• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Pages

  • Home
  • FORMAT LAPTOP/KOMPUTER
  • Q LIST
  • VALUE RM80
  • _Style
Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

K

Kisah Sang Kasut
oleh Penulis Muhammad Mat Yatim

Suatu hari, saya ke kedai kasut. Hajat hati, mahu tukar kasut yang koyak. Jumpa yang berkenan, saya terus pakai. Kasut koyak, saya campak ke dalam bakul sampah di kedai itu juga. Memang saya sayang sangat kasut itu. Dua tahun kasut yang saya beli dengan harga separuh itu saya pakai. Mahunya tidak koyak, hampir setiap hari saya lanyak.
kasut koyakUsin Misai, tukang kasut di Bandar Tasik Puteri, Rawang sudah berkali-kali suruh saya beli kasut baru kerana katanya, sudah tidak ada tempat lagi untuk dia jahit setiap kali saya hantar kasut itu untuk dibaiki. Kali ini, saya terpaksa ikut nasihat Usin Misai kerana katanya, kalau saya hantar juga lagi, dia tidak mahu jahit walau berapa pun upah.
kasut2
Dengan hati yang tidak begitu rela, kasut itu terpaksa saya ‘bakulsampahkan’ juga. Dengan kasut baru, saya melangkah ke kaunter untuk bayar harganya. Alamak! Baru saya sedar, wang dalam dompet tak cukup, sedangkan kasut baru sudah saya pakai. Saya memang tidak ambil endah berapa wang yang dibawa kerana setelah sedar hanya tinggal beberapa keping, baru saya ke ATM.
Saya hulur kad kredit, ditolak si juruwang dengan alasan ‘urus niaga tunai sahaja’.
Tebalnya muka hanya Tuhan yang tahu. Saya pun melangkah ke arah tong sampah, keluarkan semula kasut koyak yang dibuang tadi, dan saya pakai.
Dalam hati berkata-kata: “Kuat juga jodoh kita ya kasut koyak!”
Sesudah itu, kasut baru yang saya pakai, saya masukkan semula ke dalam kotak. Semuanya saya buat sendiri. Si gadis juru jual seperti mengejek: “Apa kena orang ni? Datang beli kasut bawa duit tak cukup!”
Saya pura-pura tanya, di mana mesin ATM yang terdekat, semata-mata untuk tutup malu.
Kemudiannya, saya datang datang semula ke kedai itu, bayar harga kasut baru, terus pakai. Kasut koyak kena buang juga akhirnya.
Mujurlah berakhir setakat itu sahaja. Katakanlah, ini pula yang berlaku:
Setelah kasut koyak saya buang, ada pekerja pembersihan datang pungut sampah itu, masuk guni dan bawa pergi. Tersedar wang untuk harga kasut tidak cukup, saya kejar pemungut sampah itu. Kerana hendak cepat, saya terlupa buka kasut baru yang saya pakai.
Jurujual itu pula menjerit: “Pencuri! Pencuri!”
Pengawal tangkap saya dan dibawa ke balai polis. Terpaksa tidur lokap. Tiba harinya, saya dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah kerana curi kasut. Esoknya surat khabar pun siarkan berita bergambar ‘PENULIS DIPENJARA CURI KASUT RM150′.
Terpampang gambar saya diiringi polis, tangan digari. Oleh kerana berstatus banduan, saya dibuang kerja oleh majikan. Sejak itu, hidup saya terus melarat hingga ke akhir hayat.
Ini bukan mustahil meskipun asbab permulaannya hanya tidak bawa wang yang cukup untuk beli kasut. Saya terfikir insiden sekecil itu pun menyimpul seribu satu iktibar untuk direnungi.
Pertama, untuk lakukan sesuatu, perlu timbang soal kemampuan. Selepas itu, baru buat keptusan. Kedua, buat persiapan. Jika tidak ada persiapan, masalah yang tidak sepatutnya timbul pun boleh berlaku. Ini yang saya ‘kantoi’ kerana tidak menyediakan wang yang cukup dalam dompet ketika ke kedai kasut. Ketiga, kerana terlalu ‘mengejar’ yang baru, kita mudah sahaja buat keputusan untuk buang apa yang ada walaupun banyak jasanya kepada kita.
Semoga bermanfaat kepada semua...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SEMBELIT...


