ku terima mu kerana Allah
hari ini bukan nak menjiwang..tetapi saja2 nak berkongsi tentang cinta dan kasih sayang antara adam dan hawa.Percintaan itu segalanya indah apabila selepas perkahwinan.Saat itu apa juga yang kite lakukan untuk menyenangkan suami/isteri.. kite akan mendapat pahala.BEST TAK??memang Allah itu Maha Penyayang kerana menghadiahkan sebuah ikatan perkhawinan kerana fitrah manusia ingin disayangi dan dicintai.Dengan ikatan suci ini dapat menyalurkan kasih sayang secara halal malah mendapat keberkatan dari Nya:]..so kepada kawan2 yang belum lagi mendirikan rumah tangga..ambil lah langkah ini..kerana setiap perkara baik insyaAllah dipermudahkan..yakin!!
bagi yang sedang bercintan cintun tu..jangan lama2 sangat bercinta tu..dan jangan diluahkan@memberi semua kepada pasangan anda..berhati dan berwaspadalah.Cinta itu suci jangan kotori nya dengan perkara2 yang dibenci oleh Allah.
Bagi yang telahpun melangsungkan majlis perkahwinan, atau bakal pengantin aku nak hadiah kan doa ini kepada kalian :
Allah..terima kasih dengan nikmat perkahwinan ini
bagi yang sedang bercintan cintun tu..jangan lama2 sangat bercinta tu..dan jangan diluahkan@memberi semua kepada pasangan anda..berhati dan berwaspadalah.Cinta itu suci jangan kotori nya dengan perkara2 yang dibenci oleh Allah.
Nikah itu juga adalah sunnah Nabi.Sesiapa yang mengikuti sunnah Nabi disayangi Allah.kalau kite baca kisah2 Nabi iaitu kasih sayang Rasulullah saw kepada isteri2 baginda..sangat romantik.Malah walaupun baginda mempunyai ramai isteri,baginda tetap melayan isteri2 dengan baik.Nikah is connecting people
Dibawah aku mahu kongsikan persedian diri mahupun rohani kepada bakal pengantin:
- Betulkan niat perkahwinan( berkahwin kerana mengikut sunnah Nabi,sanggup memikul tangungjawab,ikhlas,dan juga untuk melahirkan zuriat yang soleh/ah)
- Perkahwinan walaupun 1 seumur hidup namun jangan kite memikirkan untuk membuat wedding of the year..iaitu dengan membuat secara besar-besaran( tidak kisah lah kalau orang mampu sebaliknya orang yang tidak mampu.. sanggup membazir dan berhutang sehingga selepas kahwin hidup melarat)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
- yang masih belum bertunang dan akan bertunang..tidak perlu diadakan majlis pertunangan yang besar-besaran.cukuplah sekadar keluarga terdekat yang tahu.Ini Kerana pertunangan itu elok dirahsiakan manakala perkahwinan yang wajib dihebahkan.
- Hindarilah amalan khurafat, tahyul dan syirik dalam majlis kenduri kahwin. Terdapat pihak yang mengundang tukang ramal untuk menentukan keserasian pasangan atau tarikh yang sesuai untuk dilangsungkan majlis. Mempercayai ramalan tukang ramal dan menggunakan khidmat bomoh merupakan suatu perbuatan yang tercela dalam Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa mendatangi tukang ramal dan bertanyakan kepadanya tentang sesuatu lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka solatnya tidak diterima selama empat puluh hari.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Baginda juga telah bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun atau ‘arraaf (tukang ramal), lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).teringat lagi ..masa majlis perkahwinan aku.hujan turun dengan lebatnya pada hari jumaat sehari sebelum majlis perkahwinan aku.Masa itu, ramai yang mencadangkan untuk mencampak baju milik pengantin di atas bumbung,Amalan sebegini memang nampak tidak masuk akal tapi ia sememangnya pernah diamalkan dari turun temurun oleh masyarakat Melayu.
Jika tidak mana mungkin Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pernah bersidang untuk mengeluarkan fatwa seperti ini: “Amalan meletakkan baju pengantin di atas bumbung bagi menahan hujan turun adalah dilarang sama sekali kerana kepercayaan tersebut adalah merupakan satu khurafat dan boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam.”
Sekiranya ingin cuaca cerah ketika majlis walimah maka berdoalah kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. turut pernah mengajar kita doa yang boleh kita praktikkan sebagaimana berikut:
اَللَّهُمّ حَوَاليَنْاَ وَلاَعَليَنْاَ، اَللَّهُمَّ عَلىَ اْلآكاَمِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)
- saat majlis perkahwinan berlangsung,persandingan yang berlebih-lebihan eloklah dielakkan.Sekadarlah menjemput saudara-mara terdekat.Ini bagi mengelakkan fitnah kepada keluarga dan pasangan itu sendiri.Namun pastikan pakaian dan perhiasan adalah bersederhana dan sopan.
sekian,terima kasih.Minta maaf sekiranya ada yang terguris dengan bait-bait kataku ini.بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍSemoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan (Hadis Riwayat Imam Abu Dawud).
Allah..terima kasih dengan nikmat perkahwinan ini
3 comments
indah nye :)
ReplyDelete@♥ Nana BamBam ♥:]terima kaseh
ReplyDeleterasa macam tak sabar pulak nak kawin:)
ReplyDeleteEntri terbaru saya,
musicloveanisa.blogspot.com/2012/06/dia-nak-saya-jumpa-ibu-bapa-dia.html