Vitamin Ibu Berpantang yang Bagus
Bagi ibu yang pertama kali bersalin tentunya pening nak pilih vitamin atau jamu untuk digunakan sewaktu berpantang supaya keadaan badan kembali sihat. Begitu juga pada ibu yang dah ramai anak tapi belum jumpa vitamin atau jamu yang sesuai dengan diri sendiri. Pastinya juga semua ibu bersalin menginginkan badan kembali seperti anak dara supaya suami tidak cari cawangan lain.
Banyak produk dijual di pasaran yang kita tidak tahu kandungan dan keberkesanannya. Banyak juga produk untuk berpantang yang diperbuat daripada jamu dimana kita sendiri tahu jamu bersifat panas dan tidak dapat digunakan terus selepas bersalin. Ada juga yang menyatakan bahawa dengan pengambilan jamu akan menjejaskan kesihatan anak yang disusui dan boleh meningkatkan potensi penyakit kuning (jaundis).
Ramai doktor menyarankan ibu yang bersalin mengambil vitamin berbanding jamu.
Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :
“Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar"
"Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”
Vitamin terbaik tentunya dari Shaklee. Ramai yang menggunakannya telah berpuas hati dengan kesihatan masing-masing. Vitamin Ibu Berpantang terbahagi kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan ibu berpantang. 3 pakej Vitamin Ibu Berpantang adalah; Set Asas (Rawatan Penyembuhan), Set Deluxe (Rawatan Penyembuhan + Penyusuan eksklusif), dan Set Optimum ( Rawatan Penyembuhan + Penyusuan Eksklusif + Langsing Bergaya).
Jom kita tengok suplemen apa yang sesuai untuk ibu berpantang:
Vitamin Ibu Berpantang (Set Asas)
Sesuai untuk ibu bersalin normal / pembedahan / keguguran.
Terdiri daripada:
- Vita-Lea Iron Formula (120 tablet)
- B-Complex (120 tablet)
- Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet)
- Zinc Complex (120 tablet)
Berfungsi sebagai:
- Mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu berpantang
- Merangkumi fungsi penyembuhan luka berpantang dengan cepat
- Membentuk dan membina semula sel darah merah yang banyak hilang sewaktu kelahiran
- Pemulihan luka dalaman rahim dan jahitan
- Mengelakkan stress
- Memberi tenaga untuk ibu yang perlu bangun malam menjaga & menyusu bayi.
Sesuai untuk ibu bersalin normal / pembedahan yang bermasalah dalam penghasilan susu ibu.
Terdiri daripada:
- Vita-Lea Iron Formula (120 tablet)
- B-Complex (120 tablet)
- Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet)
- Zinc Complex (120 tablet)
- OsteMatrix (120 tablet)
- ESP (850 g)
Berfungsi sebagai:
- Mempunyai kebaikan seperti dalam set Asas
- Membantu ibu melakukan penyusuan secara eksklusif sejurus selepas kelahiran
- Melancarkan proses penyusuan
Sesuai untuk ibu bersalin normal / pembedahan yang bermasalah dalam penghasilan susu ibu dan ibu yang ingin menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Terdiri daripada:
- Vita-Lea Iron Formula (120 tablet)
- B-Complex (120 tablet)
- Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet)
- Zinc Complex (120 tablet)
- OsteMatrix (120 tablet)
- ESP (850 g)
- Lecithin (180 tablet)
- Alfalfa Complex (330 tablet [S], 700 tablet [L])
Berfungsi sebagai:
- Mempunyai kebaikan seperti dalam set Asas
- Membantu ibu melakukan penyusuan secara eksklusif sejurus selepas kelahiran
- Melancarkan proses penyusuan
- Menurunkan berat badan
- Membantu ibu kembali kurus selepas bersalin
FUNGSI DAN KEBAIKAN VITAMIN DALAM SETIAP SET IBU BERPANTANG
Vita-Lea Iron Formula (120 tablet)
Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
B-Complex (120 tablet)
Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.
Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet)
Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.
Zinc Complex (120 tablet)
Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Membaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.
OsteMatrix (120 tablet)
Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.
ESP (850 g)
ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.
Lecithin (180 tablet)
Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu. Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.
Alfalfa Complex (330 tablet [S], 700 tablet [L])
Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.
Kesimpulannya, Vitamin Ibu Bersalin/berpantang nie banyak keistimewaannya. Berminat untuk dapatkannya??? Jangan segan untuk hubungi saya. Dapatkan dengan harga yang istimewa dan anda akan diberi konsultansi secara percuma cara yang betul untuk mengambil suplemen.
Mia
0 comments