merawat rasa sakit.

FAKTA #2
Selain demam, paracetamol digunakan untuk merawat rasa sakit ketika:
  1. Sakit kepala
  2. Selsema
  3. Sakit badan
  4. Sakit sendi
  5. Senggugut
  6. Sakit gigi
WHO mencadangkan agar ubat paracetamol ini diberikan kepada bayi hanya jika suhunya menngkat melebihi 38.5C. Ini kerana kesan ubat pacetamol pada bayi masih lagi dipersoalkan, malah demam di kalangan bayi lebih sesuai dirawat dengan ubat ibuprofen.

Rujuk: Perrott DA, Piira T, Goodenough B, Champion GD (2004). "Efficacy and safety of acetaminophen vs ibuprofen for treating children's pain or fever: a meta-analysis". Arch Pediatr Adolesc Med 158 (6): 521–6

FAKTA #3
Ubat parectamol boleh diberikan kepada pesakit dalam bentuk:
  1. tablet (pil), 
  2. kapsul,cecair (terutama untuk bayi), 
  3. suppisotory (yang dimasukkan ke dalam dubur), 
  4. tablet mudah larut dalam air (Effervescence)
  5. suntikan sama da dalam bentuk IV (ke dalam saluran darah) atau IM (suntikan ke dalam otot).

FAKTA #4
DOS UBAT paracetamol untuk seorang bayi atau kanak-kanak tidak bergantung kepada umur, tetapi beratnya. Dos yang biasa ialah antara 10-15 mg bagi setiap kilogram berat badan. Contohnya jika bayi yang mempunyai berat 10 kg ia dos yang harus diberikan ialah 150 mg pada setiap kali diberikan. Dos ini (150mg) boleh diambil sekali setiap 6 jam.

Adakalanya doktor meninggikan dos yang diberikan, bergantung kepada penilaian, tapi tidak harus melebihi 90 mg per kilogram dalam sehari.

Kebanyakan kanak-kanak diberi paracetamol dalam bentuk cecair dan sangat penting bagi ibubapa untuk memeriksa kekuatan dos setiap ubat yang diberikan kerana ia berbeza-beza. Kekeliruan mungkin timbul apabila kita mahu berikan ubat pada anak kita. 150mg berbeza dengan 150ml. Kebanyakan ubat paracetamol dalam bentul cecair di Malaysia dijual pada dos 100mg/ml, 150mg/ml dan 250mg/ml.

Jadi, jika kekuatan dos pada botol ubat parasetamol adalah 100 mg / mL maka jika bayi kita mempunyai 10 kg bayi memerlukan 150mg setiap kali diberikan ubat, tetapi diterjemahkan dalam 1.5 mL. Maksudnya kita berikan 1.5mL ubat paracetamol yang mempunyai kekuatan dos 100mg/mL bagi bayi kita yang mempunyai berat 10kg. Jika keliru, harus berbincang dengan doktor dan pegawai farmasi untuk mengelakkan kekeliruan.

FAKTA #5
PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

  1. PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.
  2. PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.
  3. PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.
  4. PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.
  5. PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.
  6. PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk pernyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

FAKTA #6
"Doktor, bolehkah Paracetamol yang dimakan akan tersimpan di dalam tubuh?"

Selepas paracetamol ditelan, bahan aktifnya dicernakan di dalam perut dan diserapkan ke dalam salur darah. Seterusnya paracetamol dimetabolismakan (atau ditoksifiakasikan kepada bahan yang lebih ringkas) di dalam hati.

Dalam hati, metabolisme paracetamol dilakukan dengan tiga cara.
  1. Sebahagian besarnya (50%) menjalani proses "glucuronidation"
  2. Sebanyak 30% lagi menjalani proses "sulfat conjugation"
  3. Selebihnya (20%) menjalani proses "N-hydroxylation, dehidration"dan GSH conjugation"

Jika pengambilan paracetamol dilakukan dalam dos yang tinggi, metabolisme cara1 dan 2 yang lebih selamat menjadi tepu. Proses metabolisme paracetamol akan dilakukan dengan cara 3, menyebabkan lebih banyak bahan sebaik NAPQI yang toksik pada hati dan buah pinggang terhasil.

Bagi mengurangkan kesan toksik pada buah pinggang dan hati, paracetamol harus diambil dalam kuantiti dos yang kecil dan selamat, dan ia harus diambil dengan meminum air yang banyak.

credit
Berhati-hatilah mengambil ubat untuk melegakan penyakit yang dialami. Kadang-kadang kita sambil lewa jek dengan keadaan badan kita. Ingatlah bahawa sihat itu nikmat. Bila-bila masa saja nikmat kesihatan kita boleh ditarik. 

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Korang Stress??? 

Stress di tempat kerja, stress di rumah, stress dengan orang sekeliling!!!
Dunia sekarang penuh dengan masalah. Adakah masalah yang menyebabkan korang stress???



OK, sekarang cuba berhenti sekejap. Tenangkan diri... Sekarang pejam mata... Tarik nafas dalam-dalam... Hembus... Cuba ulang dua tiga kali...

