Allah bagi masa..
Assalamualaikum wbt
Menginjak ke tahun 3 usia perkahwinan kami.Nampak 'pelik' jika saya katakan yang Kami masih ber2.Masyarakat mula mempersoalkan:
anak mana?
berapa orang anak dah sekarang?
ish..tak pergi checkup doktor ke?
soalan2 ini dah lali sangat saya dengar.Pada awal perkahwinan,saya agak sedih dan tertekan kerana kami tidak punya jawapan pada soalan mereka.Kami merancang dan Allah ujga merancang..tetapi perancangan Allah Maha Teliti.Semua itu kuasa Allah yang menentukan.
Sekarang apabila ada yang bertanya pasti jawapan yang saya beri ialah meminta mereka mendoakan dan saya sentiasa meletakkan ALLAH ITU BAIK pada hambaNya.InsyaALLAH..ada bahagian untuk kami nanti.
Yang penting saat ini,Allah masih pinjamkan kepada kami nikmat pernikahan.Semoga kami bersama2 berpegangan tangan hingga ke jannah.Amin..
Alhamdulilah..bagi ke2 2 belah keluarga, mereka sangat supportive dan memberi kata-kata semangat.Ujian yang Allah beri kepada kami bukanlah ujian yang berat jika mahu dibandingkan ujian kepada Nabi Muhammad saw;Kekasih Allah.Tetapi baginda tidak pernah merungut malah baginda selalu ingin menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bertaubat.
Indahnya akhlak Nabi Muhammad saw.
- Saat kite masih diberi nafas untuk memulakan hari yang baru..itu juga ada nikmat
- Saat kite masih boleh berjalan seperti biasa maka itu juga adalah nikmat
- Saat kite mampu berkata-kata,makan,tidur mahupun berlari ...maka itu juga adalah nikmat
( Firman Allah SWT dalam ‘Surah ar-Rahman’ yang diulang sebanyak 32 kali !!! )
maka disini..kite sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur dengan segala2nya yang Allah beri.
Jika ada lagi doa2 yang masih belum dikabulkan..maka pandang lah ia sebagai hikmah yang tak ternilai untuk di fikirkan.Suka untuk saya sebutkan sekali lagi
..'Baiknya Allah..Allah itu Maha Baik..Baiknya ketentuan Allah..'
Terima kasih Allah..terlalu banyak nikmat yang Allah pinjamkan kepada saya.
Mungkin ada hikmahnya kenapa saya masih belum diberi peluang untuk menjadi ummi.
Allah bagi saya masa....>>>>next entry
6 comments
sabar ye kak.. harap tabah.. mungkin Allah dah rancang perkara yg lebih baik untuk akak :)
ReplyDeleteterima kasih...betul.Alla sbaik2 perancang
Deletekalau saya jumpa rakan sebaya yang lama tak jumpa,pasti saya tanya soalan begini.Bukan niat nak perli,sekadar bertanya khabar.Tapi agak-agaklah...kalau tak nampak kelibat anak tu,tanyapun beralaslah... mana tahu ianya isu sensitif bagi setengah orang.Tapi tak tanya karang, itu adalah isu yang paling senang untuk diborakkan.
ReplyDeletejangan sensitif ya... anggaplah ianya sebagai mengambil tahu perkembangan kawan.
betul.saya awal2 je terasa sedih dgn soalan pasal zuriat nie.tapi skrg dah lali dah..
Deletebersabar lah,...mesti ada sebab nya kenapa Allah belum nak bagi..kan??
ReplyDeleteinsyaAllah.mg Allah mmberi kesabaran kpd saya dan suami.setiap yg berlaku ad hikmahnya kan.Allah itu Baik
Delete