Setiap orang pernah mengalami sembelit. Kanak-kanak, remaja, ibu hamil, ibu berpantang, orang tua, semuanya pernah mengalaminya. Yang membezakannya adalah teruk ke tak teruk jek. Kalau yang teruk tu sampai boleh menyebabkan buasir pulak. Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis.

Haa, bagi ibu berpantang, pasti fobia untuk ketandas selepas bersalin kan??? inilah salah satu sebabnya. SEMBELIT!!! 

Nak diceritakan, saya pun pernah melalui perkara ini sewaktu berpantang anak pertama. Sampaikan anak kat luar dah meraung kelaparan sebab saya lama sangat duk dalam toilet tu hanya kerana sembelit. Haru biru sekejap waktu tu. Orang kat luar pun dah pelik knapa lama sangat duk dalam toilet kan. Al maklum lah melahirkan anak pertama, tak sangka pulak boleh kena sembelit. Takde pun lah ambil ubat ke ape ke.

Yang paling merisaukan apabila kena sembelit adalah bila nak meneran untuk keluarkan najis. Risau jahitan sewaktu bersalin akan terkoyak. Kalau terkoyak kena jahit semula, confirm la sakit. Mesti rasa serik nak dapat anak lagi kan.

Sebelum saya nak cerita panjang lebar tentang cerita sembelit saya nie, kita layan video dulu. Video ini adalah antara pengalaman ibu berpantang yang mengalami sembelit yang teruk. Dan beliau ada RAHSIA untuk mengelakkan sembelit. Kalau lah saya tahu RAHSIA nie dari awal, mesti saya tak perlu mengalami keperitan untuk membuang air besar dulu. Kita lihat apa yang diperkatakan oleh Pn Khadeejah Hasmad. 

RAHSIA PERLU DIBONGKARKAN....  

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Dah tonton video nie? 

Yea, Pn Khadeejah Hasmad telah mengambil makanan tambahan dari Shaklee. Beliau mengamalkan set berpantang Shaklee iaitu ESP (Energizing Soy Protein), Vita-Lea, Zinc complex, Alfalfa dan yang paling penting OsteMatrix. Zaman moden sekarang, kebanyakan ibu berpantang dah tak boleh nak mengambil jamu dek rasa yang kurang kena dengan tekak kita.

Untuk mengetahui vitamin untuk berpantang dari Shaklee dengan lebih lanjut, klik SINI

Tapi yang paling penting buat mereka yang sembelit adalah OsteMatrix Shaklee. OsteMatrix merupakan sumber kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D, Boron dan beberapa mineral penting untuk mengatasi masalah sembelit. Kalsium membantu regangan muscle menjadi lebih fleksibel dan najis menjadi lembut, seperti kata Pn Khadeejah Hasmad diatas. 

Selain itu kalsium membantu menghilangkan sakit pinggang dan kebas-kebas yang sering berlaku pada ibu-ibu sewaktu berpantang dan menyusukan anak akibat kekurangan kalsium. OsteMatrix juga bagus untuk tulang. Semua peringkat umur boleh mengamalkannya. 

Jom dapatkan OsteMatrix atau vitamin Shaklee yang lain melalui saya.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sempat juga saya meluangkan sedikit masa untuk membersihkan blog yang dah kusam nie. Tak sempat nak menulis di sini.

Pagi tadi sempat saya study kejap tentang soya. Ermmm, rupa-rupanya banyak lagi yang saya tak tahu tentang soya, dan mungkin anda juga tak tahu tentang soya nie. Nak saya kongsikan tak??? Selalunya kita asyik duk minum jek kan air soya, tapi kita tak tahu pun bagus ke tak air soya tersebut.

Fakta yang perlu kita tahu, kebanyakan soya ditanam di US. Ada tak soya ditanam di Malaysia??? Ermm, belum ada lagi kot. Dan yang paling memeranjatkan lebih 90% soya yang ditanam disana adalah GMO. Haa, tahu tak ape itu GMO???


GMO, Genetically Modified Organism, secara ringkasnya adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Contohnya, dalam pengubahsuaian genetik tumbuhan, para sainstis akan mengeluarkan satu atau lebih gen dalam DNA organisma lain seperti bakteria, virus, atau haiwan, dan menggabungkannya semula kedalam DNA tumbuhan yang ingin diubah. 

Contohnya, gen dari bakteria Bacillus Thuringiensis, Bt telah dipindahkan kedalam DNA jagung. Gen Bt merupakan protein yang membunuh serangga perosak. Jadi, dengan memindahkan gen Bt ke dalam jangung akan membolehkan pokok jagung tersebut akan menghasilkan racun perosak sendiri. 