Rasa sedikit ok???

Stress nie kalau berlebih-lebihan boleh mendatangkan macam-macam penyakit. Ini kerana emosi kita tak terkawal. Kalau kita terlalu stress, kita asyik nak marah-marah kan... 

Terdapat banyak cara untuk mengatasi stress. Kenali punca stress dan cuba elakkan daripada terjadi stress. Kita sebagai orang islam perlulah berpegang pada asas ajaran kita. 

Antara tips yang dapat dikongsi untuk mengatasi tekanan adalah:

Mengingati ALLAH S.W.T
Kita sebagai hamba yang taat harus selalu mengingati pencipta kita. Tak kira dalam keadaan senang atau susah. Ada banyak cara untuk kita mengingati ALLAH S.W.T salah satunya adalah dengan zikir.

Membaca Al-Quran
Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan kahsiat Al-Quran itu cukup banyak. Jadi jika amalkan sentiasa membaca Al-Quran, agar jiwa kita sentiasa rasa tenteram. Sambil itu kita dapat menbersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan ALLAH S.W.T.

Berdoa Agar Beban Kita Diringankan
Doa adalah senjata kita orang mukmin. Hanya kepada tuhan sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan. Apabila kita stress, rasa terbeban, kita berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Semoga termakbul doa kita dan dapat menhilangkan rasa stress kita.



Selain itu kita boleh mengamalkan pengambilan Vitamin B- Complex untuk mengurangkan stress. Ini kerana B-Complex dapat meningkatkan kualiti nutrisi pemakanan dan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. 

Vitamin B Complex Shaklee adalah gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada :
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

KELEBIHAN B-COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
3. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
4. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
5. Mencegah stress.
6. Menguatkan antibodi tubuh.
7. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
8. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
9. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
10. Mencegah anemia.


Untuk dapatkan vitamin B-complex atau vitamin shaklee yang lain boleh hubungi saya seperti dibawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum semua pembaca...

Membuat perniagaan online merupakan salah satu alternatif untuk menambah pendapatan samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Kebanyakkan mereka yang membuat perniagaan online nie terdiri daripada para ibu yang tidak bekerja yang hanya membuat kerja rumah dan menjaga anak. Sesetengah ibu sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga amanah Allah yang tak ternilai nie. Sayu rasa hati bila terpaksa suruh orang menjaga anak sendiri kan. 

Akan tetapi, anak merupakan cabaran yang besar apabila berniaga online. Anak-anak nie pantang tengok kita duduk depan laptop, mesti nak join sama kan. Pantang tengok kita pegang handphone lama-lama kan. 

Kalau jenis anak-anak yang duduk diam tgk ibu buat kerja depan laptop atau guna handphone tak pe la jugak. Masalahnya kalau duk depan laptop tu mesti nak tekan-tekan keyboard jugak. Nak jadi keyboard warrior la katakan. Kalau ibu-ibu pegang handphone, anak pulak nak tengok video atau main game dalam handphone tu pulak. Kalau tak kasi confirm nangis. 

Ape yang berlaku pada ibu-ibu yang berniaga online, camtu jugalah berlaku pada saya. Anak baru sorang dah tak boleh nak kawal kan. Belum lagi anak berduyun-duyun kan. Jadi, saya nak kongsikan tips untuk menguruskan anak-anak dan pada masa yang sama kita boleh bergadgets melalui video ini dulu. Jom kita saksikan...




Semoga kita mendapat tips yang bermanfaat. Walaubagaimanapon, jangan abaikan anak-anak semata-mata kita ingin mengejar kebendaan dan kemahsyuran. Sentiasa pantau perkembangan mereka supaya emosinya tidak celaru kerana ini boleh membuatkan mereka senang untuk memberontak. 

Pada saya, cuba luangkan masa dengan mereka tanpa gangguan gadget yang kita guna untuk berbisnes. Itulah bonding time untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak. Jadi, masa yang terbaik untuk update medium pemasaran kita adalah pada waktu mereka tido. Tak salah kalau kita berkorban masa tido kita demi mereka yang kita sayang.

Untuk berjaga malam, badan mestilah sihat keesokan paginya kan. Oleh itu, pengambilan vitamin untuk menambahkan tenaga adalah penting untuk badan yang tak cukup rehat. Pilihan saya semestinya Multivitamin yang telah lama terbukti berkesan, iaitu Vita-Lea Shaklee.

Pada sesiapa yang ingin tahu tentang Vita-Lea Shaklee boleh hubungi saya seperti dibawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Bismillah dan assalamualaikum wbt.

Rasanya inilah kali pertama buat tahun 2015 saya menganjurkan semula segmen.Agak lama menyepi bukan lupa tetapi muhasabah diri(hihihihii)

Tujuan segmen ini:

  • Menambahkan lagi kenalan
  • Memohon pendapat uols bagi saya memperbaiki blog mana yang kurang atau perlu di buang
  • dan last sekali ...untuk happYy...yeaya..



