Tidak dinafikan kemajuan zaman sekarang, dan tidak dapat disembunyikan semakin jahil pulak manusia.
Kalau dizaman jahiliah dulu, ramai yang mengukir tubuh badan/muka mereka sendiri malah bayi jugak turut diukir dengan tatu (wajar ker?).Hiasan ini menandakan budaya mereka dan ia adala tradisi turun menurun.
pagi tadi,aku menonton rancangan Pesan atuk di TV9.Memang menarik rancangan ini..dan kebetulan jugak tajuk yang dibincang kan adalah mengenai TATU.Korang mesti dah maklum bahawa tatu ini HARAM disisi agama islam.Buktinya,
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.Fenomena ini sering dilakukan oleh orang barat.Bagi mereka, ini semua adalah kepuasan dan hak masing-masing untuk melakukannya.Sedar kah kite, bahawa tubuh badan kite ini bukan milik kite, semua ini adalah pinjaman semata.Jadi kalau kite dah tahu itu pinjaman, kite kena lah menjaganya sebaiknya.Ciptaan Allah itu dah memang cukup sempurna dan kenapa kite yang tidak pandai nak bersyukur ini mengubah ciptaanNya?Malangnya,ada jugak anak melayu kite sekarang yang berani mengukir tubuh mereka dengan gambar salib( nauzubillah).
Jujur baru aku tahu, yang tatu ini tidak juga di badan, malah ada juga buat tatu di gigi dan mata.series..bukankah tatu ini sakit? ..buat di tubuh badan pun aku dapat rase sakitnya..ini pulak dekat gigi atau mata.( tidak dapat bayang laa...)
meh tengok gambar tatu di mata dan gigi ( santikk la sangat )
ambik dari sini |
bukan kah gigi dah Allah cipta dengan warna putih bersih ..kenapa perlu mencorakkan nya? |
Ya Allah..jangan lah ada orang islam mengikut trend ini.minta dijauhkan dari zuriat keturunan ku..aminn..
apakah perbezaan di antara kedua-duanya? |
Henna | Tatu |
Ukiran adalah mengunakan inai | Ukiran menggunakan alatan tajam |
sementara | kekal |
Harus** | Haram |
Huraian mengenai Hukum memakai henna:
Di Malaysia,Fatwa mengariskan ia adalah harus ( selagi ia di pergelangan tangan dan tapak tangan sahaja. corak yang digunakan adalah sederhana ).kefahaman dan pendapat aku:
Tatu itu dah memang nya haram dan tidak lagi untuk aku persoalkan hukum Allah ini.Sementara itu, memakai henna ini adalah budaya India.Namun kita yang mengikut nya hanya semata untuk tampak cantik.TABARUJ ( berhias berlebih-lebihan )itu adalah haram di sisi agama kepada wanita.Namun, sekiranya ia bertujuan untuk berhias kepada suami( dalam rumah sahaja)..diharuskan malah digalakkan.( betulkan aku ..sekiranya ada salah ).Memang banyak pendapat ulama` mengenai pemakaian henna ini..bagi aku lebih baik tinggalkan perkara ini kerana ia bukanlah perkara besar untuk dibahaskan.Jangan berjuang mati-matian sangat dalam perkara ini. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.
sekian,terima kasih.
Ya Allah..aku harapkan ilmu ini bermanfaat kepada insan2 yang membacanya..dan dapat menyumbang saham aku di sana.Aminn
0 comments