Kenapa GMO nie bahaya???
Masalah utama produk GMO ini adalah apabila gen lain dimasukkan kedalam DNA sesuatu tumbuhan, para saintis tidak tahu pengubahsuaian gen tersebut berlaku dimana. Ini mungkin akan mengganggu fungsi gen yang lain dan menghasilkan protein baru yang tidak pernah ada dalam tumbuhan dan berkemungkinan akan menghasilkan toksin dan allergi dalam makanan. 

Antara keburukan produk GMO adalah:

1. Keselamatan produk GMO tidak disahkan lagi.
Boleh dikatakan sebenarnya kita adalah “tikus makmal” untuk menguji keselamatan teknologi GMO itu sendiri. Ini adalah menyedihkan tetapi benar. Makanan GMO yang dimakan setiap hari tidak mempunyai kajian menyeluruh mengenai ancamannya yang berpotensi ke atas kesihatan manusia .
2. Bahan-bahan yang diubahsuai secara genetik boleh menyebabkan kanser.
Perunding histopathologest di Aberdeen Royal Infirmary , Dr Stanley Ewen , menimbulkan kebimbangan bahawa makanan dan air yang tercemar dengan bahan genetik boleh meningkatkan pertumbuhan tumor malignan apabila diambil oleh manusia.
3. Ia boleh menimbulkan wabak alahan baru pada manusia.
Telah didapati bahawa kacang soya GMO yang mengandungi protein kacang Brazil menyebabkan alahan kepada manusia dan telah ditarik balik dari pengeluaran.
4. Kesan buruk ke atas sistem imun .
Satu kajian pada 2008 menunjukkan bahawa memberi tikus makan makanan berGMO 30 hari menyebabkan reaksi terhadap siatem imun. Ini kerana terdapat perubahan pada bilangan sel yang mengawal selia fungsi imun dalam badan.

Akan tetapi, masih terdapat inisiatif sesetengah pihak untuk menghasilkan makanan Non-GMO, iaitu sumber makanan yang tidak diubah genetiknya dan kebanyakannya ditanam secara organik. Identity Preservation Program (IPP) merupakan satu program dimana mereka penghasilkan protein daripada soya Non-GMO, dimana kacang soya ini dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah kesaat pemprosesannya.

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga proses penyimpanannya. Jadi untu memilih makanan yang baik, haruslah kita tahu dari mana sumber makanan tersebut.

Dan yang menggembirakan, Shaklee telah menggunakan soya Non-GMO untuk menghasilkan Protein soya di dalam produknya ESP, Soy Isolate Protein. 

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
ESP sesuai untuk seisi keluarga anda seperti: 
  1. Orang yang ingin kekal sihat.
  2. Orang yang ingin cantik dan tampak muda sebelum usia
  3. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
  4. Kanak-kanak bersekolah.
  5. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak.
  6. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  7. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik.
  8. Ahli sukan dan bina badan
Pada mereka-mereka yang tersenarai diatas, boleh dapatkan ESP dari saya. Konsultasi percuma diberikan.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
FB : Salmiah Md Zain

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • April 2015 (13)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (6)
  • December 2014 (25)
  • November 2014 (25)
  • October 2014 (28)
  • September 2014 (25)
  • August 2014 (32)
  • July 2014 (19)
  • June 2014 (10)
  • May 2014 (30)
  • April 2014 (4)
  • March 2014 (10)
  • February 2014 (24)
  • January 2014 (30)
  • December 2013 (14)
  • November 2013 (32)
  • October 2013 (27)
  • September 2013 (9)
  • August 2013 (21)
  • July 2013 (46)
  • June 2013 (51)
  • May 2013 (28)
  • April 2013 (23)
  • March 2013 (37)
  • February 2013 (25)
  • January 2013 (40)
  • December 2012 (23)
  • November 2012 (28)
  • October 2012 (11)
  • September 2012 (21)
  • August 2012 (12)
  • July 2012 (44)
  • June 2012 (31)
  • May 2012 (37)
  • April 2012 (16)
  • March 2012 (10)
  • December 2011 (4)
  • November 2011 (2)
  • October 2011 (14)
  • September 2011 (6)
  • August 2011 (8)
  • July 2011 (9)
  • June 2011 (13)
  • May 2011 (24)
  • April 2011 (9)
  • July 2010 (2)

Created with by ThemeXpose