Tips Minum 3 Liter Air Sehari
Untuk mendapatkan keberkesanan suplemen yang kita ambil, kita disarankan untuk mengambil air putih sebanyak 3 liter sehari. Banyak kan 3 liter air tu. Bersamaan dengan 2 botol air yang besar tu. Air yang dimaksudkan dalam entry nie adalah air putih yea atau air masak, bukannya air soda ke milo ke. Ini antara soalan yang sering diajukan apabila saya menasihatkan mereka untuk minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari:
“kena minum air sampai 3 liter ke? Nanti asyik ulang alik ke tandas jek”
“tak buncit ke perut kalau minum air banyak-banyak?”
“macam mana nak habiskan 3 liter air sehari ni?”
Jawapan untuk soalan pertama:
yea, kena ambil sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tapi bukan kita ambil 3 liter sekali gus, 3 liter tu dalam masa sehari. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Kita boleh lihat perubahan yang ketara apabila mengambil air yang secukupnya seiring dengan pengambilan suplemen Shaklee nie. InsyaAllah.
Untuk soalan kedua:
Kalau makan banyak, confirm akan buncit. Hehe… Jangan takut untuk minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan, kecuali anda mengambil air manis contohnya air soda dan sebagainya. Dengan pengambilan air yang mencukupi dapat meningkatkan kadar metabolism badan seterusnya membantu untuk mengawal berat badan. Rasulullah telah mengajar kita untuk minum dengan cara yang betul, antaranya adalah:
- Minum seteguk demi seteguk dan bukanya sekaligus
- Jangan bernafas di dalam bekas air. Kita tidak boleh bernafas ke dalam air kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dibebaskan dari hidung atau mulut semasa bernafas akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya akan membentuk karbonik asid (H2CO3) iaitu sejenis asid lemah
- Tidak meniup air sama ada untuk menyejukkan air panas atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalam air
- Jangan makan bersulamkan minum. Maksudnya kita tidak boleh berselang seli makan dan minum. Hal ini boleh menyebabkan perut buncit. Seelok-eloknya, minum air 20-30 minit sebelum makan. Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman, tetapi juga boleh mengawal nafsu makan kita.
Soalan ketiga
Banyak tips yang saya boleh kongsikan untuk menghabiskan 3 liter air sehari. Antaranya adalah:
- Minum segelas air sebaik sahaja bangun daripada tidur (salah satu petua untuk awet muda)
- Amalkan mengambil suplemen dengan 2 gelas air
- Minum segelas air sekurang-kurangnya 20 minit sebelum makan
- Minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi @ mengepam susu.
- Letakkan botol air di atas meja kerja, dalam bilik, dalam kereta, atau mana-mana tempat yang selalu kita duduk supaya boleh terus minum sewaktu dahaga
- Minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan sewaktu makan
- Minum air suam supaya kita dapat meminumnya sedikit demi
Selamat mencuba...
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, hubungi saya untuk maklumat lanjut. Dapatkan harga istimewa dari saya, dan khidmat nasihat adalah percuma.
0 comments