  • Pastikan ada blog dan follow blog saya(saya akan follow semula )
  • Like my fanpage(di sidebar)TQ!~
  • Buat entry tajuk:SEGMEN:SAYA SAYANGKAN BLOG SAYA!
  • Copy yang ini dan pastekan dalam entry korang
  • dan jangan lupe..Dalam entry itu,korang tulis apa yang saya perlu perbaiki dalam blog nie(yang penting nak jujur dari hati tak kisah -ve pun) dan harapan korang pada blog korang sendiri jugak~
  • Submit url entry korang  dan nyatakan followers yang keberapa dalam kotak komen ni k.
dan saya mencari 5 entri yang terbaik dan menusuk kalbu..
hahaha..dan pemenang yang bertuah akan dapat hadiah ..

Ada hadiah tau tapi simple je la...:

RM5 bagi 5 orang !


Tarikh :7/4/2015 hingga 7/5/2015
sebarkan dan jemput kawan2 untuk turut serta k..!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua...

Kenapa kena ambil vitamin dalam kehidupan seharian kita??? 
Penting ke ambil vitamin tiap-tiap hari??? 
Itulah pertanyaan yang sering diajukan kepada saya. Ramai yang mempertikaikan kenapa mereka perlu mengamalkan pengambilan vitamin ini. Mungkin bagi mereka, kesihatan adalah tidak penting bagi mereka. Dulu-dulu takde pun vitamin-vitamin nie kan. Kenapa sekarang perlu ambil vitamin bagai???



Teruskan membaca dibawah nie sekirannya anda masih teragak-agak untuk mengambil vitamin sebagai makanan tambahan. 

PERTAMA:
Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Sekarang kita kena ubah mentaliti kita bahawa pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan harian bukanlah sesuatu yang membazirkan malah boleh meningkatkan kesihatan kita. Berdepan pula dengan situasi negara moden sekarang yang penuh dengan pencemaran, aktiviti harian yang padat sehinggakan badan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi dan menyebabkan kita senang untuk mendapat penyakit.

Saya memilih SHAKLEE sebagai supplement saya kerana ia semulajadi, selamat dan berkesan..anda bagaimana..????

Dan antara sebab kenapa perlu pilih Shaklee:

Sentiasa Selamat
Di Shaklee ada lebih daripada 80000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen. Di Shaklee, kita tak main dengan paraben, Bisfenol - A, peluntur, perisa tiruan, pewarna tiruan, lemak trans dan bahan larangan lain.

Sentiasa Berkesan
Di Shaklee, lebih USD300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk. Bahan2 yang digunakan adalah semulajadi dan paling halus dan tulen. Kalau korang nak tau, 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlet yg menggunakan produk Shaklee.

Sentiasa Mesra Alam
Di Shaklee, kita menggunakan produk mesra alam yg benar2 selamat untuk korang, keluarga, rumah dan juga bumi. Shaklee sendiri adalah peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yg mesra alam.


Nak tahu lebih lanjut tentang vitamin shaklee, boleh hubungi saya seperti dibawah.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... saya masih diberi kesempatan waktu untuk berkongsi maklumat dengan anda semua. Semoga perkongsian ini membuatkan anda lebih sihat dan dapat hidup dengan gembira disamping dapat melakukan ibadah dengan sempurna.

Makanan tambahan ALFALFA Shaklee... diperbuat daripada tanaman alfalfa (Medicago sative) yang ditanam secara organik yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos sebagai baja. Alfalfa juga dikenali sebagai raja segala tumbuhan. 

 Ramai yang tak senang duduk bila tidak mengambil alfalfa kerana alfalfa mempunyai banyak sangat kelebihannya. Jom kita lihat apakah keistimewaannya...




Antara 19 Khasiat Alfalfa: 

  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint) 
  5. Memberi kelegaan semasa haid. 
  6. Merawat arthitis 
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema 
  8. Merawat asma 
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik 
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
  11. Meneutralkan asid dalam badan 
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita 
  13. Membesar dan menegangkan payudara 
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri @ sebagai perapat
  15. Memulihkan urat selepas bersalin 
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  17. Meningkatkan stamina seorang suami 
  18. Melegakan sembelit 
  19. Milk Booster bagi ibu menyusu

Dan sekiranya anda tersenarai dalam list dibawah, anda wajib mendapatkan Alfalfa sekarang!!!


Sebelum mengakhiri perkongsian ini, kita layan dulu testimoni ibu menyusu ini dimana beliau mendapati bahawa dengan pengambilan alfalfa, susu badannya makin bertambah dan dapat menyusukan anaknya dengan jayanya. Anda tak nak ke susukan anak anda dengan susu sendiri yang ternyata lebih berkhasiat daripada susu formula. Fikir-fikirkan...



AWAS! ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE, IBU MENGANDUNG, IBU YANG MENYUSUKAN ANAK G6PD & PESAKIT TALASEMIA.

Jom dapatkan Alfalfa sekarang...


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose